Anjing Pomerania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Pomerania
Nama lainPomerania
Pomeranian
Spits kerdil[a]
Spits kerdil Jerman
Spits mainan[b]
Spits mainan Jerman
Nama ringkasPom
Pom Dog
Pom-Pom
Zwers
Tumbleweed
Negara asalJerman dan Poland
Trait
Berat 3–7 paun (1.4–3.2 kg)
Tinggi 7–12 inci (18–30 cm)
Jangka hayat 12–16 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Pomerania, pomerania, atau pomeranian[c] ialah satu baka anjing daripada jenis spits yang dinamai sempena rantau Pomerania di Poland barat laut dan di Jerman timur laut di Eropah Tengah. Sebagai baka yang dikelaskan sebagai baka anjing mainan oleh sebab saiz kecilnya, anjing Pomerania diturunkan daripada anjing jenis spits lebih besar, khususnya spits Jerman.

Baka ini telah dipopularkan oleh sebilangan pemilik diraja sejak abad ke-18. Ratu Victoria memiliki seekor anjing Pomerania yang khususnya kecil dan hasilnya, keragaman lebih kecil menjadi popular secara keseluruhan. Hanya semasa hayat Ratu Victoria, saiz baka ini menurun sebanyak 50%. Secara keseluruhan, anjing Pomerania ialah anjing tegap dan sihat. Isu kesihatan paling umum merupakan tempurung lutut terkehel dan keruntuhan tenggorokan. Yang lebih jarang, baka ini dapat menghidap alopesia eks, iaitu keadaan kulit yang dikenali sebagai "penyakit kulit hitam". Ini ialah penyakit genetik yang menyebabkan kulit anjing menghitam dan semua atau kebanyakan bulunya gugur.[1] Setakat tahun 2017, dalam sebutan angka pendaftaran, sekurang-kurangnya sejak tahun 1998, baka ini telah ditempatkan sesama lima puluh baka paling popular di Amerika Syarikat, dan fesyen semasa untuk anjing kecil telah meningkatkan kepopularannya di seluruh dunia.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing Pomerania ialah anjing kecil yang berukuran seberat 1.36–3.17 kg (3.0–7.0 lb) dan berdiri setinggi 8–14 in (20–36 cm) pada paras kelasa.[2] Ia merupakan anjing padat namun tegap dengan lapis bulu bertekstur lebar dengan ekor amat berjumbai yang terletak tinggi-tinggi dan merata.[3] Lapis bulu atasnya membentuk lingkaran bulu di sekeliling leher, yang kerananya baka ini cukup terkenal, dan di ia juga mempunyai jumbai bulu pada sukuan belakang.[4]

Contoh-contoh terawal bagi baka ini berwarna putih atau kadang-kadang perang atau hitam. Ratu Victoria mengadopsi seekor anjing Pomerania merah kecil pada tahun 1888, yang menyebabkan warna itu menjadi trend fesyen menjelang penghujung abad ke-19.[5] Pada zaman moden, anjing Pomerania terdapat dengan pelbagai warna bagi mana-mana baka anjing, termasuk putih, hitam, perang, merah, jingga, krim, biru, sabel, hitam dan sawo matang, perang dan sawo matang, berbintik, brindle, berwarna-warni, merle biru, serta gabungan warna-warna itu.[6] Warna paling umum merupakang jingga, hitam, atau krim/putih.[3]

Anjing Pomerania merle ialah warna terkini yang dikembangkan oleh pembiak baka. Warna ini merupakan gabungan satu warna dasar padu dengan tompok biru/kelabu lebih cerah yang memberikan kesan berbelak. Warna dasar paling biasa untuk kesan ini merupakan merah/perang atau hitam, sungguhpun warnanya juga dapat muncul dengan warna lain. Gabungan seperti merle brindle atau merle hati tidak diterima dalam piawaian baka. Sebagai tambahan, mata, hidung, dan tapaknya berwarna marshmallow, lalu mengubah bahagian mata kepada biru dan warna hidung dan tapak menjadi merah jambu dan hitam berbelak.[7]

