Pergi ke kandungan

Boeing 787

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Boeing 787 Dreamliner)
Boeing 787 Dreamliner
Boeing 787 Royal Brunei Airlines pertama
Peranan Jet penumpang badan lebar
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar Boeing Commercial Airplanes
Penerbangan pertama 15 Disember 2009
Diperkenalkan 26 Oktober 2011, dengan All Nippon Airways
Status Dikandaskan melepas sementara
Syarikat penerbangan utama All Nippon Airways
Japan Airlines
United Airlines
Air India
Dikeluarkan 2007–sekarang
Jumlah dibina 49 (Disember 2012)[1]
Kos program AS$32 bilion (perbelanjaan Boeing)[2]
Kos unit 787-8: AS$206.8 juta (2012)[3]
787-9: US$243.6 juta (2012)[3]
Boeing 787-8 ANA

Boeing 787 Dreamliner adalah sebuah pesawat jet enjin kembar, berbadan lebar bersaiz sederhana yang telah dibangunkan oleh Boeing Commercial Airplanes. Mengikut kelainan, kapal terbang ini boleh membawa 210 ke 290 orang penumpang. Boeing menyatakan bahawa pesawat ini merupakan produknya yang paling cekap, dan pesawat pertama di dunia menggunakan bahan komposit bagi sebahagian besar pembinaannya.[4] 787 berkongsi kadaran jenis sama dengan jet kembar 777 yang lebih besar, membolehkan juruterbang yang layak mengendalikan kedua-dua model, disebabkan ciri reka bentuk yang berkait.[5]

Awalnya diberikan kod 7E7, ia diberi nama pada Januari 2005.[6] Dijadualkan memasuki perkhidmatan pada Mei 2008, penghasilan telah tertunda beberapa kali, dan pada Ogos 2009, tarikh perkhidmatan pertama dilewatkan kepada suku keempat 2010.[7] 787 pertama diperlihatkan dalam satu upacara pada 8 Julai 2007, di kilang pemasangan Everett Boeing, pada ketika itu ia telah menerima 677 tempahan.[8] Penerbangan sulung pesawat ini, asalnya dirancang untuk September 2007, berjalan pada 15 Disember 2009.[9] Pensijilan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan European Aviation Safety Agency (EASA) diterima pada akhir Ogos 2011 dan model pertama dihantar pada akhir September 2011. Ia memulakan perkhidmatan komersil pada 26 Oktober 2011. kerajaan Malaysia mengarahkan sebuah Boeing 787 untuk dikendalikan oleh Malaysia Airlines hasil pembelian Boeing 787 daripada dana pelabur asing untuk kepentingan peribadi, kes pembelian Boeing 787 tiada hukuman daripada suspek kerajaan Malaysia terbabit

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Apabila penjualan 767 dan 747-400 semakin merosot kerana kemunculan A330 dan A340, maka Boeing terpaksa mempertimbangkan sebuah model baru untuk menggantikannya. Pada mulanya, Boeing mengemukakan 2 projek untuk pesawat penggantian itu iaitu Boeing Sonic Cruiser dan 747X. Walaubagaimanapun, peristiwa 11 September dan kenaikan harga petroleum memaksa Boeing membatalkan kedua-dua projek ini dan menggantikannya dengan projek 7E7. E bermaksud eight (lapan). Angka lapan kemudiannya digunakan menjadikan namanya 787 keran angka ini dianggap bertuah oleh kaum cina.

Pelancaran

[sunting | sunting sumber]

Pada 26 April 2004, All Nippon Airways (ANA) dari Jepun menjadi pelanggan pertama 787 dengan tempahan sebanyak 50 buah pesawat. Penghantaran pertamanya pula adalah pada permulaan 2008. Tempahan ini bernilai AS$6 bilion.

Air New Zealand (ANZ) pula merupakan pelanggan kedua 787 dengan tempahan sebanyak 2 buah pesawat dan pilihan sebanyak 16 buah. ANZ merupakan penerbangan pertama mengumumkan penjana kuasa untuk pesawat mereka ini iaitu Trent.

