Bantuan:Pengenalan pandu arah Wikipedia/Semua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Footprints graphic

Wikipedia ialah sebuah tempat yang besar!

Kini, terdapat 372.6 ribu rencana, dan kalau dicetak, ia akan mengisi kira-kira 75 jilid buku, dan secara kasar akan berupa begini.

Selain itu, terdapat juga 710.1 ribu laman penyokong yang membantu dalam Wikipedia ini.

Tutorial ini akan membantu anda memahami kedudukan anda di Wikipedia, mengajar macam mana untuk mencari apa yang anda inginkan, dan memperkenalkan anda terhadap antara laman-laman paling penting.

Ruang nama[sunting | sunting sumber]

Laman-laman Wikipedia dibahagikan kepada ruang-ruang nama. Stiap ruang nama (kecuali ruang rencana lazim) memiliki awalan yang diikuti dengan tanda dua titik di permulaan nama. Ini ialah beberapa ruang nama yang anda boleh jumpa, termasuk huraian dan contoh:

Ruang nama Tujuan Contoh
Utama/Rencana
tiada awalan
Rencana Gajah
Laman nyahkekaburan untuk membantu pengguna mencari rencana yang sepatutnya Abang (nyahkekaburan)
Wikipedia:
juga "Projek"
Dasar dan garis panduan Wikipedia:Pandangan berkecuali
Wikipedia:Manual gaya penulisan
Laman proses Wikipedia:Penciptaan rencana bestari
Forum perbincangan dan papan kenyataan Wikipedia:Kedai Kopi
Komuniti WikiProjek yang berfokus ke topik tertentu Wikipedia:WikiProjek Perubatan
Pengguna: Laman profil pengguna peribadi Pengguna:Jimbo Wales
Laman kotak pasir dan draf peribadi Pengguna:Contoh/kotak pasir
Bantuan: Laman bantuan Bantuan:Kandungan
Templat: Templat yang boleh dimasukkan atau digantikan dalam laman lain Templat:Perlu rujukan
Templat:Kotak info album
Kategori: Kumpulan kategori yang dikumpulan berdasarkan kesamaan Kategori:Haiwan
Kategori:Penyelenggaraan Wikipedia
Fail: Imej dan fail lain yang disimpan dan diterangkan Fail:Wiki.png
Portal: Laman yang memaparkan kandungan Wikipedia berdasarkan topik khusus Portal:Hal semasa
Portal:Sains
Khas: Laman sebahagian daripada perisian Khas:Perubahan terkini
Khas:Keutamaan

Setiap laman dalam ruang nama ini, kecuali Khas, juga memiliki laman perbincangan sebagai ruangan perbincangan. Jadi, sebagai contoh, anda boleh berbincang tentang rencana gajah di Perbincangan:Gajah, atau berkata-kata tentang Wikipedia:Pandangan berkecuali di Perbincangan Wikipedia:Pandangan berkecuali. Anda boleh pergi antara laman asal dengan laman perbincangan dengan pautan di atas kiri.

Mencari laman[sunting | sunting sumber]

Kotak carian ada di atas setiap laman. Apabila anda mula menaip, ia akan mula memberi laman cadangan yang mungkin anda sedang cari — anda boleh klik salah satu daripadanya untuk pergi terus ke laman itu. Secara alternatif, jika anda taip nama laman secara lengkap dan tekan Enter, anda akan terus dibawa ke laman itu.

Sekiranya anda menaip perkataan yang bukan suatu rencana dan kemudiannya tekan Enter, anda akan melihat sebuah laman carian penuh yang menyenaraikan rencana di mana frasa carian anda wujud. Anda juga boleh pergi ke laman ini dengan mengeklik ikon kanta pembesar, atau menaip sesuatu di kotak carian lalu mengeklik pautan "mengandungi ..." di bawah senarai cadangan. Sebagai contoh, anda boleh buat begini jika anda ingin mencari kekerapan perkataan "Ikan" di seluruh Wikipedia berbanding pergi ke rencana Ikan secara terus.

Laman carian juga membolehkan anda memilih ruang nama yang diingini dalam pencarian. Anda boleh memilih satu tetapan (Lalai, Perbincagan, Bantuan Umum atau Semua) untuk menambah/membuang ruang nama secara individu.