Anjing Pomerania mempunyai lapis bulu ganda tebal. Walaupun penjagaan bulu tidak sukar, pembiak baka mengesyorkan bahawa ini dilakukan secara harian untuk mengekalkan kualiti lapis bulu dan oleh sebab ketebalan lapis bulu dan salin bulu malar, dengan pemotongan bulu setiap 1–2 bulan. Lapis bulu luar adalah panjang, lurus, dan bertekstur kasar sementara lapis bulu bawah adalah lembut, tebal, dan pendek. Lapis bulunya mudah bersimpul dan kusut, terutamanya apabila lapis bulu bawah berganti bulu, yang berlaku dua kali setahun.[8]

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Seekor spaniel mainan, seekor spits kerdil, dan seekor anjing Malta bersebelahan dengan sebuah keranjang (1855) oleh Johann Friedrich Wilhelm Wegener [de]

Anjing Pomerania biasanya ramah, bersemangat, dan suka bermain. Ia dapat menjadi agresif dengan anjing dan manusia lain untuk mencuba untuk membuktikan diri.[9][10] Anjing Pomerania berwaspada dan menyedari perubahan di persekitarannya dan salakan terhadap rangsangan baharu dapat berkembang menjadi tabiat salakan secara berlebihan dalam sebarang situasi. Ia agak kuat mempertahankan wilayah, lantas mungkin menyalak apabila mendengar bunyi luaran.[11]

Pomeranian adalah cerdas, berespons dengan baik terhadap latihan, dan dapat menjadi sangat berjaya dalam mendapatkan sesuatu yang diinginkan daripada pemiliknya. Ia ekstrovert dan suka menjadi pusat perhatian, namun ia dapat menjadi dominan, degil, dan ketegar jika tidak terlatih dan tersosialiasi. Penggunaan mainan dapat menjadi alat berkesan dalam pelatihan anjing Pomerania untuk meluangkan masa bersendirian.[perlu rujukan]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Kelanjutan usia anjing Pomerania adalah antara 12 dengan 16 tahun.[12]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan] Anjing baka baik yang berdiet baik dengan senaman sesuai akan mempunyai sedikit masalah kesihatan; jika dibela dengan rapi dan cergas, anjing Pomerania ialah anjing tegap.[13] Baka ini mempunyai isu kesihatan serupa dengan banyak baka anjing lain, namun sesetengah isu seperti displasia pinggul adalah kurang umum oleh sebab tubuh ringan anjing Pomerania.[14]

Sesetengah isu kesihatan dapat berkembang akibat kekurangan perhatian terhadap penjagaan bulu dan pembersihan gigi, telinga, dan mata. Dengan penjagaan rutin, masalah-masalah ini dapat dielakkan.[15] Ia terdedah kepada kehilangan gigi awal. Maka, kibble kering berkualiti tinggi atau diet semula jadi disyorkan.[16][17] Anjing Pomerania merupakan salah satu baka dengan purata saiz perinduk terkecil, dengan pelbagai sumber yang memberikan bilangan antara 1.9 dengan 2.7 anak anjing ekor setiap perinduk.[18]

Masalah umum[sunting | sunting sumber]

Anjing berwarna merle mungkin mengalami kepekakan ringan hingga teruk, kebutaan, peningkatan tekanan intraokular, ametropia, mikroftalmia, dan koloboma. Anjing merle yang dilahirkan daripada induk-induk yang kedua-duanya juga anjing merle mungkin sebagai tambahan mempunyai keabnormalan sistem rangka, sistem jantung, dan sistem pembiakan.[19]

Tempurung lutu terkehel ialah lagi satu isu kesihatan pada baka anjing Pomerania.[14] Ini berlaku apabila, sama ada melalui kecacatan bentuk atau trauma, permatang yang membentuk alur tempurung lutut di lutut tidak menonjol dan terlalu cetek untuk membolehkan tempurung lutut terletak dengan kemas. Ini dapat menyebabkan tempurung lutut "terkehel" (meluncur keluar dari alur) ke sisi, yang akan menyebabkan tungkai terkunci dengan kaki dari tanah.[20] Semasa otot mengecut, tempurung lutut tidak dapat kembali ke kedudukan betul. Nyeri awal disebabkan oleh penutup lutut yang meluncur melintasi permatang-permatang femur. Sebaik terkeluar dari kedudukannya, anjing berkenaan tidak merasai sebarang nyeri yang disebabkan oleh tulang tergelincir.[20]