Blue Panorama dari Itali dan First Choice Airways dari United Kingdom menyusul kemudian dan tempahan mereka masing-masing ialah empat dan enam buah pesawat. Primaris Airlines merupakan penerbangan pertama Amerika Syarikat yang membuat tempahan untuk 787 iaitu pada 21 Oktober 2004. Pada 22 Disember 2004, Japan Airlines mengumumkan penempahan mereka iaitu sebanyak 30 buah dan pilihan sebanyak 20 buah.

Vietnam Airlines menyusul kemudiannya menjadikan ia penerbangan ke lapan yang membuat tempahan dan tempahannya sebanyak empat buah pesawat 787. China Aviation Supplies Import & Export Corporation pula menempah 60 buah 787 untuk dibahagikan sesama enam penerbangan China seiriang dengan menjelangnya Olimpik 2008 di Beijing

Pada 26 April 2005, Air India membuat tempahan sebanyak 27 buah 787 tetapi tempahan ini sedang menunggu kelulusan kerajaan India.

Pada 26 Oktober 2011, 787 membuat penerbangan komersial sulungnya dari Haneda ke Hong Kong menerusi All Nippon Airways.[10] Penerbangan ini dibuat tiga tahun lewat berbanding yang dirancangkan. Tiket bagi penerbangan ini telah dijual menerusi lelongan dalam talian, dengan pembida tertinggi membayar sebanyak $34,000 untuk satu tempat duduk.[11]

Terdapat tiga variasi Boeing 787 dan ketiga-tiga pembinaannya dilancarkanpada tahun 2004. 787-8 akan memasuki operasi pada tahun 2008. 787-3 pula akan memulakan perkhidmatan pada tahun 2010. Terakhir ialah Boeing 787-9 yang akan beroperasi juga pada tahun 2010.

Pesawat ini akan memuatkan 223 tempat duduk penumpang untuk konfigurasi tiga kelas, atau 296 tempat duduk penumpang untuk konfigurasi dua kelas. 787-3 direka bertujuan untuk mempunyai kepadatan penumpang yang tinggi dan berjulat pendek iaitu antara 4,650 ke 5,650 km (2,500 hingga 3,050 batu nautika). Direka untuk menyaingi Airbus A300 dan menggantikan Boeing 757-300, Boeing 767-200 dan Boeing 767-300, ia dijangka akan memasuki perkhidmatan pada tahun 2010. Had julat model ini disebabkan oleh berat lepas naiknya yang rendah (163,290 kg atau 360,000 lb) dan bukan kapasiti bahan bakarnya. Buat masa ini, 787-3 mempunyai kapasiti bahan bakar yang sama dengan 787-8. Julat selalunya bergantung kepada berat bahan bakar sesuatu pesawat itu. Disebabkan 787-3 mempunyai Berat Lepas Naik yang rendah, maka, untuk penerbangan 787-3 yang mempunyai muatan yang penuh (penumpang dan kargo), berat bahan bakar terpaksa dikurangkan dan ini membataskan julat 787-3. Namun begitu, ini satu kelebihan untuk penerbangan berkepadatan tinggi berjulat pendek terutamanya untuk penerbangan-penerbangan melintasi lautan seperti Tokyo ke Shanghai atau Osaka ke Seoul. Kebanyakan lapangan terbang menetapkan bayaran pendaratan melalui berat pesawat itu. Oleh itu, pesawat yang mempunyai berat lepas naik yang rendah akan dikenakan bayaran yang rendah.

Bentuk sayap 787-3akan berbeza dengan variasi-variasi lain. Ia akan menggunakan sayap lawi daripada hujung sayap bercakar. Ini akan mengurangkan rentang sayap dan juga berat pesawat. Sayapnya akan sama dengan varis lain kecuali aileron terhujungnya yang mempunyai panjang 13 kaki.[12] Oleh kerana beratnya dikurangkan, sayap lawi bisa memberikan tahap efisien yang lebih baik untuk penerbangan jarak dekat daripada rekaan hujung sayap bercakar. Malahan, 787-3 yang mempunyai berat lepas naik yang rendah tidak memerlukan daya angkat yang tinggi berbanding dengan siri 800. Ini kerana daya angkat yang berlebihan akan merendahkan tahap efisien sesuatu pesawat. Rentang sayap 26 kaki membolehkan 787-3 menggunakan parkir pesawat bersaiz sederhana.

