Pergi ke kandungan

Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib
PengarahAhmad Idham
Penulis
  • Ahmad Idham
  • Shahrul Ezat
Lakon layarAhmad Idham
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda Redzuan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 25 Disember 2008 (2008-12-25) (Malaysia)
Masa tayangan
96 Minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib ialah filem fantasi cereka sains Malaysia 2008. Filem ini mengisahkan pengembaraan seorang remaja bersama ciptaan aneh berupa topi keras yang boleh mempengaruhi fikiran manusia. Filem arahan Ahmad Idham untuk MIG Productions ini dibintangi barisan pelakon muda seperti Nik Adruce dan Erin Malek.

Kisah bermula apabila Dr. Suzana di bawah seliaan Prof. Dr. Taib Siron berjaya mencipta sebuah mesin BS21 yang boleh membaca fikiran manusia. Walaupun BS21 amat penting dalam bidang perisikian ketenteraan namun, ia amat berbahaya jika terjatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Hal itu benar-benar terjadi apabila Cat dan orang kanannya Kupan telah mencuri BS21 dari makmal Dr. Suzana. Satu-satunya saksi yang melihat kejadian tersebut adalah Hashim, pengawal keselamatan makmal tersebut. Bermulalah pelbagai aksi dan perkara melucukan kerana BS21 sebenarnya boleh merealisasikan apa yang dihajati oleh pemakainya.

Semasa dalam usaha melarikan diri, Cat dan Kupan bertembung dengan sekatan jalanraya oleh pihak polis. Kupan yang bersifat ‘bodoh-bodoh alang’ telah mencampakkan BS21 ke dalam semak apabila dimarahi Cat. Semasa Adruce, anak kepada Hashim dalam perjalanan balik dari sekolah, dia telah menemuinya dan membawa pulang BS21.

Di sekolah, Adruce adalah seorang budak yang kuat berangan dan sering tidur di dalam kelas. Adruce sangat menyukai Erin, rakan sekelasnya dan mendapat tentangan daripada Eric, musuh ketat Adruce. Di rumah, Adruce sering tertekan dengan sikap ibunya yang kuat membebel.

Sambil membelek-belek BS21 di dalam biliknya, macam-macam perkara difikirkannya tanpa mengetahui kebolehan mesin tersebut. Ibunya tidak berhenti-henti membebel dari luar bilik. Erin yang cantik sentiasa dikenang-kenang dan wajah Eric sentiasa didendaminya.

Keesokan harinya, segala-galanya berubah. Ayahnya telah mengambil sifat-sifat dan kerja-kerja ibunya dan begitulah sebaliknya yang terjadi kepada si ibu. Di sekolah, seperti di alam fantasi, Adruce dilayan seperti raja oleh semua termasuklah oleh Cikgu Bedah guru yang selalu memarahinya kerana suka tidur di dalam kelas, Eric yang menjadi orang suruhannya dan Erin menjadi seolah-olah puteri yang sentiasa bersama dengan puteranya.

Walaupun Adruce bahagia dilayan sedemikian tetapi dia terpaksa pulihkan keadaan kerana ibu dan ayahnya yang sudah bertukar karakter. Pelbagai usaha dilakukan oleh Adruce dan adiknya Fatin, Erin dan Eric untuk memulihkan keadaan. Tetapi, usaha tersebut bukanlah mudah kerana Cat dan Kupan sentiasa memikirkan cara untuk mendapatkan semula mesin tersebut. Begitu juga Dr. Suzana dan Prof. Taib.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]