Belalang juta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Seekor belalang juta taman, Acanthacris ruficornis, di Ghana
Jutaan belalang juta Australia dalam kawanan besar sedang terbang

Belalang juta merujuk pada satu koleksi tertentu spesies belalang dari keluarga Acrididae dalam mempunyai tingkah laku untuk membentuk kawanan. Serangga jenis ini biasanya hidup bersendirian, akan tetapi dalam keadaan tertentu populasinya menjadi banyak dan ia mula menukar tingkah laku dan kebiasaan mereka, menjadi lebih suka berkawan. Tiada perbezaan taksonomi dibuat antara spesies belalang juta dan belalang; asas definisi ini adalah sama ada ia adalah spesies yang membentuk kawanan di bawah keadaan yang bersuaian atau tidak. Belalang-belalang ini tidak berbahaya, didapati dalam jumlah yang sedikit dan tidak mengancam pertanian. Bagaimanapun di bawah keadaan yang bersuaian seperti keadaan kemarau diikuti pertembuhan tumbuh-tumbuhan yang cepat, serotonin di dalam otaknya akan yang mencetus satu set perubahan dramatik: ia mula membiak dengan banyak, membentuk kawanan dan berhijrah apabila populasi menjadi cukup padat.

Belalang juta menyebabkan wabak sejak zaman pra sejarah. Tamadun Mesir Purba mengukir imej belaang juta pada makam-makam mereka dan serangga ini juga ada disebut di dalam Iliad, Bible dan Al-Quran. Kawanan belalang juta boleh memusnahkan kawasan tanaman yang luas dan menjadi penyebab kebuluran dan penghijrahan manusia. Baru-baru ini, perubahan dalam pertanian dan pengawasan yang lebih baik di lokasi-lokasi di mana kawanan belalang juta biasanya muncul, bermakna usaha kawalan boleh dilaksanakan pada tahap awal. Langkah tradisional adalah dengan menggunakan racun serangga di darat dan udara, selain menggunakan kawalan biologi.

Ancaman belalang juta (Schistocerca gregaria) telah mengancam penghasilan pertanian di Afrika, Timur Tengah dan Asia selama berabad lamanya. Kehidupan hampir satu per sepuluh dari penduduk dunia boleh terjejas akibat serangga yang kelaparan ini.

Ekologi belalang juta[sunting | sunting sumber]

Belalang juta hidup secara bersendirian sehingga hujan turun. Hujan mengakibatkan tumbuhan tumbuh dan menggalakkan penghasilan telur yang telah diletakkan dalam tanah berpasir. Tumbuhan baru ini menghasilkan makanan untuk belalang yang baru menetas dan memberikan mereka perlindungan sehingga mereka membesar menjadi serangga dewasa bersayap.

Apabila tumbuhan tersebar dalam bentuk tertentu yang memaksa belalang hidup berkumpulan untuk makan, dan terdapat hujan yang cukup untuk kebanyakan telur menetas, ini memaksa berlakunya hubungan fizikal antara kaki belakang serangga yang bersentuhan sesama sendiri. Ini mengakibatkan peningkatan kadar metabolik dan perubahan tingkah-laku yang mengakibatkan perubahan serangga dari tingkah-laku bersendirian kepada tingkah-laku berkelompok (gregarious). Apabila belalang menjadi berkelompok, mereka bertukar warna dari hijau kepada hitam dan kuning, badan mereka berubah menjadi pendek, dan mereka menghasilkan hormon yang menyebabkan kesemua mereka berkumpul pada satu kawasan, dan dengan itu menggalakkan pembentukan kawanan belalang.

Ketika tempoh senyap, dikenali sebagai kegawatan recessions, belalang terhad pada lengkungan 16-juta-kilometer-persegi yang melangkaui Gurun Sahara di Afrika Utara, menyeberangi Semenanjung Arab, dan ke barat laut (northwest) India. Apabila keadaan menjadi sesuai, kawanan belalang juta menyerbu ke negara di sekeliling kawasan gawat recession, ke utara sehingga ke Sepanyol dan Russia dan ke timur sehingga ke India dan Asia barat daya (southwest). Sebanyak 60 negara boleh terjejas akibatnya.

Kawanan belalang juta mampu menyeberangi Laut Merah antara Afrika dan Semenanjung Arab dan pernah dilapurkan menyeberangi Lautan Atlantik dari Afrika ke Karibbean. Satu kawanan belalang juta mampu melitupi 1,200 kilometer persegi dan mengandungi antara 40 dan 80 juta belalang setiap kilometer persegi.

Kerugian tanaman[sunting | sunting sumber]

Belalang juta mampu memakan anggaran tumbuhan hijau seberat jisim badan mereka setiap hari: daun, bunga, kulit kayu, batang, buah, dan benih. Hampir kesemua tanaman, dan tumbuhan bukan tanaman, berisiko, termasuk millet, padi, jagung, sorghum, tebu, barli, kapas, pokok buah, pokok kurma, sayuran, rumput ragut, akasia, pine, dan pisang.

Kerugian tumbuhan dicatat dalam Injil dan Al Quran. Dalam abad lepas, serangan Belalang Juta berlaku pada 1926-1934, 1940-1948, 1949-1963, 1967-1969 dan 1986-1989. Kerugian besar tanaman disebabkan kawanan belalang juta, memberatkan masalah kekurangan makanan, dan merupakan ancaman kepada keselamatan bekalan makanan.

Kawalan[sunting | sunting sumber]

Pada masa kini kawalan utama mengawal kawanan belalang juta adalah dengan racun serangga organophosphate yang disembur dalam dos rendah dengan kenderaan dan pesawat terbang penyembur. Racun serangga ini perlu disembur secara langsung kepada serangga. Kawalan dilaksanakan oleh kerajaan di negara yang diancam belalang juta. Tiada cara kawalan biologi telah dimajukan masa kini, dan walaupun burung memakan belalang, burung tidak mampu makan cukup belalang untuk mengelakkan kawanan belalang juta.

Belalang makan

NASA telah membangunkan kaedah mengesan keadaan dan kawasan yang berkemungkinan menghasilkan kawanan melalui satelit. Data satelit digabung dengan maklumat cuaca, penyemburan udara, digunakan oleh FAO (Desert Locust Information Service), mereka memberikan maklumat dan tabungan untuk negara yang terjejas.

Belalang juta adalah perosak yang sukar ditangani, dan langkah kawalan lebih sukar dengan kawasan yang luas dan terpencil (16-30 juta kilometer persegi) di mana belalang boleh dijumpai. Infrastruktur asas yang tidak dibangunkan di sesetengah negara terbabit, sumber terhad untuk mengawal dan memantau belalang dan pergolakan politik di dalam dan antara negara mengurangkan lagi keupayaan sesebuah negara menangani ancaman belalang juta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Showler, A. T. 1996. The Desert Locust in Africa and Western Asia: Complexities of War, Politics, Perilous Terrain, and Development [1]
  • Lindsey, R. 2002. Locust! [2]
  • The desert locust information service [3]