Tiga puluh tahun dahulu, adalah suatu kebiasaan untuk terbang dari New York ke London dengan menggunakan Boeing 747. Setiap hari, terdapat empat ke lima penerbangan dalam laluan ini. Pembatalan kawal setia oleh kerajaan membolehkan lebih penerbangan memasuki sektor ini. Akhirnya, terjadilah kapasiti lebihan dan menyebakan syarikat penerbangan menukar ke pesawat yang lebih kecil. Kini terdapat 47 penerbangan sehari untuk laluan ini dan syarikat penerbangan menggunakan Boeing 737 atau Airbus A320. Sesetengahnya pula mengubahsuai Boeing 757 dan Boeing 767. Saingan ini menyebabkan kesesakan dan meningkatkan pencemaran udara. Fenomena yang sama turut terjadi di Asia, Eropah dan Amerika Selatan. Pertumbuhan persetujuan ruang udara bebas menyebabkan pertumbuhan penerbangan-penerbangan baru terutamanya di negara-negara seperti Brazil, India, China dan diseluruh Eropah. Kemunculan syarikat-syarikat baru ini memberi tekanan dalam kapasiti penerbangan di laluan-laluan utama dan menggalakkan penggunaan pesawat-pesawat kecil di antara bandar-bandar besar. Boeing yakin bahawa pertumbuhan ini terlalu pantas dan laluan antara bandar-bandar besar berdekatan di masa hadapan akan distabilkan oleh Boeing 787-3. Malahan, untuk syarikat-syarikat penerbangan tradisional, Boeing 787-3 membolehkan mereka bersaing dengan syarikat penerbangan tambang rendah kerana kapasitinya dua kali ganda daripada pesawat yang sekelas dan kos operasinya kurang daripada setengah.

Dianggap sebagai "model asas" Boeing 787, variasi ini serupa dengan 787-3 tetapi mempunyai sayap yang lebih panjang dengan hujung sayap bercakar bertujuan meningkatkan tahap efisien untuk penerbangan jarak jauh.[12] Pesawat ini berjulat antara 14,200 ke 15,200 km atau 7,650 ke 8,200 batu nautika. Kapasiti Boeing 787-8 ialah 223 penumpang untuk konfigurasi tiga kelas. Model ini adalah model pertama memasuki perkhidmatan iaitu pada tahun 2008. Boeing menjangkakan ia akan menggantikan Boeing 767.

Boeing 787-9 adalah variasi yang "diregangkan". Berkapasiti 263 penumpang, ia mampu terbang sejauh 14,800 hingga 15,750 km atau 8,000 hingga 8,500 batu nautika dan dijangka mula beroperasi pada tahun 2010.[13] Model ini direka untuk bersaing dengan Airbus A330-200 dan Airbus A340-200 dan menggantikan Boeing 767-400ER. Pesawat ini mirip dengan model 787-8 kecuali ia mempunyai struktur yang lebih kukuh, fiuslajnya dipanjangkan dan kapasiti bahan bakarnya lebih tinggi. Pada mulanya, jenis ini mempunyai kapasiti bahan bakar yang sama dengan variasi-variasi lain, tetapi atas permintaan syarikat-syarikat penerbangan, rekaannya diubah supaya kapasiti bahan bakar ditingkatkan. Boeing 787-9 berjulat lebih tinggi daripada 787-3 dan -8 dan juga mempunyai berat lepas naik yang lebih tinggi. Laluan antara New York ke Manila tanpa henti bisa dioperasikan menggunakan pesawat ini dan juga kos seorang penumpang untuk satu batu penerbangan adalah terendah berbanding variasi-variasi lain.

Tempahan dan penghantaran

[sunting | sunting sumber]
Tempahan kumulatif untuk Boeing 787 Dreamliner.

