Balto (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Balto
Balto movie poster.jpg
Bekas VHS
PengarahSimon Wells
PenerbitSteve Hickner
Steven Spielberg, Kathleen Kennedy, dan Bonne Radford (penerbit eksekutif)
Lakon layar olehCliff Ruby & Elana Lesser
David Steven Cohen
Roger S.H. Schulman
Cerita olehCliff Ruby & Elana Lesser
Dibintangi olehKevin Bacon
Bridget Fonda
Phil Collins
Bob Hoskins
Jim Cummings
Juliette Brewer
Robbie Rist
Danny Mann
Jack Angel
Sandra Dickinson
Miriam Margoyles (babak aksi langsung)
Lola Bates-Campbell (babak aksi langsung)
Dikisahkan olehMiriam Margoyles
Muzik olehJames Horner
SinematografiJan Richter-Friis
Disunting olehRenee Edwards
Nick Fletcher dan Sim Evan-Jones (penyunting menyelia)
Syarikat
penerbitan
PengedarUniversal Pictures
Mula ditayangkan
22 Disember 1995 (1995-12-22)
Tempoh tayangan
78 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Pecah panggung$11,348,324[1]

Balto ialah sebuah filem drama pengembaraan bersejarah aksi langsung/animasi Amerika Syarikat 1995 yang diarah oleh Simon Wells, diterbitkan oleh Amblin Entertainment dan diedarkan oleh Universal Pictures. Filem ini secara longgar berdasarkan kisah sebenar tentang anjing bernama sama yang menolong untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada wabak difteria dalam pengangkutan serum ke Nome 1925. Bahagian aksi langsung filem ini dirakam di Central Park, di Bandar Raya New York.

Balto ialah filem cetera animasi terakhir yang diterbitkan oleh studio animasi Amblimation. Sungguhpun keluaran di pawagam bagi filem ini dibayangi oleh kejayaan filem Pixar yang bersaing, Toy Story, jualan kuat ikutannya dalam video rumah membawa kepada dua susulan direct-to-video: Balto II: Wolf Quest (2002), dan Balto III: Wings of Change (2004), serupa dengan susulan-susulan All Dogs Go to Heaven oleh Don Bluth.[2][3]

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Pada zaman kini di Bandar Raya New York, seorang wanita tua dan cucu perempuannya berjalan melalui Central Park, mencari sebuah tugu peringatan. Sebaik mereka duduk untuk berehat, nenek itu menceritakan sebuah kisah tentang Nome, Alaska pada tathun 1925, yang menukarkan filem ini daripada aksi langsung kepada animasi.

Balto, seekor kacukan anjing serigala, hidup di luar pekan Nome dengan sahabat baiknya dan bapa angkatnnya, seekor angsa salji bernama Boris dan dua ekor beruang kutub, Muk dan Luk. Sebagai kacukan, Balto disisihkan oleh kedua-dua anjing dan manusia. Satu-satu sahabatnya di pekan ialah seekor husky merah bernama Jenna yang padanya Balto jatuh hati dan dicabar oleh anjing tarikan kegemaran pekan, Steele, seekor malamut Alaska baka tulen yang garang dan degil.

Selepas menyelamatkan bekalan daripada terjatuh di tebing, Balto dirinya sendiri terjatuh. Apabila dia sedar dia percaya bahawa dia kehilangan ubat-ubatan itu dan semua harapan, tetapi seekor serigala putih, seperti semangat besar, menyedarkan Balto bahawa warisan serigalanya ialah kekuatan, bukan kelemahan. Menggunakan hidungnya, dia berjaya mengesan petanda palsu dan mereka menghadapi cabaran lanjut sebelum berjaya pulang ke Nome dan Steele yang berpura-pura berbelas kasihan didapati bersalah terhadap yang dilakukan olehnya dan disisihkan oleh anjing-anjing yang lain.