Kategori

Pokok kategori ringkas
organisma
/
haiwan
\ 
tumbuhan 
/
keldai
\ 
harimau

Satu lagi cara berguna untuk mencari laman ialah dengan mencari di kategori yang mengumpulan laman-laman berkait, dan terpapar di bawah laman. Ia membentuk suatu pokok hierarki dari topik-topik umum ke topik yang lebih khusus, dan laman-laman sepatutnya hanya memiliki kategori paling khusus yang berkenaan. Sebagai contoh, anda tidak sepatutnya tambah [[Cat:Pemuzik]] di rencana yang telah dikategorikan bawah [[Cat:Pemuzik Malaysia]].


Sejarah laman[sunting | sunting sumber]

Setiap suntingan yang dibuat di Wikipedia dirakam, dan (kecuali keadaan tertentu) dapat dilihat orang ramai dalam ruangan sejarah laman.

Circled location of the history tab

Untuk mengaksesnya, klik "Lihat sejarah" di atas laman.

Sejarah laman terdiri daripada baris-baris yang mewakili satu versi terdahulu. Setiap baris memiliki unsur-unsur dengan maklumat atau alatan berkenaan versi tersebut:

Line from a Wikipedia page history, with annotations explaining elements

Untuk melihat perbezaan antara dua versi, pilih dua versi yang ingin dibandingkan dengan butang radio, dan klik Bandingkan versi-versi yang dipilih.

Lencongan dan pintasan[sunting | sunting sumber]

Lencongan

Sebahagian laman di Wikipedia ialah lencongan — ia tidak memiliki kandungannya tersendiri, tetapi sebaliknya membawa anda ke laman lain. Sebagai contoh, laman UK melencongkan anda ke United Kingdom. Oleh itu, jika anda menaip UK di kotak carian, ia akan membawa anda terus ke United Kingdom. (Akan ada juga nota di bawah judul rencana bertulis "Dilencongkan dari UK".)

Untuk mencipta laman lencongan:

  • Teks wiki: Klik butang Ikon lencongan, dan taip laman tujuan, atau tulis kod #LENCONG [[Laman tujuan]].
  • VisualEditor: Gunakan menu  , dan klik  Tetapan laman untuk memilih laman tujuan.

Pintasan

Wikipediawan biasanya merujuk terhadap laman-laman Wikipedia dalaman melalui nama pintas untuk memudahkan penaipan. Sebagai contoh, awalan ruang nama Wikipedia boleh disingkatkan menjadi WP:. Laman-laman pintas ini bertindak sebagai lencongan ke laman sepatutnya.

Sebagai contoh, Wikipedia:Manual gaya penulisan boleh ditulis sebagai WP:MGP bagi tujuan pautan atau di kotak carian. Senarai laman pintas ke sesebuah laman biasanya disenaraikan dalam sebuah kotak di atas kanan laman sasaran.

Pautan berguna[sunting | sunting sumber]

Di atas laman

Apabila anda dilog masuk, anda dapat melihat pautan-pautan berguna di atas kanan skrin anda:

  • Pautan nama pengguna membawa anda ke laman pengguna anda, di mana anda boleh menambah maklumat tentang diri anda.
  • Senarai pantau () menunjukkan perubahan terkini terhadap laman-laman pantauan anda (klik bintang di atas kanan laman untuk mula memantau).
  • Perbincangan ialah laman perbincangan pengguna anda, di mana pengguna lain boleh memberi mesej kepada anda.
  • Kotak pasir ialah laman dalam ruang pengguna, di mana anda boleh membuat suntingan ujian tanpa menyebabkan perubahan di mana-mana laman Wikipedia sebenar.
  • Keutamaan membenarkan anda menguruskan perihal akaun anda serta tetapan perisian wiki.
  • Sumbangan menyenaraikan semua suntingan yang anda buat.
  • Log keluar mengelog anda keluar daripada akaun.

Di kiri/kanan laman

Ada sekumpulan lagi laman berguna di belah kiri/kanan laman:

  • Bantuan ialah titik masuk ke laman-laman bantuan Wikipedia.
  • Portal masyarakat ialah pusat bagi penyunting, dengan berita, perbincangan dan bantuan.
  • Pautan ke laman ini menunjukkan laman-laman yang memautkan satu-satu laman.
  • Perubahan berkaitan menyeraikan suntingan yang dibuat terhadap laman-laman yang dipautkan oleh satu-satu laman.

Laman-laman berguna lain

Ada lagi beberapa laman lain yang berguna untuk anda ketahui:

  • Anda boleh bertanyakan soalan berkenaan penggunaan dan suntingan Wikipedia di Meja bantuan.
  • Kedai Kopi ialah set forum perbincangan terpusat, termasuk dasar dan perihal teknikal Wikipedia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]