Boeing 787 masih belum memasuki perkhidmatan. 787 yang pertama dijadualkan untuk masuk perkhidmatan penumpang di Q1 2010 dengan All Nippon Airways.[14][15][16] ILFC adalah pesanan pelanggan terbesarnya sejumlah 74 Boeing 787, yang termasuk 67 787-8 dan 7 787-9.[1][17]

Boeing 787 total firm orders
787-3 787-8 787-9 TBD Total firm orders
43 604 214 861
  • Data sehingga April 2009. Dikemaskini 8 Mei 2009.[18]

Dalam tahun pertama perkhidmatan Dreamliner, sekurang-kurangnya empat pesawat mengalami masalah sistem elektrik. CEO Boeing James McNerney memberitahu media pada Disember 2012 bahawa masalah kecil pada awal pengenalan model baharu merupakan satu perkara biasa. Ia juga terjadi dengan model sebelumnya, Boeing 777.[19]

Pada 16 Januari 2013, sebuah 787 All Nippon Airways membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Takamatsu di pulau Shikoku selepas anak kapal mendapat amaran komputer terdapat asap dalam salah satu petak elektrik.[20][21] ANA berkata terdapat mesej ralat di kokpit berkenaan pincang tugas bateri. Penumpang dan anak kapal dikeluarkan dengan gelongsor kecemasan.[22] Lalu pada hari yang sama, kedua-dua penerbangan utama Jepun ANA dan JAL mengumumkan yang mereka mengandaskan armada 787 mereka akibat rentetan beberapa kejadian sebelum ini termasuk pendaratan kecemasan tersebut. Dua syarikat ini memiliki sejumlah 24 Dreamliner.[23][24]

FAA kemudian mengeluarkan arahan layak terbang terhadap semua 787 di Amerika Syarikat sehingga tinjauan semula dijalankan. Setakat ini kesemua Dreamliner di A.S. ialah milik United Airlines.[25] EASA menurut langkah FAA membekukan penerbangan 787 di Eropah, milik LOT Polish Airlines.[26] Akhirnya, kesemua badan bertanggungjawab mengarahkan atau penerbangan berkenaan secara sukarela menghentikan armada 787 mereka.[27][28][29]

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]
Model 787-3 787-8 787-9
Krew Dua
Penumpang 290–330 210–250 250–290
Panjang 186 ka (56.7 m) 206 ka (62.8 m)
Rentang sayap 170 ka (51.8 m) 197 ka (60.0 m) 208 ka (63.4 m)
Wing sweep 32.2°
Tinggi 55 ft 6 in (16.92 m)
Tinggi fuislaj 19 ft 5 in (5.91 m)
Lebar fuislaj 18 ft 11 in (5.75 m)
Lebar kabin 18 ft (5.49 m)
Kapasiti kargo 4,400 ft³ (124.6 m³) 28 LD3 5,400 ft³ (152.9 m³) 36 LD3
Berat bersih 223,000 lb (101,000 kg) 242,000 lb (110,000 kg) 254,000 lb (115,000 kg)
Berat maksimum berlepas 364,000 lb (165,000 kg) 484,000 lb (220,000 kg) 540,000 lb (245,000 kg)
Kelajuan terbang Mach 0.85 (903 km/h, 561 mph, 487 knots, at 40,000 ft/12,200 m)
Kelajuan terbang maksimum Mach 0.89 (945 km/h, 587 mph, 510 knots, at 40,000 ft/12,200 m)
Jarak 2,500 – 3,050 NM
(4,650 – 5,650 km)
7,650 – 8,200 NM
(14,200 – 15,200 km)
8,000 – 8,500 NM
(14,800 – 15,750 km)
Kapasiti max. minyak 11,086 US gal (41,965 L) 33,528 US gal (126,917 L) 36,693 US gal (138,898 L)
Service ceiling 43,000 ka (13,106.4 m)
Enjin (2×) General Electric GEnx or Rolls-Royce Trent 1000
Keupayaan tujahan maksimum (2×) 53,000 lbf (235.8 kN) 64,000 lbf (284.7 kN) 70,000 lbf (311.4 kN)

Sumber: 787 brochure,[30] 787-8 Airport report,[31] 787-3 fact sheet,[32] 787-8 fact sheet,[33] 787-9 fact sheet[34]

