Bahasa Lyd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Lyd
KawasanLydia
EtnikLyd
Eradibuktikan sekitar 700–200 SM
Aksara Lyd
Kod bahasa
ISO 639-3xld
xld
Glottologlydi1241
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Lyd ialah sejenis bahasa Anatol Indo-Eropah pupus yang pernah dituturkan di wilayah Lydia, di Anatolia barat (kini di Turki). Bahasa ini dibuktikan kewujudannya dalam grafiti dan legenda duit syiling dari akhir abad ke-8 atau awal abad ke-7 hingga abad ke-3 SM, tetapi prasasti terpelihara yang ketara panjangnya setakat kini terbatas dalam abad ke-5 dan abad ke-4 SM, ketika tempoh penguasaan Parsi. Oleh itu, naskhah bahasa Lyd pada pokoknya sezaman dengan naskhah bahasa Luk.

Naskhah Lyd yang sudah dijumpai kini berjumlah lebih dari 100; semuanya dijumpai di dalam atau berdekatan Sardis, ibu kota Lydia, kecuali beberapa naskhah tetapi kurang dari 30 prasasti yang mempunyai lebih daripada beberapa perkataan atau yang cukup lengkap. Sebahagian besar prasasti merupakan batu bersurat dan kandungannya bersifat suram, tetapi beberapa merupakan surat perintah, dan beberapa setengah dozen naskhah tampaknya dalam bentuk rangkap puisi, dengan meter berdasarkan penekanan dan asonansi vokal pada akhir baris. Prasasti makam merangkumi banyak epitaf, yang biasanya dimulai dengan kata-kata 𐤤𐤮 𐤥𐤠𐤫𐤠𐤮 eś wãnaś ("kubur ini"), serta grafiti pendek.

Strabo mengatakan bahawa pada zamannya (abad ke-1 SM), bahasa Lyd tidak lagi dituturkan di Lydia tetapi masih dituturkan dalam kalangan penduduk nekabudaya kota Kibyra (kini Gölhisar) di Anatolia barat daya, oleh keturunan penjajah Lydia, yang telah mengasaskan kota tersebut.[1]

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Dalam kumpulan bahasa-bahasa Anatol, bahasa Lyd ditempatkan dalam kedudukan yang unik dan bermasalah. Salah satu sebabnya ialah bukti dan pemahaman bahasa yang masih sangat terhad. Sebab lain ialah sebilangan ciri yang tidak dikongsi dengan bahasa-bahasa Anatol yang lain.[2] Masih belum diketahui sama ada perbezaan-perbezaan tersebut mewakili perkembangan yang khas untuk bahasa pra-Lyd atau pengekalan ciri-ciri kuno dalam bahasa Lyd yang hilang dalam bahasa-bahasa Anatol yang lain.[3] Sehinggalah pengetahuan yang lebih memuaskan didapati, status bahasa Lyd dalam kumpulan bahasa-bahasa Anatol akan kekal menjadi "istimewa".

Sistem tulisan[sunting | sunting sumber]

Aksara Lyd, yang secara tegasnya berabjad, mempunyai hubungan dengan atau berketurunan dari aksara Yunani dan juga jiran bahasa Anatol baratnya. Hubungan tersebut yang tepat masih belum jelas. Arah penulisan dalam naskhah lama ialah dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri. Naskhah lewatnya menunjukkan penulisan arah kanan ke kiri secara eksklusif. Penggunaan pembahagi kata adalah berubah-ubah. Naskhah-Naskhah tersebut ditemui kebanyaknya di ibu kota kuno Sardis, termasuklah dekri-dekri dan epitaf, yang beberapa di antaranya ditulis dalam bentuk rangkap puisi; kebanyakannya ditulis pada abad ke-5 dan abad ke-4 SM, tetapi sebilangan kecilnya telah dihasilkan seawal abad ke-7.[4]

Fonologi[sunting | sunting sumber]

Vokal[sunting | sunting sumber]

Bahasa Lyd mempunyai tujuh bunyi vokal: 𐤠 a, 𐤤 e, 𐤦 i, 𐤬 o, 𐤰 u, 𐤵 ã, dan 𐤶 , dua bunyi yang terakhir itu ialah vokal sengau, biasanya sebelum konsonan sengau sinkronik atau diakronik. Vokal e, o, ã, dan hanya berlaku apabila beraksen. Vokal atau geluncur y jarang muncul, dan barangkali menunjukkan alofon i atau e yang mungkin tidak tertekan.

Bahasa Lyd terkenal dengan kelompok konsonannya yang luas, yang disebabkan oleh kehilangan vokal akhir kata yang pendek, bersama bilangan sinkop yang besar; mungkin terdapat [ə] yang tidak tertulis dalam urutan sedemikian.