Pada satu malam, kanak-kanak Nome, termasuk pemilik Jenna, Rosy, mula jatuh sakit kerana difteria. Keadaan cuaca musim sejuk teruk menghalang ubat-ubatan untuk dibawa melalui pengangkutan udara atau laut, dan jajaran kereta api terdekat tamat di Nenana. Pada hari berikutnya, suatu perlumbaan anjing diadakan untuk menentukan anjing terbaik untuk pasukan anjing tarikan untuk mendapatkan ubat-ubatan. Balto menyertainya dan memenanginya, tetapi disingkirkan (disebabkan oleh Steele). Pasukan itu berlepas pada malam itu dengan Steele sebagai ketua dan mendapatkan ubat-ubatan itu dengan jaya, tetapi dalam perjalanan pulang, keadaan bertambah teruk dan pasukan keliru itu dan akhirnya terkandas di kaki cerun curam dengan pemandu terhantuk tanpa sedar. Apabila kata-kata tiba di Nome, Balto pergi mencari mereka dengan Boris, Muk dan Luk. Dalam perjalanan, mereka menghadap seekor beruang perang besar yang menyerang mereka. Jenna, yang mengikuti jejak mereka, tiba untuk menyelamatkan mereka, tetapi tercedera dalam kejadian. Akal tajam dan fikiran tenang Balto membolehkannya untuk memperdayakan beruang itu dan memerangkapnya ke atas tasik beku. Ais nipis tidak mampu menyokong berat beruang itu, dan beruang ini tenggelam ke tasik di bawah apabila ais pecah, dengan Balto terperangkap di bawah ais dan bertarung demi nyawanya. Muk dan Luk dapat melompat ke dalam tasik untuk menyelamatkannya, secara tidak sengaja menguasai kebolehan mereka untuk berenang dalam kejadian itu. Walau bagaimanapun, kecederaan Jenna bermaksud bahawa dia tidak boleh meneruskan perjalanan dengan selebih kumpulan itu. Balto menyuruh Boris, Muk, dan Luk untuk membawanya pulang ke Nome sementara dia meneruskannya sendirian. Sebelum mereka pergi, Boris memberitahu Balto bahawa anjing tidak boleh melakukannya tetapi mungkin serigala boleh. Balto akhirnya menemukan pasukan itu, tetapi Steele menolak bantuannya dan pertarungan menyusul, berakhir dengan Steele jatuh dari cenuram. Balto mengambil alih pasukan itu, tetapi Steele, enggan menerima kekalahan, menyesatkan mereka dari runut dan mereka kesesatan lagi. Sementara mencuba untuk menyelamatkan ubat-ubatan daripada jatuh dari cenuram, Balto sendiri jatuh. Dia sedar dan kehilangan segala harapan, tetapi apabila seekor serigala putih besar muncul dan dia perasan bahawa kotak ubat-ubatan masih utuh berdekatan, dia sedar bahawa warisan sebahagian serigalanya ialah kekuatan, bukan kelemahan, dan mengheret ubat-ubatan itu ke atas cenuram kepada pasukan yang menunggu. Menggunakan deria lanjutannya, Balto mampu menapis penanda palsu yang dibuat oleh Steele

Selepas menghadap cabaran lanjut, Balto dan pasukan anjing tarikan akhirnya berjaya tiba di Nome. Steele yang berpura-pura kasihan terdedah sebagai penipu dan ditinggalkan oleh anjing-anjing lain yang marah. Bersatu semula dengan Jenna dan sahabat-sahabatnya, Balto memperoleh kehormatan daripada kedua-dua pihak anjing dan manusia. Balto melawati Rosy yang mengucapkan terima kasih kepada Balto kerana menyelamatkan nyawanya.

Kembali ke masa kini di Bandar Raya New York, seorang wanita tua dengan cucu perempuannya akhirnya menemui tugu peringatan yang memperingati Balto, dan dia kemudian menjelaskan bahawa jejak Iditarod melitupi laluan sama yang dilalui oleh Balto dan pasukannya dari Nenana ke Nome. Wanita berkenaan, yang sebenarnya merupakan Rosy, memandang patung itu dan kemudian mengulangi ayat sama bahawa dia mungkin telah tewas tanpa Balto, sebelum berjalan dengan cucunya sebaik matahari bersinar ke atas patung Balto.

Watak dan pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak[sunting | sunting sumber]

Kevin Bacon menyuarakan Balto.
  • Balto, seekor anjing serigala jantan dewasa muda; separuh husky dan separuh serigala. Bapanya ialah seekor husky Siberia dan ibunya, Aniu, ialah seekor serigala putih liar.
  • Boris, seekor angsa salji Rusia dan penjaga dan penyamping Balto.
  • Jenna, seekor husky betina muda dan cantik dan minat cinta Balto.
  • Rosy muda, pemilik Jenna dan kanak-kanak perempuan yang baik hati dan mudah teruja yang merupakan satu-satu manusia di Nome yang baik terhadap Balto. Dia jatuh sakit, tetapi Balto membawa ubat-ubatan untuk menyelamatkannya dan kanak-kanak lain. Rosy yang tua dalam babak aksi langsung menceritakan kisahnya kepada cucu perempuannya.
  • Steele, seekor malamut Alaska dan pesaing Balto yang juga jatuh hati terhadap Jenna.
  • Muk dan Luk, sepasang anak beruang kutub, Muk bercakap tetapi Luk tidak bercakap.
  • Nikki, seekor husky Siberia dan seekor ahli dalam pasukan Steele.
  • Kaltag, ahli pasukan Steele lagi seekor.
  • Star, ahli pasukan Steele lagi seekor.
  • Dixie, seekor anjing Pomerania betina dan salah satu daripada teman Jenna yang menyukai Steele.
  • Sylvie, seekor anjing pemburu Afghan betina yang juga merupakan teman Jenna.
  • Cucu perempuan Rosy, yang muncul dalam babak aksi langsung dan ditemani oleh anjingnya, Blaze, husky Siberia baka tulen.

