United Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
United Airlines
IATA ICAO Pengenal
UA UAL UNITED
Ditubuhkan1926 (sebagai Boeing Air Transport)
1934 (sebagai United Air Lines)
AOC #UALA011A[1]
Hab
Program kesetiaanMileage Plus
PerikatanStar Alliance
Pesawat359 (+50 pesanan, 100 pilihan)
Destinasi114 tak termasuk kongsi-kod
Syarikat indukUAL Corporation
Ibu pejabatChicago, Illinois, Amerika Syarikat
Orang pentingGlenn F. Tilton (Pengerusi, CEO)
John P. Tague (Presiden)
Kathryn Mikells (CFO)
Alexandria Marren (SVP)
Pendapatan AS$16.3 bilion (TF 2009)[2]
Pendapatan operasi AS$-651 juta (TF 2009)[2]
Pendapatan bersih AS$-651 juta (TF 2009)[2]
Jumlah aset AS$18.6 bilion (TF 2009)[2]
Jumlah ekuiti AS$-2.46 bilion (TF 2008)
Laman webwww.united.com

United Air Lines, Inc., beroperasi sebagai United Airlines (NASDAQ: UAUA), ialah sebuah syarikat penerbangan utama yang berpusat di Amerika Syarikat dan merupakan antara salah satu penerbangan terbesar di dunia.[1] Ia merupakan subsidiari UAL Corporation dengan pejabat korporat di Chicago.

United mempunyai 48,000 pekerja di seluruh dunia[3] dan menjalankan 359 pesawat.

Pada 2 Mei 2010, Lembaga Pengarah Continental Airlines dan United Airlines meluluskan perjanjian pertukaran saham yang akan menggabungkan kedua syarikat menjadi sistem penerbangan terbesar di dunia dari segi jumlah pekerja. Sistem penerbangan ini akan menggunakan nama United Airlines, logo Continental dan berpusat di pangkalan United di Chicago. United baru ini akan dijalankan CEO Continental Airlines Jeffery Smisek, bersama dengan CEO United Airlines Glenn Tilton, sebagai pengerusi bukan-eksekutif lembaga. Perjanjian ini masih memerlukan kelulusan daripada pengawal antimonopoli dan pemegang saham sebelum boleh dilaksanakan.[4] Kedua syarikat ini menjangka akan menyelesaikan urus niaga ini, bernilai USD $3.2 bilion,[5] pada suku keempat 2010.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Airline Certificate Information - Detail View". Federal Aviation Administration. Dicapai pada 2010-05-03.
  2. ^ a b c d United Airlines 10-K 2010 Wikinvest
  3. ^ Siaran akhbar United Airlines Diarkibkan 2011-06-13 di Wayback Machine 6 Ogos 2009.
  4. ^ Continental and United Reportedly Approve Deal to Combine
  5. ^ Aaron Smith (3 Mei 2010). "United and Continental to merge". CNN Money. Dicapai pada 4 Mei 2010.