Keruntuhan tenggorokan disebabkan oleh pelemahan gegelang tenggorokan di dalam tenggorokan. Ini berlaku apabila gegelang yang biasanya menahan rupa bentuk tenggorokan runtuh, lalu menutup salur udara. Gejala-gejala keruntuhan termasuk batuk kuek yang dapat berbunyi seakan-akan kuek angsa, intolerans terhadap senaman, pengsan, dan batukan yang diperburuk oleh cuaca panas, senaman, dan keterujaan.[21] Kecenderungan untuk episod-episod keruntuhan tenggorokan biasanya meningkat dari segi kekerapan dan keparahan semakin anjing berkenaan menua.

Pada anjing Pomerania, keadaan yang kerip dipanggil "penyakit kulit hitam" berlaku, iaitu gabungan alopesia (keguguran bulu) dan hiperpigmentasi (penggelapan kulit).[22] Keadaan ini menjejaskan anjing Pomerania jantan lebih daripada betina, dan mungkin diwarisi.[1] Walaupun kebanyakan anjing terjejas menunjukkan tanda-tanda ikutan kebalighan, ini dapat berlaku pada sebarang umur. Keadaan lain dapat menyerupai keadaan ini termasuk sindrom Cushing, hipotiroidisme, jangkitan kulit kronik, dan kecelaruan hormon pembiakan.[1] Ini merupakan keadaan keguguran bulu tidak meradang, yang bermaksud bahawa anak anjing tidak merasai kegatalan atau nyeri. Walaupun ini terutamanya isu kosmetik, pengabaian kulit terdedah dapat menjadikan anjing Pomerania berkenaan lebih terdedah kepada isu-isu lain seperti selaran matahari atau jangkitan.[23]

Satu lagi kecelaruan umum pada anjing Pomerania jantan ialah kriptorkidisme.[24] Ini adalah apabila salah satu atau kedua-dua buah zakar tidak turun ke dalam skrotum.[24] Ini dirawat melalui pembedahan pembuangan buah zakar tertahan.[24]

Senaman[sunting | sunting sumber]

Anjing Pomerania ialah baka anjing kecil namun bertenaga. Walaupun anjing Pomerania mendapat manfaat daripada perhatian kerap, ia memerlukan agak sedikit senaman: pemilik disyorkan untuk membawanya berjalan-jalan beberapa kali sehari dan membiarkannya berlari-lari di sekitar ruang tertutup.[25]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing Pomerania katik dari tahun 1915

Anjing Pomerania dianggap sebagai keturunan spits Jerman.[26] Baka ini disangkakan telah memperoleh namanya sempena kawasan yang dikenali sebagai Pomerania yang terletak di Poland utara dan di Jerman utara di sepanjang Laut Baltik. Walaupun bukan asal usul baka, kawasan ini disebut sebagai lokasi pembiakbakaan yang membawa kepada jenis asli anjing Pomerania. Pendokumenan yang betul kurang sehingga pengenalan baka ini ke United Kingdom.[26]

"Seorang lelaki dan seorang wanita yang berjalan di sebelah kayu dengan anjing putih mereka. Wanita ini memakai gaun abad ke-18th dan topi hitam dan lelaki ini memakai sut hitam dengan stoking putih."
Potret En. William Hallett dan isteri oleh Thomas Gainsborough, 1785. Lukisan ini menonjolkan jenis lebih besar bagi anjing Pomerania berbanding dengan yang umum kini.

Rujukan tercatat moden awal kepada baka anjing Pomerania adalah dari 2 November 1764, dalam masukan diari dalam Boswell on the Grand Tour: Germany and Switzerland karya Boswell James. "Lelaki Perancis itu mempunyai seekor anjing Pomerania bernama Pomer yang sangat digemari olehnya."[27] Anak-anak kepada seekor anjing Pomerania dan seekor serigala yang dibiakbakakan oleh seorang saudagar haiwan dari London dibincangkan dalam A Tour in Scotland karya Thomas Pennant dari tahun 1769.[28]

Dua orang ahli Keluarga Diraja British mempengaruhi evolusi baka ini. Pada tahun 1767, Ratu Charlotte, raja permaisuri kepada Raja George III dari Great Britain, membawa dua ekor anjing Pomerania ke England.

