Anugerah MeleTOP Era 2019

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah MeleTOP Era 2019
PenghargaanPelakon, Penyanyi, Juruhebah radio
PenajaERA, Sinar, Zayan, Gegar
Tarikh21 April 2019
LokasiAxiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
NegaraMalaysia
PengacaraNabil Ahmad
Jihan Muse
Neelofa
Pengacara prapersembahanAin Edruce
Haniff Hamzah
Anugerah pertama2014
Kini dipegang oleh
Laman web rasmiLaman web rasmi
Liputan televisyen/radio
Rangkaian
Tempoh tayangan145 minit
Dihasilkan olehRaqim Ahmad Ramli

Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) merupakan anugerah anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat. Anugerah ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran Anugerah Era dan menggunakan tema "Yang Legit, Yang Legend".[2] Terdapat sebanyak 18 kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi Astromobile. Program ini ditaja oleh Nivea.

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek calon lima terbaik daripada 20 pencalonan awal yang telah tersenarai dibuka kepada orang ramai. Bagi pusingan ini, orang ramai diberi pilihan untuk mengundi calon-calon kegemaran mereka untuk 18 buah kategori melalui dua cara iaitu menerusi khidmat undian secara online di laman web Anugerah MeleTOP Era dan Era ataupun menerusi aplikasi Astro View yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store mulai 18 Disember 2014.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dan satu anugerah khas yang akan dianugerahkan kepada individu yang telah banyak berjasa dalam industri hiburan Malaysia. Menurut Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, AME2019 mengetengahkan tema Glam dan slogan "Yang Legit, Yang Legend" diperkenalkan bagi menghargai mereka yang sudah lama dan baharu bertapak dalam industri hiburan. Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir bagi 16 kategori boleh dilakukan menerusi laman web AME2019 dan portal Era serta kiriman Sistem Pesanan Ringkas (SMS).[3]

Pemenang dan pencalon[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pemenang disenaraikan terlebih dahulu, diserlahkan dalam teks tebal, dan ditandakan dengan pisau berganda (double-dagger).[4]

Lagu MeleTOP
Penyanyi MeleTOP
Grup/Duo MeleTOP
Hos MeleTOP
Drama MeleTOP
Pelakon MeleTOP
Program MeleTOP
  • Sepahtu Reunion Live: Al Puasa
    • Big Stage
    • Gegar Vaganza 5
    • My Doctors
    • Pa&Ma
    • Rasa Instafamous
    • Mingguan Wanita
    • Gema Gegar Vaganza 2
    • Tazkirah Malam Jumaat
    • Menjejak Hamka
    • Maharaja Lawak Mega 2018
    • Arena Panggang
    • Ceria Megastar
Program Radio MeleTOP
Penyampai Radio MeleTOP
Artis Baharu MeleTOP
Artis Lawak MeleTOP
Couple MeleTOP
Si Cilik MeleTOP
Filem MeleTOP
Bintang Filem MeleTOP
Fesyen MeleTOP

Anugerah khas[sunting | sunting sumber]

Top Top Lelaki MeleTOP
Top Top Wanita MeleTOP

Penyampai dan penghibur[sunting | sunting sumber]

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Penyampai piala[sunting | sunting sumber]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Anugerah MeleTOP Era 2019 menjadi subjek kemarahan awam apabila anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid tidak dicalonkan bagi kategori Si Cilik MeleTOP. Ketidaklayakan Siti Aafiyah mencetuskan tanda tanya di kalangan masyarakat.[5][6]

Pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad dan Neelofa mengumumkan menarik diri daripada sebarang kategori pencalonan di Anugerah MeleTOP Era 2019. Menurut Neelofa: "Saya dan Nabil sudah bersama MeleTOP selama enam tahun. Sudah tiba masanya untuk kami memberikan peluang dan fokus sahaja kepada pengacaraan."[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Zulqarnain Abu Hassan (22 April 2019). Siti Nordiana, Khai Bar menang Anugerah MeleTOP Era 2019 Sinar Harian. Dicapai pada 24 April 2019.
  2. ^ Anugerah MeleTOP Era 2019 ‘live’ di Astro Ria malam ini Utusan Borneo (21 April 2019). Dicapai pada 24 April 2019.
  3. ^ Asyraf Roslan (20 Mac 2019). AME2019 kembali menggegarkan, undian Top 5 bermula! Astro Awani. Dicapai pada 30 April 2019.
  4. ^ Budiey (22 April 2019). Senarai penuh pemenang Anugerah MeleTOP Era 2019 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 April 2019.
  5. ^ Anugerah MeleTOP Era 19: Di mana Siti Aafiyah? Astro Awani. Dicapai pada 25 April 2019.
  6. ^ Annie May (12 Februari 2019). Siti Nurhaliza’s daughter not listed in AME 2019 Hype.my. Dicapai pada 25 April 2019.
  7. ^ Mohd Haikal Isa (19 Mac 2019). Nabil, Neelofa undur diri dari pencalonan AME 2019 Kosmo!. Dicapai pada 30 April 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]