Konsonan lelangit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daerah
artikulasi

 • Bibir
Dwibibir
Bibir-velar
Bibir-gusi
Bibir-gigi

 • Dwigigi

 • Koronal
Lidah-bibir
Antargigi
Gigi
Gigi-gusi
Gusi
Hujung lidah
Laminal
Belakang gusi
Gusi-lelangit
Gelungan

 • Dorsal
Lelangit
Labial-palatal
Velar
Uvular
Uvular-epiglotis

 • Radikal
Farinks
Epiglotis-farinks
Epiglotis

 • Glotis

Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar web. [Bantuan]

Konsonan lelangit atau palatal ialah konsonan yang disebut dengan anggota lidah dinaikkan ke lelangit keras (bahagian pusat lelangit mulut). Konsonan yang dihasilkan dengan hujung lidah pada lelangit dipanggil gelungan.

Jenis konsonan lelangit yang paling banyak digunakan ialah konsonan malaran tak geser [j], iaitu salah satu daripada sepuluh bunyi yang paling banyak digunakan dalam segala bahasa di dunia. Tidak lupa juga konsonan sengauan ɲ yang tidak kurang bilangannya, iaitu terdapat dalam kira-kira 35% bahasa-bahasa di dunia[1], dan dalam kebanyakan bahasa tersebut, obstruen padannya bukan letupan c, sebaliknya letusan . Cuma sebilangan kecil bahasa di Eurasia utara, benua Amerika dan Afrika tengah membandingkan letupan lelangit dengan letusan belakang gusi, contohnya bahasa-bahasa Hungary, Czech, Slovak dan Albania.

Konsonan-konsonan yang disebut di daerah lain juga boleh dipalatalkan, iaitu diiringi dengan penaikan permukaan lidah ke arah lelangit keras. Contohnya, sh [ʃ] dalam bahasa Inggeris ada komponen lelangit sedemikian, tetapi penyebutan utamanya melibatkan hujung lidah dan gusi atas (penyebutan sebegini dipanggil lelangit-gusi).

Konsonan-konsonan lelangit yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa adalah seperti berikut:

IPA Huraian Contoh
Bahasa Ejaan IPA Maksud
Xsampa-J.png Sengauan lelangit Perancis agneau [aɲo] anak biri-biri
Xsampa-c.png Letupan lelangit tak bersuara Hungary hattyú [hɒuː] swan
Xsampa-Jslash.png Letupan lelangit bersuara Latvia ģimene [ɟimene] keluarga
Xsampa-C2.png Geseran lelangit tak bersuara Jerman nicht [nɪçt] bukan
Xsampa-jslash2.png Geseran lelangit bersuara Sepanyol yema [ʝema] kuning telur
Xsampa-j2.png Malaran tak geser lelangit Melayu payah [pajah]
Xsampa-L2.png Malaran tak geser sisian lelangit Itali gli [ʎi] (kata sandang jamak maskulin)
Xsampa-Jslash lessthan.png Implosif lelangit bersuara Swahili hujambo [huʄambo] helo

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ian Maddieson (with a chapter contributed by Sandra Ferrari Disner); Patterns of sounds; Cambridge University Press, 1984. ISBN 0-521-26536-3