Bendera Kanada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai bendera kebangsaan Kanada. Untuk bendera Kanada yang lain, sila lihat Senarai bendera Kanada.
Bendera Kanada
Templat:Infobox flag/entry

Bendera Kanada ataupun dikenali sebagai Maple Leaf (dalam bahasa Inggeris) dan l'Unifolié (Bahasa Perancis) merupakan bendera kebangsaan Kanada. Sebelum 1965, Kanada menggunakan bendera yang terdapatnya Union Jack seperti Bendera Australia dan New Zealand. Bendera Merah Kanada telah digunakan secara rasmi sejak 1890an dan telah diluluskan oleh Perlembagaan Kanada pada tahun 1945 dan untuk "di mana terdapat satu majlis rasmi, di situ megahnya bendera Kanada".

Pada tahun 1964, Perdana Menteri ketika itu Lester B. Pearson merancang untuk mengubah bendera Kanada sebagai bendera yang baru. Daripada tiga pilihan, reka bentuk daun maple dari George Stanley berdasarkan bendera Maktab Tentera Diraja Kanada. Bendera tersebut telah digunakan secara rasmi pada 15 Februari 1965 dan pada tarikh tersebut, seluruh rakyat Kanada meraikan Hari Kebangsaan Bendera Kanada.

Reka bentuk dan perlambangan[sunting | sunting sumber]

Warna-warna merah dan putih dijadikan warna rasmi negara Kanada setelah pengisytiharan Jata Diraja negara tersebut pada tahun 1921, masing-masing diambil daripada Salib Santo George milik England dan jata Kerajaan Perancis yang wujud sejak zaman pemerintahan Charles III dari Perancis[1] lalu mewakili sejarah para peneroka yang menduduki kawasan lingkungan Kanada kini lalu membentuk jajahan mereka yang tersendiri sebelum penyatuan jajahan-jajahan dalam satu "Gabungan Kanada".

Daun mapel telah dijadikan suatu simbol mewakili Kanada sejak abad ke-18,[2] di mana ia pertama kalinya digunakan pada jata-jata negeri Ontario dan Quebec.[3] Daun ini kemudiannya dimasukkan dalam rekaan jata negara Kanada pada tahun 1921.[3] Bilangan bucu pada daun tersebut tiada makna signifikannya[4] serta ditetapkan setelah ujian angin kencang dijalankan bagi melihat rekaan daun mana yang paling mudah dilihat apabila dikibar dengan lajunya.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Department of Canadian Heritage. "Birth of the Canadian flag". Queen's Printer for Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada February 24, 2010. Dicapai December 16, 2008. 
  2. ^ James Minahan (2009). The Complete Guide to National Symbols and Emblems: Volume 2. Greenwood Press. m/s. 17. ISBN 978-0-313-34500-5. 
  3. ^ a b Jeanette Hanna; Alan C. Middleton (2008). Ikonica: A Field Guide to Canada's Brandscape. Douglas & McIntyre. m/s. 79–. ISBN 978-1-55365-275-5. Diarkibkan daripada yang asal pada July 4, 2014. 
  4. ^ Department of Canadian Heritage. "You were asking..." Queen's Printer for Canada. Diarkibkan daripada asal pada 30 April 2010. Dicapai 18 April 2008. 
  5. ^ Matheson, Col. John R. (1980). Canada's Flag: a search for a country. Mika Publishing Company. ISBN 0-919303-01-3. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]