Ben Ladin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Ben Ladin
Kelahiran
Muhammad Benladen bin Munshi Shaihan

(2001-09-10) 10 September 2001 (umur 20)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2012–kini
Kerjaya muzik
GenreHip hop
InstrumenVokal, rap
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia

Ben Ladin (lahir Muhammad Benladen Munshi Shaihan; 10 September 2001) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Idola Kecil musim kelima pada 2012.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Ben Ladin mula dikesan sejak berusia 11 tahun apabila menjadi salah seorang peserta pertandingan pencarian bakat kanak-kanak Idola Kecil musim kelima.[2] Selepas tamat Idola Kecil 5, beliau menyumbangkan rap untuk lagu "Permata" nyanyian Alyah.[3] Kerjaya lakonannya bermula pada 2016, apabila Ben muncul dalam drama Kahwin Muda, namun paling terkenal menerusi drama Amsyar di mana beliau memegang watak tajuk. Beliau mula mendapat liputan meluas apabila melancarkan single sulungnya, "Hikayat Benladin" hasil nukilan Malique dan Dedeq.[2][4][5] Ia menjadi kejayaan komersial apabila video lirik lagu ini telah meraih lebih 12.6 juta tontonan sejak pelancaran rasminya pada 19 Julai 2018 sekaligus dijadikan lagu saduran oleh ramai orang dan memuatnaiknya di YouTube.[6] Pada tahun 2019, beliau melancarkan single keduanya, "Rampung".[7][8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ben Ladin dilahirkan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor.[1] Beliau mendapat pendidikan menerusi pembelajaran di rumah sejak Tingkatan 1.[1][9]

Pada awal September 2018, Ben memohon maaf atas keterlanjurannya yang kurang berpengetahuan mengenai sejarah negara. Beliau memuat naik rakaman video permohonan maafnya di laman Instagram selepas gagal menjawab soalan berkaitan kemerdekaan dan sejarah negara dalam satu rancangan hiburan.[10]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk
2018
"Hikayat Benladin"
2019
"Rampung"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Peranan televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Kahwin Muda Dirinya sendiri TV3
Amsyar Amsyar
2017 Jangan Ikut Aku Hantu Jendul

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Lagu MeleTOP "Hikayat Benladin" Tercalon
Penyanyi MeleTOP Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Biodata Ben Ladin, bintang baru muzik hip hop". Azhan.co. Dicapai pada 15 November 2018.
  2. ^ a b c "Ben Ladin doesn't want to be a one-hit wonder" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 16 November 2018. Dicapai pada 16 November 2018.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (17 September 2018). "Gemuruh ketika rakaman". Harian Metro. Dicapai pada 15 November 2018.
  4. ^ Norhayati Nordin (19 Ogos 2018). "Hikayat Benladin". Harian Metro. Dicapai pada 15 November 2018.
  5. ^ Sudirman Mohd Tahir (13 September 2018). "SudyrTanya: Single Ben Ladin dapat sambutan". Harian Metro. Dicapai pada 15 November 2018.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (27 Oktober 2018). "Saya sangat terharu..." Harian Metro. Dicapai pada 15 November 2018.
  7. ^ Asraf Adied (6 Mac 2020). ""Saya mahu dikenali menerusi hasil karya" - Ben Ladin tak mahu sertai program realiti". Astro Gempak. Dicapai pada 15 November 2020.
  8. ^ "Enam kali masuk studio rakam single kedua". Berita Harian. 19 November 2019. Dicapai pada 19 November 2019.
  9. ^ Asraf Adied (8 November 2018). "Bakal duduki SPM, Ben Ladin tak mahu tertekan kerana". Astro Gempak. Dicapai pada 15 November 2018.
  10. ^ Nur Asyikin Mayudin (3 September 2018). "Ben Ladin mohon maaf, sedar diri kurang tahu sejarah negara". mStar Online. Dicapai pada 15 November 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]