Bicara Hati (filem)
Jump to navigation
Jump to search
Bicara Hati | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Rosnani Jamil |
Penerbit | Rosnani Jamil Ruhani Abdul Rahman Hanis Halim |
Penulis | Jamil Sulong (skrip) Khadijah Hashim (cerita asal) |
Dibintangi oleh | Nur Fazura Nick Mikhail |
Pengedar | RJ Production Sdn Bhd |
Mula ditayangkan | 3 Jun 2004 |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Rujukan Filemkita |
Filem Bicara Hati mula ditayangkan pada 3 Jun 2004 diseluruh pawagam di Malaysia. Filem ini diadaptasikan menerusi sebuah novel karya Khadijah Hashim. Kos pembikinan filem ini ialah RM1.2 juta.
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Filem ini mengisahkan kehidupan para pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seorang pelajar bernama Noraini telah terpikat dengan gurunya sendiri. Noraini juga kurang menumpukan perhatian kepada pelajaran. Kedatangan guru bahasa Inggeris yang baru, Hadi berjaya memberi sinar baru kepada para pelajar sekolah itu dan akhirnya mereka lulus dengan cemerlang.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Fazura sebagai Noraini
- Nick Mikhail sebagai Hadi
- Tengku Shahirah
- Zamarul Hisham sebagai Farid
- Jalaluddin Hassan sebagai Bapa Noraini
- Norlida Ahmad
- Shaharudin Thamby
- Azween Aziz
- Saiful Izham Iskandar
- Eddie Halim
- Suraya Aziz
- Rosnani Jamil
- Mustapha Maarof
- Rozaidi Jamil
- Hanis Halim
Pengarah[sunting | sunting sumber]
- Rosnani Jamil
Muzik Latar dan Lagu[sunting | sunting sumber]
- Joe Wings
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
- Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
- Pelakon Harapan Wanita - Nur Fazura