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

Watak Pelakon suara
Inggeris Amerika Syarikat Malaysia Malaysia
Balto Kevin Bacon
Boris Bob Hoskins
Jenna Bridget Fonda
Rosy Juliette Brewer (suara, muda)
Miriam Margolyes (aksi langsung, tua)
Steele Jim Cummings
Muk Phil Collins
Luk
Nikki Jack Angel
Kaltag Danny Mann
Star Robbie Rist
Dixie Sandra Dickinson
Sylvie
Ibu Rosy
Cucu perempuan Rosy Lola Bates-Campbell
Bapa Rosy William Roberts
Doktor Donald Sinden
Penjual daging Bill Bailey
Pengendali telegraf Garrick Hagon

Perbezaan sejarawi[sunting | sunting sumber]

  • Ketidaktepatan terbesar dalam filem ini menggambarkan Balto (Oktober 1919-Mac 1933) sebagai seekor anjing serigala kelabu. Pada kenyataan, Balto merupakan seekor husky Siberia baka tulen dan berwarna hitam dan putih.[4][5]
  • Larian kereta salji untuk mendapatkan ubat-ubatan merupakan larian berganti-ganti. Sebalik menjadi ketua pasukan pertama, Balto ialah ketua pasukan terakhir untuk membawa ubat-ubatan ke Nome. Jarak terpanjang dan paling berbahaya dilalui oleh pasukan yang diketuai oleh Togo.[6][7]
  • Ubat-ubatan tidak pernah dibawa oleh anjing-anjing sendiri, dan tiada pemandu anjing tidak berupaya.[4]
  • Balto bukan anjing terbiar seperti ditunjukkan dalam filem, tetapi sebaliknya lahir di dalam kenel milik pemandu anjing terkenal Leonhard Seppala, tempat ia dilatih sehingga layak untuk menarik geluncuran salji sebagai ketua anjing. Seppala juga merupakan pemilik Togo (1913-1929), yang digunakan oleh Seppala sendiri untuk mengetuai pasukan anjingnya semasa larian berganti-ganti. Balto digunakan oleh salah seorang daripada pekerja Seppala, Gunnar Kaasen.[4][5][6]
  • Balto ialah satu-satunya haiwan dan satu-satunya watak dalam filem ini yang berdasarkan tokoh sejarawi sebenar.[5]
  • Dalam susulan, Balto ditunjukkan mempunyai anak, tetapi pada kenyataan ia dineuter pada umur muda.[5]

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Filem ini dikeluarkan di dalam pawagam di Amerika Syarikat pada 22 Disember 1995 dan kemudian tiba di pawagam antarabangsa pada 13 Januari 1996 apabila pertama kali ditayangkan di Brazil.[2] Pengeluarannya seluasnya dibayangi oleh prestasi Toy Story oleh DisneyPixar, tetapi filem ini menerima kepulangan perbelanjaan kecilnya dan melakukan perniagaan sederhana dalam pecah panggung.[3]

Pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Filem ini berkedudukan ke-15 pada hujung minggu pembukaannya dan memperoleh $1,519,755 daripada sejumlah 1,427 buah pawagam.[8] Filem ini juga berkedudukan ke-7 sesama filem berkadaran G pada 1995. Jumlah pendapatan kasar dalam negara mencapai sehingga $11,348,324.[3] Jualan video kuat membawa kepada pengeluaran dua susulan direct-to-video: Balto II: Wolf Quest dan Balto III: Wings of Change.

Sambut kritikal[sunting | sunting sumber]

Filem ini, sungguhpun prestasinya dalam pecah panggung tidak berapa mengagumkan (tidak pernah mencapai 10 Teratas), pada amnya menerima sambutan memuaskan daripada tapak web pengagregat ulasan; di Internet Movie Database (IMDb), filem ini menerima purata kadaran berwajaran sebanyak 7 daripada 10 daripada sejumlah 22,836 orang pengguna IMDb. Pengkritik IMDb juga memerihalkannYA sebagai "filem dramatik dan terbikin dengan baik".[9] Common Sense Media (CSM) memberi mutu filem ini kadaran memuaskan sebanyak 3 daripada 5 bintang dan diperihalkan sebagai dapat digunakan untuk umur 6 dan ke atas berdasarkan ulasan 16 orang pengguna daripada kedua-dua pihak ibu bapa dan kanak-kanak.[10] Tambahan pula, pengkritik filem Roger Ebert yang telah meninggal dunia memberi filem ini ulasan positif, memerihalkan filem ini sebagai "filem kanak-kanak, yang diceritakan, dengan banyak keterujaan dan watak yang tentangnya boleh anda mengambil berat." Dia memberi filem ini 3 daripada 4 bintang.[11]

