Zed Zaidi
Lt. Kol (K) Zed Zaidi | |
---|---|
Presiden Seniman Malaysia | |
Memegang jawatan 26 Mei 2012 | |
Didahului oleh | Allahyarham Dato Mustapha Maarof |
Butiran peribadi | |
Lahir | Rozaidi bin Abdul Jamil 27 Jun 1980[1] Gombak, Selangor, Malaysia |
Pasangan | Natalia Dato Mustafa (k. 2011) |
Anak-anak | 3 |
Pekerjaan | pelakon, penyanyi, pengacara |
Anugerah | Hero Remaja 2001[petikan diperlukan] |
Rozaidi bin Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (lahir 27 Jun 1980) ialah seorang Presiden Persatuan Seniman Malaysia, pelakon, penyanyi dan pengacara lelaki Malaysia. Sebelum bergelar pelakon, beliau merupakan bekas vokalis kumpulan Seven Signs yang pernah ditubuhkan pada tahun 2000 sebelum dibubarkan.
Biografi[sunting | sunting sumber]
Beliau pernah menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), peringkat diploma dalam jurusan Komputer Sains pada tahun 1999. Beliau juga melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda Pentadbiran Undang-Undang di UiTM. Selain itu Zed Zaidi juga pemegang Bachelor in Communication with Honours di Universiti Utara Malaysia (UUM). Sehingga kini beliau masih meneruskan pembelajaranya ke peringkat Sarjana (Master) di Universiti Sabah Malaysia (UMS).
Zed Zaidi menimbulkan kontroversi dengan pengarah dan anak kepada penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, iaitu Syamsul Yusof, dengan mengkritik beliau dalam blognya, zedzaidi.blogspot.com. Beliau berpendapat bahawa Skop Production akan terus maju tanpa Syamsul. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati buat Syamsul Yusof[2] Namun, beliau menjernihkan keadaan dengan menyatakan itu hanya pandangan beliau sebelum Syamsul Yusof berjaya dan beliau hanya menegur sebagai seorang sahabat dan rakan dalam industri seni[3]. Kini beliau aktif di dalam kesukarelawan dan kebajikan di dalam persatuan atau ngo. Jawatan yang di sandang adalah Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di sini la bermula era baru dalam kehidupan beliau di mana kontroversi menjadi sebahagian hidupnya. Bermula dengan perjuangan membantah kemasukan Artis Luar yang tidak mengikuti saluran Undang-Undang Negara kontroversi yang amat ketara sejak beliau menjawat jawatan sebagai Presiden SENIMAN adalah mengenai kemenangan AARON AZIZ di Anugerah Bintang Popular. Beliau berpendapat Anugerah Malaysia untuk Orang Malaysia.
Dengan prinsip perjuangannya di dalam industri seni Beliau mewujudkan Tagline " ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, SENIMAN RAKYAT UNTUK NEGARA. Semejak beliau memimpin SENIMAN banyak perubahan telah berlaku dan suara beliau mewakili anak seni ini di dengari oleh pihak kerajaan. Perjuangannya mengenai Rumah, Insurance untuk artis serta kebajikan proaktif membuahkan hasil sehingga kerajaan menerima cadangan beliau iaitu mewujudkan Perumahan Khas artis di bawah Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), dan kesungguhan kerajaan memberikan insurance kepada artis dibawah SKIM INSURANCE SENIMAN atas cadangan beliau sendiri kepada menteri Tan Sri Rais Yatim.
Selain itu beliau juga Pengerusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan Dang Wangi Wilayah Persekutuan, AJK Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Yang Di Pertua Pertubuhan Rakan Kembara Malaysia Peringkat Putrajaya, Ahli Jawatankuasa Khas Biro Sukan & Kebudayaan Majlis Belia Malaysia, Ahli Majlis Kerja Creative Content Industry Guild, Ahli Majlis Kerja Gabungan Persatuan-Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Penasihat Pertubuhan Pakar Telekomunikasi Malaysia (PAKAR), Penasihat Pertubuhan Agro Usahawan Muda Malaysia (PAUMM), Penasihat Pertubuhan Ekonomi Melayu Inovasi Malaysia.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2004 | Bisikan Remaja | Daniel | Filem pertama menjadi watak utama |
Gila-Gila Pengantin Remaja | Fandi | ||
Bicara Hati | Usop | ||
2005 | Sembilu 2005 | Zed | |
Pontianak Menjerit | Saiful | ||
2006 | Tentang Bulan | Abu/Bulat Dewasa | |
2010 | Semerah Cinta Stilleto | Raymond | |
Niyang Rapik | Saiful | ||
Cuti-Cuti Cinta | Remy | ||
2011 | Senjakala | Jehan |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004–2005 | Sembilu | Fendi | TV2 | |
2005–2007 | Sembilu Kasih | TV3 | ||
2006 | Melur Tetap Harum | TV2 | ||
2006–2007 | Diari Ramadan Rafique | Izwan | TV3 | |
2008 | Ezora | |||
2009 | A.D.A.M (Musim 4) | Azli | TV2 | |
Amanah Karmila | Hussin | |||
Wasilah Cinta Qayyim | ||||
Keliwon | TV3 | |||
Julia Juli | Arif | |||
Nenek Kebaya | Shafie | |||
2009–2010 | Aliff Firdaus | Shahril | ||
2010 | Habil & Qabil | Qabil Najmi | ||
2011 | Fatimah Juling The Series | Astro Prima | ||
Terowong | Taufik | TV3 | Episod: "Cinta Sejati" | |
2012 | Apa Celop! | |||
2019 | Diari Ramadhan Rafique Reunion | Izwan | ||
2021 | Gerak Khas (Musim 20) | Datuk Omar | Episod: "Proksi Dari Labuan" | |
2022 | Gerak Khas Undercover (Musim 2) | Farouk | Episod: "Tebusan" |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2006 | Kerana Dosa Kelmarin | TV1 | |
Senafas Takbir Raya | TV3 | ||
2008 | Rempit vs Impak Maksima | DK | |
2011 | Nur Ain | Johan |