Konsonan[sunting | sunting sumber]

Konsonan Bibiran Antargigian Gusian Lelangitan Velar / Velarbibir
Sengauan 𐤪 /m/ 𐤫 /n/ 𐤸 /ɲ~ŋ/
Letupan 𐤡 /p~b/ 𐤯 /t~d/ 𐤨 /k~g/ 𐤲 /kʷ/
Letusan 𐤹 /ts~dz/ 𐤴 /tç~tʃ/
Geseran 𐤱 /f~ɸ/ 𐤣 /θ~ð/? 𐤮 /s/ 𐤳 /ç~ʃ/
Likuida 𐤩 /l/ 𐤷 /ʎ/
Geluncur 𐤥 /w/ 𐤣 /j/?
Rotik 𐤭 /r/

Penyuaraan mungkin tidak berbeza dalam bahasa Lyd. Walau bagaimanapun, /p t k/ disuarakan sebelum sengauan dan tampaknya sebelum /r/. Letusan lelangit dan desisan mungkin bersifat gusian-lelangit .

Tanda 𐤣 secara tradisional telah ditransliterasikan <d> dan ditafsirkan sebagai antargigian /ð/ yang disebabkan oleh perubahan bunyi *i̯ > ð atau pelonggaran bahasa Proto-Anatol *t. Namun, baru-baru ini ia telah diperdebatkan bahawa dalam semua konteks <d> sebenarnya mewakili geluncur lelangitan /j/, yang sebelumnya dianggap tidak ada di bahasa Lyd.[5] Antargigian <d> akan berdiri sebagai satu-satunya bunyi antargigian dalam fonologi bahasa Lyd, sedangkan tafsiran lelangitan tentang <d> dilengkapi dengan rangkaian penuh konsonan lelangitan lain: λ, š, ν, dan τ.

Morfologi[sunting | sunting sumber]

Kata nama dan kata sifat membezakan bentuk tunggal dan jamak dan kata jantina bernyawa dan tidak bernyawa. Hanya tiga kasus yang telah dibuktikan kukuh: nominatif, akusatif, dan datif-lokatif. Sebagai pengganti kasus genitif, bahasa Lyd menggunakan imbuhan akhiran berkata sifat untuk membentuk kasus milik, serupa dengan bahasa-bahasa Luw. Mungkin ada kasus lain yang masih tidak diketahui kerana kekurangan bahan bukti.

Kata kerja dalam bahasa Lyd mempunyai ciri-ciri khusus sifat bahasa Anatol, berkonjugat dalam bentuk kala kelak-kini (present-future) dan lampau dengan tiga kata diri. Bilangan tunggal dan jamak tidak dibezakan pada semua kata diri. Contohnya, kata diri ketiga tunggal dan jamak kala kini jatuh bersama sebagai -d/-t. Bahasa Lyd membezakan ragam pasif-tengah (mediopassive voice) (berasal dari bahasa Proto-Anatol *-tori) dengan imbuhan akhiran kata diri ketiga -tλ untuk dasar konsonan dan -daλ ketika dileniskan selepas kata dasar berakhir dengan vokal atau geluncuran.[6]

Sintaks[sunting | sunting sumber]

Susunan asas kata ialah subjek-objek-verba, tetapi konstituennya boleh dialihdepankan ke sebelah kanan kata kerja. Seperti bahasa Anatol yang lain, bahasa Lyd bercirikan partikel awal klausa dengan kata ganti nama diri enklitik yang dilekatkan dalam rantaian. Ia juga mempunyai sejumlah praverba dan sekurang-kurangnya satu kata dudi. Pengubah kata nama biasanya mendahuluinya.

Contoh teks dan kota kata[sunting | sunting sumber]

Prasasti terkenal dalam aksara Lyd dan aksara Aramia, yang merupakan antara 34 prasasti yang pertama dijumpai pada awal abad ke-20 oleh penggali-penggali Amerika Syarikat, memberikan peluang untuk perbandingan kata seakan Batu Rosetta yang terhad, dan membenarkan penembusan dan pemantapan pemahaman bahasa Lyd kali pertama.