Sementara itu, filem ini memegang kadaran bercampur sebanyak 50% daripada 12 orang pengkritik di Rotten Tomatoes, tetapi masih memperoleh purata kadaran menghampakan sebanyak 5.8 daripada 10 tanpa bancian. Sungguhpun yang tersebut sebelumnya, 70% daripada penonton meluluskan filem ini dan memberinya purata kadaran 3.2 daripada 5, berdasarkan kadaran dariapda 71,045 orang pengguna.[12]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Balto
Runut bunyi oleh Pelbagai seniman
Dikeluarkan pada1995
Dirakam pada1994-1995
GenreKlasik, Pop, Klasik Moden[13]
Masa54:30
SyarikatUniversal
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
LetsSingIt 4/5 stars[14]

Balto: Original Motion Picture Soundtrack ialah runut bunyi filem ini, digubah oleh James Horner.[13]

Penyenaraian runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukPenulisPemuzik Masa
1. "Reach for the Light"  Cynthia WeilSteve Winwood 4:24
2. "Main Title/Balto's Story Unfolds"     4:40
3. "The Dogsled Race"     1:41
4. "Rosy Goes to the Doctor"     4:05
5. "Boris & Balto"     1:29
6. "The Journey Begins"     5:06
7. "Grizzly Bear"     5:23
8. "Jenna/Telegraphing the News"     2:22
9. "Steele's Treachery"     4:38
10. "The Epidemic's Toll"     3:29
11. "Heritage of the Wolf"     5:54
12. "Balto Brings the Medicine!"     4:53
13. "Reach for the Light (Long Version)"  Cynthia WeilSteve Winwood 5:27
Jumlah masa:
54:30

Susulan[sunting | sunting sumber]

Dua susulan direct-to-video bagi filem mengikut, dibikin oleh Universal Cartoon Studios. Susulan pertama, Balto II: Wolf Quest, dikeluarkan pada 2002 dan mengikuti pengembaraan salah seekor anak Balto dan Jenna, Aleu, yang pergi mengembara untUk menemukan warisan serigalanya.[15] Sebuah filem ketiga ikutan, Balto III: Wings of Change, dikeluarkan pada 2004. Jalan ceritanya mengikuti perinduk sama daripada Balto 2 tetapi tertumpu kepada Kodi sebagai sebahagian daripada pasukan pengiriman anjing tarikan U.S. Mail.[16] Tidak seperti yang asli, kedua-dua filem ini tidak mengambil rujukan bersejarah daripada kisah sebenar Balto.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Balto di Box Office Mojo.
  2. ^ a b "Balto (1995)". Internet Movie Database. Dicapai 6 April 2014. 
  3. ^ a b c "1995 Yearly Box Office Results". Box Office Mojo. Dicapai 6 April 2014. 
  4. ^ a b c Aversano, Earl. "Balto - Balto's True Story". Dicapai 6 April 2014. 
  5. ^ a b c d "The True Story of Balto - Facts". Animation Source. Dicapai 6 April 2014. 
  6. ^ a b Vrhovec, Maj. "The Real Story of Balto - Alpha Howl Library". Dicapai 6 April 2014. 
  7. ^ Aversano, Earl. "Togo - Balto's True Story". Dicapai 6 April 2014. 
  8. ^ "Balto - Box Office Data, DVD Sales, Movie News, Cast Information - The Numbers". Nash Information Services, LLC. Dicapai 6 April 2014. 
  9. ^ "Balto (1995) - User Ratings". Internet Movie Database. Dicapai 6 April 2014. 
  10. ^ "Balto Movie Review". Common Sense Media. Dicapai 6 April 2014. 
  11. ^ Ebert, Roger. "Balto Movie Review & Film Summary (1995)". Ebert Digital LLC. Dicapai 6 April 2014. 
  12. ^ "Balto - Rotten Tomatoes". Flixster. Dicapai 6 April 2014. 
  13. ^ a b "James Horner - Balto (Original Motion Picture Soundtrack) (CD, Album)". Discogs. Dicapai 6 April 2014. 
  14. ^ "Balto Soundtrack Album". LetsSingIt. Dicapai 6 April 2014. 
  15. ^ "Balto: Wolf Quest (Video 2002)". Internet Movie Database. Dicapai 6 April 2014. 
  16. ^ "Balto III: Wings of Change (Video 2004)". Internet Movie Database. Dicapai 6 April 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Simon Wells