Bantuan:Pengenalan pandu arah Wikipedia/6

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pengenalan
Pandu arah Wikipedia

Ruang nama
Jenis-jenis laman Wikipedia

Mencari laman
Kaedah mencari apa yang anda inginkan

Sejarah laman
Lihat semakan terdahulu

Lencongan dan pintasan
Mengarahkan trafik

Pautan berguna
Pautan berguna kepada penyunting

Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari



Di atas laman

Apabila anda dilog masuk, anda dapat melihat pautan-pautan berguna di atas kanan skrin anda:

  • Pautan nama pengguna membawa anda ke laman pengguna anda, di mana anda boleh menambah maklumat tentang diri anda.
  • Senarai pantau () menunjukkan perubahan terkini terhadap laman-laman pantauan anda (klik bintang di atas kanan laman untuk mula memantau).
  • Perbincangan ialah laman perbincangan pengguna anda, di mana pengguna lain boleh memberi mesej kepada anda.
  • Kotak pasir ialah laman dalam ruang pengguna, di mana anda boleh membuat suntingan ujian tanpa menyebabkan perubahan di mana-mana laman Wikipedia sebenar.
  • Keutamaan membenarkan anda menguruskan perihal akaun anda serta tetapan perisian wiki.
  • Sumbangan menyenaraikan semua suntingan yang anda buat.
  • Log keluar mengelog anda keluar daripada akaun.

Di kiri/kanan laman

Ada sekumpulan lagi laman berguna di belah kiri/kanan laman:

  • Bantuan ialah titik masuk ke laman-laman bantuan Wikipedia.
  • Portal masyarakat ialah pusat bagi penyunting, dengan berita, perbincangan dan bantuan.
  • Pautan ke laman ini menunjukkan laman-laman yang memautkan satu-satu laman.
  • Perubahan berkaitan menyeraikan suntingan yang dibuat terhadap laman-laman yang dipautkan oleh satu-satu laman.

Laman-laman berguna lain

Ada lagi beberapa laman lain yang berguna untuk anda ketahui:

  • Anda boleh bertanyakan soalan berkenaan penggunaan dan suntingan Wikipedia di Meja bantuan.
  • Kedai Kopi ialah set forum perbincangan terpusat, termasuk dasar dan perihal teknikal Wikipedia.