Baris pertama teks telah musnah. Lapan baris teks bahasa Lyd adalah berikut:

Teks Transliterasi Sebutan yang dibina semula
[𐤬] 𐤭𐤠𐤷 𐤦𐤳𐤩𐤷 𐤡𐤠𐤨𐤦𐤩𐤩𐤷 𐤤𐤳𐤯 𐤪𐤭𐤰𐤣 𐤤𐤮𐤮𐤨 [𐤥𐤵𐤫𐤠𐤮]



[𐤩𐤠𐤲𐤭𐤦𐤳𐤠𐤨 𐤲𐤤𐤩𐤠𐤨 𐤨𐤰𐤣𐤨𐤦𐤯 𐤦𐤳𐤯 𐤤𐤮𐤷 𐤥𐤵𐤫 [𐤠𐤷



[𐤡𐤷𐤯𐤠𐤭𐤥𐤬𐤣 𐤠𐤨𐤠𐤣 𐤪𐤠𐤫𐤤𐤩𐤦𐤣 𐤨𐤰𐤪𐤩𐤦𐤩𐤦𐤣 𐤳𐤦𐤩𐤰𐤨𐤠𐤩𐤦𐤣 𐤠𐤨𐤦𐤯 𐤫 [𐤵𐤲𐤦𐤳



𐤤𐤳𐤷 𐤪𐤭𐤰𐤷 𐤡𐤰𐤨 𐤤𐤳𐤷 𐤥𐤵𐤫𐤠𐤷 𐤡𐤰𐤨 𐤤𐤳𐤸𐤠𐤸



[𐤩𐤠𐤲𐤭𐤦𐤳𐤠𐤸 𐤡𐤰𐤨𐤦𐤯 𐤨𐤰𐤣 𐤦𐤳𐤯 𐤤𐤳𐤷 𐤥𐤵𐤫𐤠𐤷 𐤡𐤷𐤯𐤠𐤭𐤥𐤬 [𐤣



𐤠𐤨𐤯𐤦𐤫 𐤫𐤵𐤲𐤦𐤳 𐤲𐤤𐤩𐤷𐤨 𐤱𐤶𐤫𐤳𐤷𐤦𐤱𐤦𐤣 𐤱𐤠𐤨𐤪𐤷 𐤠𐤭𐤯𐤦𐤪𐤰𐤮



𐤦𐤡𐤮𐤦𐤪𐤳𐤦𐤳 𐤠𐤭𐤯𐤦𐤪𐤰𐤨 𐤨𐤰𐤩𐤰𐤪𐤳𐤦𐤳 𐤠𐤠𐤭𐤠𐤷 𐤡𐤦𐤭𐤠𐤷𐤨



𐤨𐤷𐤦𐤣𐤠𐤷 𐤨𐤬𐤱𐤰𐤷𐤨 𐤲𐤦𐤭𐤠𐤷 𐤲𐤤𐤩𐤷𐤨 𐤡𐤦𐤩𐤷 𐤥𐤹𐤡𐤠𐤲𐤶𐤫𐤯
[o] raλ islλ bakillλ est mrud eśśk [wãnaś]



laqrisak qelak kudkit ist esλ wãn [aλ]



bλtarwod akad manelid kumlilid silukalid akit n [ãqis]



esλ mruλ buk esλ wãnaλ buk esνaν



laqrisaν bukit kud ist esλ wãnaλ bλtarwo [d]



aktin nãqis qelλk fẽnsλifid fakmλ artimuś



ibśimsis artimuk kulumsis aaraλ biraλk



kλidaλ kofuλk qiraλ qelλk bilλ wcbaqẽnt
ʎaʎ içləʎ pakilləʎ eçt mɾuð essək wã: nas



lakʷɾiçak kʷelak kuθkit içt eçəʎ wã: naʎ



pʎtaɾwɔð akað manelið kumlilið çilukalið akit nãkʷiç



eçʎ mɾuʎ puk eçʎ wã: naʎ puk eçɲaɲ



lakʷɾiçaɲ pukit kuð içt eçʎ wã: naʎ pʎtaɾwɔð



aktin nãkʷiç kʷelʎək ɸẽnçʎiɸið ɸakməʎ aɾdimus



ipsimçiç aɾdimuk kulumçiç aɾaʎ piɾaʎk



kʎiðaʎ kɔɸuʎk kʷiɾaʎ kʷeləʎk piləʎ w̩tspakʷãnd

Contoh perkataan[sunting | sunting sumber]

𐤬𐤭𐤠 - ora - bulan

𐤩𐤠𐤲𐤭𐤦𐤳𐤠 - laqrisa - prasasti, huruf

𐤡𐤦𐤭𐤠 - bira - rumah

Ira - qira - tanah, tanah, harta tak alih

Perkataan bahasa Lyd yang masih digunakan dalam bahasa Yunani[sunting | sunting sumber]

