Bantuan:Pengenalan laman perbincangan/Semua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman perbincangan[sunting | sunting sumber]

Ketika menambah baik Wikipedia, ketika anda ada soalan, masalah atau komen berkaitan satu-satu rencana, anda boleh tulis satu perihal di ' rencana tersebut.

Circled location of the talk tab

Ketika memulakan satu topik perbincangan, tuliskannya di kawasan bawah laman perbincanagan. Cara terbaik ialah klik di butang "Tambah topik" di atas halaman. Ini membenarkan anda untuk membentuk satu pengepala seksyen baharu serta komen anda.

Sekiranya anda ingin membalas tulisan penyunting lain pula, tuliskan komen anda di bawah tulisannya. Ini dapat dibuat dengan klik pada butang pautan [balas] selepas tulisannya. Guna butang ikon Ikon rantai untuk memberi pautan, dan ikon Tambah pengguna untuk memanggil pengguna lain.

Komen anda akan ditandatangani dengan alamat IP (nombor mewakili hubungan Internet)nama pengguna anda, dan pautan ke laman perbincangan peribadi anda, dengan masa anda menyimpan halaman perbincangan. Jika anda mencipta akaun, nama pengguna anda akan menjadi tandatangan anda dan anda boleh.Jika mahu, anda boleh.


Laman perbincangan pengguna[sunting | sunting sumber]

Setiap pengguna memiliki laman perbincangan pengguna mereka. Di halaman ini, sesiapa boleh menghantar mesej kepada anda. Para penyunting serta orang ramai boleh menanyakan soalan atau memberi nasihat. Ada juga akaun bot bersifat automatik yang boleh memberi mesej berguna.

Pengguna tak berakaun dalam jaringan Internet berkongsian seperti jaringan rumah atau sekolah, memiliki laman pengguna yang dikongsikan. Sekiranya seseorang memberikan mesej, anda akan memperoleh satu pemberitahuan di atas halaman yang kini anda berada: When you receive a message, you'll get a notification at the top of your screen:

Anda boleh membalas dengan cara sama seperti dalam laman perbincangan rencana: klik pautan [balas] selepas komen mereka, dan panggil mereka dengan ikon Add user icon untuk memberi notifikasi.

Secara am, anda boleh mencari laman perbincangan seseorang penyunting dengan mengikut pautan berlabel "bincang" di tandatangan mereka di akhir mesej. Anda boleh pergi ke laman perbincangan pengguna mereka dengan klik di nama mereka di tandatangan, dan kemudiannya mengeklik butang "Perbincangan" di atas halaman seperti bagi laman rencana. Anda juga boleh mencapainya dengan menaip "Perbincangan pengguna:", diikuti dengan nama pengguna di bar carian.

Menarik perhatian[sunting | sunting sumber]

Bukan semua laman pengguna diselia oleh pengguna lain, terutamanya bagi topik-topik terpencil dengan rencana yang kurang dibangunkan, dan boleh memiliki aktiviti yang amat sedikit dalam laman perbincangan berkait.

Sekiranya anda ingin menyunting suatu rencana terpencil dan berasa yakin, beranikan diri dan sunting saja! Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin membincangkan satu usul perubahan untuk memperoleh bantuan atau pandangan penyunting lain, anda boleh memulakan perbincangan di laman perbincangan lalu memberikan notis di laman yang lebih dikenali.

Untuk melakukan ini, mula-mula, cari mana-mana WikiProjek yang mungkin ada di bahagian atas laman perbincangan. Sekiranya ia aktif, hantarkan jemputan di laman perbincangan mereka agar mereka dapat menyertai perbincangan. Anda boleh gunakan {{subst:kunjungi|Perbincangan:Nama laman#Nama seksyen}} bagi hal ini atau sekadar menuliskannya, tetapi jangan mulakan perbincangan sama di pelbagai tempat. Jika tiada WikiProjek atau WikiProjek yang tersenarai tidak aktif mahupun tidak ada balasan, anda boleh juga meminta bantuan di Meja Bantuan.

Laman perbincangan digunakan bagi pelbagai jenis perbincangan, termasuk usul penggabungan, pemisahan dan pemindahan tajuk rencana. Sesetengah perbincangan dilakukan di papan kenyataan seperti Kedai Kopi atau Permohonan memadam laman.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]