Dengan nama Phoebe dan Mercury, anjing-anjing itu digambarkan dalam lukisan oleh Sir Thomas Gainsborough. Lukisan-lukisan ini menggambarkan seekor anjing yang lebih besar daripada baka moden, menurut laporan mempunyai berat sebanyak 30–50 lb (14–23 kg), namun menunjukkan trait-trait moden seperti lapis bulu lebat, telinga, dan ekor melingkar ke atas belakang.[26]

Ratu Victoria, cucunda kepada Ratu Charlotte, juga seorang penggemar dan menubuhkan sebuah kenel pembiakbakaan besar. Salah seekor anjing kegemaran baginda ialah anjing Pomerania sabel merah agak kecil yang mungkin dinamai "Windsor's Marco" dan dilaporkan hanya berukuran seberat 12 lb (5.4 kg). Semasa baginda pertama kali mempamerkan Marco pada tahun 1891, ini menyebabkan anjing Pomerania jenis lebih kecil menjadi popular serta-merta dan para pembiak baka mula memilih spesimen-spesimen lebih kecil sahaja untuk dibiakbakakan. Semasa hayat baginda, saiz baka anjing Pomerania dilaporkan telah menurun sebanyak 50%.[26] Ratu Victoria berusaha untuk memperbaik dan mempromosikan baka anjing Pomerania dengan mengimport anjing Pomerania lebih kecil[29] dengan warna berlainan dari pelbagai negara Eropah untuk ditambahkan ke dalam program pembiakbakaan baginda.[30] Pemilik diraja semasa tempoh ini juga termasuk Joséphine de Beauharnais, isteri kepada Napoleon I dari Perancis, dan Raja George IV dari United Kingdom.

Kelab baka pertama didirikan di England pada tahun 1891 dan piawaian baka pertama ditulis tidak lama selepas itu.[31] Ahli pertama baka ini didaftarkan di Amerika Syarikat kepada American Kennel Club pada tahun 1898 dan ia telah diiktiraf pada tahun 1900.[26]

Pada tahun 1912, dua ekor anjing Pomerania merupakan antara hanya tiga anjing yang terselamat daripada kekaraman RMS Titanic. Seekor anjing Pomerania yang dipanggil "Lady", yang dimiliki oleh Margaret Bechstein Hays, melepaskan diri bersama pemiliknya di dalam bot penyelamat nombor tujuh, manakala Elizabeth Barrett Rothschild membawa anjing peliharaannya untuk mendapatkan keselamatan bersamanya di dalam bot penyelamat nombor enam.[32]

Glen Rose Flashaway memenangi Kumpulan Mainan dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pada tahun 1926 sebagai anjing Pomerania pertama yang memenangi kumpulan dalam acara Westminster.[26] Masa berlalu sehingga tahun 1988 untuk anjing Pomerania, "Great Elms Prince Charming II", memenangi hadiah Best in Show daripada Westminster Kennel Club.[33]

Dalam piawaian yang diterbitkan pada tahun 1998, anjing Pomerania disertakan dalam piawaian spits Jerman, bersama-sama dengan anjing Kees, oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[34] [35] Menurut piawaian, "baka spits menawan" dan mempunyai "penampilan nakal unik yang menjadi ciri".[34][35]

Kepopularan[sunting | sunting sumber]

Anjing Pomerania telah menjadi antara baka anjing lebih popular di Amerika Syarikat, tersenarai dengan tekal dalam senarai 20 teratas bagi baka anjing American Kennel Club berdaftar sejak sekurang-kurangnya tahun 1998, apabila ia berada di kedudukan #10; baka ini berada di kedudukan #17 dalam ranking tahun 2011, setelah jatuh sebanyak dua tempat dari kedudukan pada tahun sebelumnya.[36] Pada tahun 2012 dan tahun 2013, ia kekal dalam senarai dua puluh teratas dan berada di kedudukan #19.[37] Pada tahun 2015, baka ini jatuh ke kedudukan #21, kemudian jatuh lagi ke kedududkan #22 pada tahun 2016 dan tahun 2017 masing-masing.[38]