"Λάβρυς, lábrys" ialah istilah untuk kapak dwibilah setangkup yang berasal dari Kriti di Yunani, salah satu simbol tertua tamadun Yunani. Para paderi di Delfi di Yunani klasik dipanggil Labryades (orang-orang kapak dwibilah). Istilah lábrys (kapak dwibilah) tidak terdapat dalam prasasti bahasa Lyd yang masih ada, tetapi Plutarch menyatakan mengenai perkara ini, bahawa "orang Lyd memanggil kapaknya labrys" (Λυδοὶ γὰρ 'مختلفρυν' τὸν πέλεκυν ὀαναζουσι).[7]

Kata pinjaman dari bahasa Lyd yang lain mungkin ialah "τύραννος, tyrannos" (penzalim) [8] yang pertama kali digunakan dalam sumber Yunani Kuno, tanpa konotasi negatif, untuk akhir abad ke-8 atau awal abad ke-7 SM. Ia mungkin berasal dari kota asal Raja Gyges dari Lydia, pengasas dinasti Mermnad, iaitu kota Tyrrha pada zaman kuno klasik dan sekarang menjadi Tire, Turki.[9] Perkataan lain ialah "μολυβδαίνιο, molybdaínio" (molibdenum), yang turun dari bahasa Yunani Kuno "όλυβδος mólybdos" (plumbum), dari mo-ri-wo-do bahasa Yunani Mukanai, yang dalam bahasa Lyd ialah "mariwda-" (gelap). [10] Semua kata pinjaman tersebut mengesahkan interaksi budaya yang kuat antara orang Lydia dan Yunani sejak zaman Mukanai-Kriti (milenium ke-2 SM).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ N. P. Milner (1998). An Epigraphical Survey in the Kibyra-Olbasa Region conducted by A S Hall (Monograph). British Institute of Archaeology at Ankara.
  2. ^ Craig Melchert (2004). "Cambridge Encyclopedia of the World's Ancient Languages: Lydian p. 601-607" (PDF). Cambridge University Press. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2003-04-11.
  3. ^ Ivo Hajnal (2001). "Lydian: Late-Hittite or Neo-Luwian?" (PDF). University of Innsbruck. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04.
  4. ^ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/22939/Anatolian-languages/74580/Lydian
  5. ^ Oreshko, Rostislav. "Phonetic value of Lydian letter <d> revisited and development of PIE dentals in Lydian, Wekwos 4, 2019: 191-262" (dalam bahasa Inggeris). Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ Yakubovich, Ilya. "Showing reverence in Lydian". QAZZU Warrai: Anatolian and Indo-European Studies in Honor of Kazuhiko Yoshida, Adam Alvah Catt, Ronald I. Kim and Brent Vine (Eds.), Ann Arbor: Beech Stave Press (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ Plutarch (2005). Moralia. 4. Diterjemahkan oleh Frank Cole Babbitt. Kessinger Publishing. m/s. 235. ISBN 978-1-4179-0500-3.
  8. ^ [1]
  9. ^ Will Durant (1997). The story of civilization. 2. Simon & Schuster. m/s. 122. ISBN 978-1-56731-013-9.
  10. ^ Melchert, Craig. "Greek mólybdos as a Loanword from Lydian" (PDF). University of North Carolina at Chapel Hill. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-10-12. Dicapai pada 2011-04-23.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Kearns, John Michael. "A Greek Genitive from Lydia." Glotta 72, no. 1/4 (1994): 5-14. Accessed July 12, 2020. www.jstor.org/stable/40266977.
  • Payne, Annick, and Jorit Wintjes. "The Lydian Language." In: Lords of Asia Minor: An Introduction to the Lydians, 63-72. Wiesbaden: Harrassowitz Verlag, 2016. Accessed July 11, 2020. www.jstor.org/stable/j.ctvc5pfx2.8.
  • Payne, Annick, and Jorit Wintjes. "Lydian Inscriptions." In: Lords of Asia Minor: An Introduction to the Lydians, 73-86. Wiesbaden: Harrassowitz Verlag, 2016. Accessed July 11, 2020. www.jstor.org/stable/j.ctvc5pfx2.9.
  • Ricl, Marijana. "Current Archaeological and Epigraphic Research in the Region of Lydia". In: L'Anatolie des peuples, des cités et des cultures (IIe millénaire av. J.-C. – Ve siècle ap. J.-C.). Colloque international de Besançon - 26-27 novembre 2010. Volume 2. Approches locales et régionales. Besançon : Institut des Sciences et Techniques de l'Antiquité, 2013. pp. 189–195. (Collection « ISTA », 1277) [www.persee.fr/doc/ista_0000-0000_2013_act_1277_2_3751]
  • Yakubovich, Ilya. "Lydian Etymological Notes." Historische Sprachforschung / Historical Linguistics 118 (2005): 75-91. Accessed July 11, 2020. www.jstor.org/stable/40849242.