Bantuan:Pengenalan pandu arah Wikipedia/3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pengenalan
Pandu arah Wikipedia

Ruang nama
Jenis-jenis laman Wikipedia

Mencari laman
Kaedah mencari apa yang anda inginkan

Sejarah laman
Lihat semakan terdahulu

Lencongan dan pintasan
Mengarahkan trafik

Pautan berguna
Pautan berguna kepada penyunting

Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari



Kotak carian ada di atas setiap laman. Apabila anda mula menaip, ia akan mula memberi laman cadangan yang mungkin anda sedang cari — anda boleh klik salah satu daripadanya untuk pergi terus ke laman itu. Secara alternatif, jika anda taip nama laman secara lengkap dan tekan Enter, anda akan terus dibawa ke laman itu.

Sekiranya anda menaip perkataan yang bukan suatu rencana dan kemudiannya tekan Enter, anda akan melihat sebuah laman carian penuh yang menyenaraikan rencana di mana frasa carian anda wujud. Anda juga boleh pergi ke laman ini dengan mengeklik ikon kanta pembesar, atau menaip sesuatu di kotak carian lalu mengeklik pautan "mengandungi ..." di bawah senarai cadangan. Sebagai contoh, anda boleh buat begini jika anda ingin mencari kekerapan perkataan "Ikan" di seluruh Wikipedia berbanding pergi ke rencana Ikan secara terus.

Laman carian juga membolehkan anda memilih ruang nama yang diingini dalam pencarian. Anda boleh memilih satu tetapan (Lalai, Perbincagan, Bantuan Umum atau Semua) untuk menambah/membuang ruang nama secara individu.

Kategori

Pokok kategori ringkas
organisma
/
haiwan
\ 
tumbuhan 
/
keldai
\ 
harimau

Satu lagi cara berguna untuk mencari laman ialah dengan mencari di kategori yang mengumpulan laman-laman berkait, dan terpapar di bawah laman. Ia membentuk suatu pokok hierarki dari topik-topik umum ke topik yang lebih khusus, dan laman-laman sepatutnya hanya memiliki kategori paling khusus yang berkenaan. Sebagai contoh, anda tidak sepatutnya tambah [[Cat:Pemuzik]] di rencana yang telah dikategorikan bawah [[Cat:Pemuzik Malaysia]].