Ia tidak tersenarai dalam 20 baka teratas di United Kingdom pada tahun 2007 atau tahun 2008.[39] Di Australia, kepopularannya telah merosot sejak tahun 1986, dengan puncak 1,128 ekor anjing Pomerania yang berdaftar dengan Australian National Kennel Council pada tahun 1987; hanya 577 ekor anjing yang didaftarkan pada tahun 2008. Wala ubagaimanapun, ini merupakan peningkatan dari tahun 2004, apabila hanya 491 ekor anjing didaftarkan. Anjing Pomerania umum diakui tersenarai sebagai anjing ke-27 paling cerdas dengan anjing gembala Jerman yang menduduki tangga ke-1.[40]

Ia lebih popular di bandar-bandar Amerika pada tahun 2008, dengan kedudukan kesepuluh bersama (dengan buldog Amerika) di Detroit[41] dan di Orlando,[42] kedudukan kesembilan di Los Angeles,[43] kedudukan ketujuh bersama di Seattle (sekali lagi dengan buldog Amerika),[44] tetapi kedudukan ketiga di Honolulu, hanya dikalahkan oleh anjing pengutip Labrador dan anjing gembala Jerman.[41]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: سڤيت‌س کرديل; Jerman: Zwergspitz; bahasa Inggeris: dwarf spitz
  2. ^ Jawi: سڤيت‌س ماءينن; bahasa Inggeris: toy spitz
  3. ^ Jawi: انجيڠ ڤوميرانيا; ڤوميرانيا; ڤومرينيئن; Jerman: Pommeraner; bahasa Inggeris: Pomeranian dog; pomeranian

