Pergi ke kandungan

Mustapha Maarof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Mustapha Azahari bin Maarof[1] (1 Januari 1935 – 15 Disember 2014)[2] merupakan seorang pelakon dan penolong pengarah lelaki Malaysia.


Mustapha Maarof

Kelahiran
Mustapha Azahari bin Maarof

(1935-01-01)1 Januari 1935
Meninggal dunia15 Disember 2014(2014-12-15) (umur 79)
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianKanser paru-paru
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, penolong pengarah
Tahun aktif1951–2014
Terkenal kerana'Tun Zainal' (Hang Tuah)
'Tengku Bagos' (Raden Mas)
'Deli' (Sri Mersing)
'Tun Aman' (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang)
Karya
Filemografi
PasanganSuraya Harun (k. 1962; c. 1965)
Roseyatimah (k. 1967; m. 1987)
[3]
Anak-anak4
IbuKamsiah Mohd Ali
BapaMaarof Zakaria

Kehidupan peribadi dan kerjaya

[sunting | sunting sumber]
  • Beliau pernah mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
  • Memulakan kerjaya seninya sejak 1951
  • Sebelum menikahi Roseyatimah, Mustapha pernah memperisterikan pelakon jelita, Suraya Harun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suzlynna. Namun perkahwinan itu hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja apabila mereka berpisah pada tahun 1965. Suzlynna kemudiannya berkahwin dengan penyanyi utama kumpulan Flybaits iaitu Alfredo Valentina, rakyat Singapura berketurunan Filipina yang juga anak saudara kepada maestro muzik jaz Malaysia, Alfonso Soliano.
  • Mustapha dan Roseyatimah mendirikan rumah tangga pada 1967, dikurniakan tiga anak iaitu Azlynna, Mohamad Rezainuddin dan Mohammed Khairuddin, namun Mohammed Khairuddin meninggal dunia akibat denggi ketika berusia tiga tahun.
  • Allahyarham adalah anak kepada peguam Melayu, Maarof Zakaria yang mengasaskan Bank Kebangsaan Melayu pada tahun 1947 dan nama Jalan Maarof di Bangsar dinamakan sempena bapa Allahyarham.
  • Sudah berlakon lebih 50 filem dan beratus-ratus drama televisyen, sama ada di Malaysia mahupun Singapura, dan lebih aktif bekerja di sebalik tabir sebagai produser drama dan iklan komersial serta video korporat menerusi Warna Motion Pictures.
  • Selain itu, beliau juga pernah menerajui Persatuan Seniman dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah FINAS.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, pada 15 Disember 2014 jam 8.38 pagi. Sebelum itu allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November 2014 kerana mengalami kesukaran bernafas sebelum dipindahkan menjalani rawatan di Wangsa Maju pada 2 Disember 2014.

Jenazah beliau disolatkan di Masjid Amru Ibnu Al-Asr, Bandar Baru Sentul dan kemudian dikebumikan disebelah pusara isterinya (Roseyatimah) di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.[4][5]

Pada 18 Jun 2010, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Joseph Salang Gandummengumumkan Datuk Mustapha Maarof sebagai Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010. Beliau menerima cek bernilai RM30,000, selempang, pingat dan sijil Tokoh Perfileman Finas [6]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1992 Festival Filem Malaysia ke-10 Anugerah Veteran Menang
  1. ^ PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
  2. ^ "Roseyatimah cinta sejati Mustapha". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-25. Dicapai pada 2017-06-16.
  3. ^ Mustapha Maarof setia hingga akhir hayat
  4. ^ Datuk Mustapha Maarof 1935 - 2014
  5. ^ "Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-25. Dicapai pada 2016-01-20.
  6. ^ Mustapha Maarof Terima Anugerah Tokoh Perfileman mstar

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]