  1. ^ a b 787 Model Orders and Deliveries summary, Boeing, March 2009. Retrieved on 12 April 2008.
  2. ^ Gates, Dominic (24 September 2011). "Boeing celebrates 787 delivery as program's costs top $32 billion". The Seattle Times. Dicapai pada 26 September 2012.
  3. ^ a b "Boeing Commercial Airplanes prices". Boeing. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  4. ^ Norris, G.; Thomas, G.; Wagner, M. dan Forbes Smith, C. (2005). Boeing 787 Dreamliner – Flying Redefined. Aerospace Technical Publications International. ISBN 0-9752341-2-9.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ "Flight Standardization Board Report" (PDF). FAA. 25 Ogos 2011. Dicapai pada 8 November 2012.
  6. ^ "Boeing Gives the 7E7 Dreamliner a Model Designation" (Siaran akhbar). Boeing. 28 Januari 2005. Dicapai pada 14 Jun 2011.
  7. ^ "Boeing Announces New 787 Schedule and Third-Quarter Charge". Boeing. Dicapai pada 2009-08-27.
  8. ^ "Boeing Celebrates the Premiere of the 787 Dreamliner" (Siaran akhbar). Boeing. 8 Julai 2007. Dicapai pada 21 Januari 2011.
  9. ^ Jon Ostrower (15 Disember 2009). "Boeing 787 Dreamliner lifts off on maiden flight". Flight International. Dicapai pada 2 September 2011.
  10. ^ "Boeing 787's inaugural flight lands in Hong Kong". AP. October 26, 2011. Dicapai pada October 26, 2011.
  11. ^ "Boeing's Dreamliner completes first commercial flight". BBC News. October 26, 2011. Dicapai pada October 26, 2011.
  12. ^ a b "The Boeing 787 Dreamliner: More Than Just an Airplane Diarkibkan 2007-06-14 di Wayback Machine." Nielson, D. Boeing. May 17, 2005.
  13. ^ "Aerospace Notebook: New 787 is taking off." Wallace, J. Seattle Post-Intelligencer. April 27, 2005.
  14. ^ Airbus’s Boeing 787 dossier could have wider implications for both airframers, FlightGlobal.com, Retrieved 2008-12-09.
  15. ^ "Boeing confirms three-month delay to 787 first flight", Flight Global, January 16, 2008.
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama B787_delay_apr2008
  17. ^ http://www.flightglobal.com/articles/2009/01/30/321910/boeing-resumes-787-production.html
  18. ^ "Orders and Deliveries search page", Boeing. Dicapai 8 Mei 2009.
  19. ^ "Boeing: Problems with 787 Dreamliner "Normal"". Frequent Business Traveler. 16 Disember 2012. Dicapai pada 17 Disember 2012.
  20. ^ "全日空B787型機から煙 乗客避難・高松空港". NHK. 16 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-19. Dicapai pada 16 Januari 2013.
  21. ^ "Top Japan airlines ground Boeing 787s after emergency". BBC. 16 Januari 2013. Dicapai pada 17 Januari 2013.
  22. ^ "A Boeing 787 plane makes an emergency landing in Japan". BBC. 16 Januari 2013. Dicapai pada 16 Januari 2013.
  23. ^ "Japanese airlines ground Boeing 787s after emergency landing". reuters.com. 16 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-16. Dicapai pada 16 Januari 2013.
  24. ^ "787 emergency landing: Japan grounds entire Boeing Dreamliner fleet". The Guardian. 16 Januari 2013. Dicapai pada 16 Januari 2013.
  25. ^ "Dreamliner: Boeing 787 planes grounded on safety fears". BBC News. Dicapai pada 17 Januari 2013.
  26. ^ "European safety agency to ground 787 in line with FAA". reuters.com. 16 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-20. Dicapai pada 17 Januari 2013.
  27. ^ "Boeing's 787 Dreamliner". Reuters. 16 Januari 2013. Dicapai pada 17 Januari 2013.
  28. ^ "U.S., others ground Boeing Dreamliner indefinitely". reuters.com. 16 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-20. Dicapai pada 17 Januari 2013.
  29. ^ Boeing 787 Dreamliner: The impact of safety concerns. BBC News. 17 Januari 2013. Dicapai 17 Januari 2013.
  30. ^ Boeing 787 Airport Compatibility Brochure, Boeing, September 2007.
  31. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Airport_Planning_787
  32. ^ "Boeing 787-3 Dreamliner Fact Sheet". Boeing. Dicapai pada 2007-11-23.
  33. ^ "Boeing 787-8 Dreamliner Fact Sheet". Boeing. Dicapai pada 2007-11-23.
  34. ^ "Boeing 787-9 Dreamliner Fact Sheet". Boeing. Dicapai pada 2007-11-23.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]