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "BSD (Black Skin Disease) Alopecia X, Coat Funk" (dalam bahasa Inggeris). Pommania Pomeranians. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  2. ^ Cunliffe, Juliette (1999). The Encyclopedia of Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Parragon. m/s. 262. ISBN 978-0-7525-8018-0.
  3. ^ a b Hale, Rachael (2008). Dogs: 101 Adorable Breeds (dalam bahasa Inggeris). Andrews McMeel. m/s. 197. ISBN 978-0-7407-7342-6.
  4. ^ "Pomeranian History" (dalam bahasa Inggeris). Premier Pomeranians. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  5. ^ "What is a Pomeranian". Web Answers (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  6. ^ Coile, D. Caroline (2007). Pomeranians for Dummies (dalam bahasa Inggeris). For Dummies. m/s. 29. ISBN 978-0-470-10602-0.
  7. ^ "Merle Pomeranians" (dalam bahasa Inggeris). Merle Pomeranians. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2010. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  8. ^ Dane Stanton (2009). "Tips on Pomeranian Grooming". Pomeranian Dogs (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2010. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  9. ^ "Pomeranian Guide" (dalam bahasa Inggeris). animal.discovery.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  10. ^ "Pomeranian - Temperament & Personality" (dalam bahasa Inggeris). petwave.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2018. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  11. ^ "A Pup For Christmas". The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). 25 November 1974. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  12. ^ "Pomeranian Information" (dalam bahasa Inggeris). PomPom.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2010. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  13. ^ "Pomeranian Health Management". My Dog Breed: The Pomeranian (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  14. ^ a b "Pomeranian Health Problems" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  15. ^ "Pomeranian Health: Caring For Your Pomeranian". Pomeranian Dogs (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  16. ^ "Congratulations on Your New Pomeranian!", American Pomeranian Club (dalam bahasa Inggeris), m/s. 1, Mac 2021, dicapai pada 7 Januari 2024
  17. ^ "Dogs 101: Pomeranian" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2013. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  18. ^ Borge, Kaja Sverdrup; Tønnessen, Ragnhild; Nødtvedt, Ane; Indrebø, Astrid (Mac 2011). "Litter size at birth in purebred dogs—A retrospective study of 224 breeds". Theriogenology (dalam bahasa Inggeris). 75 (5): 911–919. doi:10.1016/j.theriogenology.2010.10.034. PMID 21196028. Pomeranian and Toy Poodle had the smallest mean litter size in our study [2.4], which is in line with the results of previous studies [7–9,15]. A mean litter size of 2.0 puppies in Pomeranian was reported in the Australian study (n 2) [15]. In studies including only registered puppies, Lyngset et al [7], Tedor [8] and Bergström et al [9] found a mean litter size of 2.04 (n 108), 2.71 (n 33,648) and 1.9 (n 954) puppies in Pomeranian, respectively.
  19. ^ "Merle Gene" (PDF). GenMark (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 12 Mei 2008. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  20. ^ a b "Luxating Patella". PetEducation.com (dalam bahasa Inggeris). Drs. Foster & Smith, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2012. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  21. ^ Degner, Daniel A. (2004). "Tracheal Collapse". PetEducation.com (dalam bahasa Inggeris). Drs. Foster & Smith, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2007. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  22. ^ "What is Alopecia X?" (dalam bahasa Inggeris). The University of Tennessee- College of Veterinary Medicine. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2013. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  23. ^ Hodzic, Hana (2 November 2023). "How to treat Alopecia X in Pomeranians? Expert Tips". PomeraniansCare.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Januari 2024.
  24. ^ a b c Ward, Ernest (2009). "Cryptorchidism in Dogs". Shores Animal Clinic (dalam bahasa Inggeris). Lifelearn. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  25. ^ "Pomeranian Care: Energy and Exercise" (Inggeris) Diarkibkan 5 Mac 2016 di Wayback Machine, American Kennel Club, 2016
  26. ^ a b c d e f Vanderlip, Sharon (2007). The Pomeranian Handbook (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. m/s. 2–8. ISBN 978-0-7641-3545-3.
  27. ^ Boswell, James (1764). Pottle, Frederick A. (penyunting). Boswell on the Grand Tour: Germany and Switzerland (ed. ke-1). McGraw-Hill. m/s. 165. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  28. ^ Pennant, Thomas (1776). A Tour in Scotland 1769 (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). Benj White. m/s. 159. Dicapai pada 7 Januari 2024. pomeranian.
  29. ^ "Pomeranian origin" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2014. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  30. ^ Leo, Denise (2009). "Pomeranian Profile". Pomeranian.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2010. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  31. ^ "Annual Dog Work Is In 37th Year". Sarasota Herald-Tribune (dalam bahasa Inggeris). 20 September 1964. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  32. ^ "Lost and Fond: Fate of the Pets Who Sailed on the Titanic" (dalam bahasa Inggeris). Caittom Publishing. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2012. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  33. ^ "Best in Show Winners" (dalam bahasa Inggeris). Westminster Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2007. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  34. ^ a b "FCI-Standard Nr. 97 DEUTSCHE SPITZE" [Piawaian FCI No. 97 Spits Jerman] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Jerman). 12 November 2019. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  35. ^ a b "FCI-Standard N° 97 DEUTSCHE SPITZE (German Spitz)" [Piawaian FCI No. 97 Spits Jerman] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh C. Seidler dan Gabriele Dulling. 12 November 2019. Dicapai pada 7 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  36. ^ "AKC Dog Registration Statistics" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  37. ^ "AKC Dog Registration Statistics" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  38. ^ "AKC Dog Registration Statistics". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2019. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  39. ^ "Top Twenty Breeds in Registration Order for the Years 2007 and 2008" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Oktober 2011. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  40. ^ "National Animal Registration Analysis 1986-2009" (dalam bahasa Inggeris). Australian National Kennel Council. Dicapai pada 7 Januari 2024.[pautan mati kekal]
  41. ^ a b "Top 10 Most Popular Breeds in the 50 Largest U.S. Cities: Page 2" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  42. ^ "Top 10 Most Popular Breeds in the 50 Largest U.S. Cities: Page 3" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  43. ^ "Top 10 Most Popular Breeds in the 50 Largest U.S. Cities: Page 4" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.
  44. ^ "Top 10 Most Popular Breeds in the 50 Largest U.S. Cities: Page 5" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2009. Dicapai pada 7 Januari 2024.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]