Bob Kuman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bob Kuman
Kelahiran Husni bin Mohd Rawi
(1971-04-15)15 April 1971
Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan, Malaysia
Meninggal dunia 3 Mei 2012(2012-05-03) (umur 41)
Kota Damansara
Sebab kematian Sakit jantung, darah tinggi, sesak nafas, obesiti
Dikebumikan Tanah perkuburan Kampung Sega
Kediaman Kota Damansara
Pekerjaan Pelakon, Pelawak, Penyanyi
Tahun aktif 1995–2012
Kampung asal Kampung Sega Tengah
Pasangan Norma

Husni bin Mohd Rawi (19 April 1971 - 3 Mei 2012)[1] atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyanyi yang terkenal di Malaysia. Nama beliau terlebih dahulu pernah dikenali menerusi Kumpulan KU2 yang ketika itu ditubuhkan pada 1995 sebelum beralih sebagai pelakon dan pelawak terkenal dalam hiburan dunia seni.[2] Beliau juga membintangi filem komedi iaitu Jangan Pandang Belakang Congkak, Jutawan Fakir, serta Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib pada zaman kegemilangannya selepas bergelar artis.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pembabitan awal[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 1995, Bob pernah melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan menceburi bidang nyanyian dalam usia beliau yang muda secara permulaan dan menubuhkan Kumpulan KU2 bersama rakan sekampungnya, Kumin atau Khuzaimi Ismail dan mencipta fenomena baru dengan menghasilkan single pertama mereka iaitu "Nicky & Rozi". Selepas itu, mereka menghasilkan album pertama yang sulung iaitu Motivasi pada 1996. Selain kejayaan dalam meraih anugerah platinum bagi album pertama mereka, mereka juga menghasilkan album iaitu Evolusi pada 1997, Baru Aku pada 1999, serta album keempat mereka iaitu The Best Of KU2 pada 2001. Karier beliau sebagai penyanyi pada masa itu memberi peluang kepada beliau untuk menonjolkan bakatnya sebelum beralih kepada pelakon dan pelawak terkenal.[2]

Kerjaya dalam lakonan[sunting | sunting sumber]

Pada masa yang sama, beliau memulakan kerjaya dalam lakonan pertama beliau menerusi filem pertama iaitu Sama Tak Serupa secara permulaan sebelum nama beliau dikenali dan telah muncul di layar perak. Selain itu, beliau juga bergandingan bersama pelawak yang ketika itu merupakan bekas ahli Kumpulan Senario, Saiful Apek dalam filem siri komedi terbitan Metrowealth Movies Production iaitu Jutawan Fakir arahan pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideen. Dalam filem ini, beliau mengambil watak sebagai Bob, rakan serumah Fakir yang dikelilingi masalah hutang. Selain itu, Bob Kuman digandingkan bersama pelakon Lan Pet Pet, Cat Farish, termasuk Nora Danish dalam filem komedi iaitu Jangan Pandang Belakang Congkak musim pertama dan kedua pada 2011. Beliau mengambil watak sebagai Wak Ketari, seorang bomoh yang cuba sedaya-upaya membantu dua pemuda yang melarikan diri selepas musim pertama dan menyelesaikan masalah tersebut.[2]

Maharaja Lawak Mega[sunting | sunting sumber]

Selain itu, beliau juga pernah muncul di kaca TV dalam program Maharaja Lawak Mega pada akhir tahun 2011 bersama pelakon Sobri Anuar dengan membentuk kumpulan Bawal Power.[2] Pada masa yang sama, beliau sebenarnya pernah dikejarkan ke hospital selepas minggu pertama Maharaja Lawak Mega kerana kepenatan. Namun, apabila memikirkan kos rawatan ditanggung, Bob terpaksa menggagahkan diri dengan hadir setiap konsert program mingguan. Meskipun begitu, Bob bersyukur apabila Sobri memahami masalah dihadapinya dan sanggup berulang-alik ke hospital untuk mengadakan latihan. Tetapi, kumpulan ini telah tersingkir dalam minggu ketujuh program MLM.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1995 Sama Tak Serupa Pelakon tambahan
1997 Gemerlapan Kawan Mel Pelakon tambahan
1998 Raja Melewar Bandan Pelakon tambahan
2001 Dari Jemapoh Ke Manchestee Anak Muda Mengembara Pelakon tambahan
2003 Jutawan Fakir Adi Pelakon utama
2007 Orang Minyak Pelakon tambahan
2008 Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib Pelakon tambahan
2010 Kapoww!! Pelakon tambahan
Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Wan Ketari Blues Pelakon utama
Papa I Love You Pelakon tambahan
2012 Shh...Dia Datang Pelakon tambahan

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album bersama Kumpulan KU2
  • Motivasi (1996)
  • Evolusi (1997)
  • Album Baru Aku! (1999)
  • The Best Of KU2 (2001)

Kontroversi berita palsu[sunting | sunting sumber]

Pada 21 April 2012, industri hiburan digemparkan apabila disebarkan bahawa beliau meninggal dunia menerusi laman Twitter. Rakan baik Bob, Mohd Razali Harun, melaporkan bahawa Bob pada masa itu masih dalam keadaan sihat dan kini berada di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Menurut Razali, beliau kesal apabila penyebaran khabar angin ini telah berlaku dan sedih apabila perkara sebegini terjadi kepada Bob. Selain itu, rakan artis iaitu Richie Rachman menyifatkan bahawa penyebaran khabar angin ini adalah dibuat oleh individu yang tak bertanggungjawab. Beliau juga menasihatkan agar penyebaran ini dihentikan dengan segera.[2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Bob Kuman bagaimanapun telah meninggal dunia pada 3 Mei 2012 di kediamannya jam 4:38 petang akibat sakit jantung, obesiti dan paru-paru berair yang dialami oleh beliau. Perkara itu telah disahkan oleh jururawat yang menjaga beliau, Mohd Farid Hamzah.[3]

Tahap kesihatan Bob mula merosot selepas beliau terjatuh dari set penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak pada akhir tahun 2010. Sejak itu, dia sering mengalami masalah sesak nafas dan bengkak kaki.[2]

Jenazah beliau telah dibawa ke kampungnya di Negeri Sembilan untuk dimandikan dan dikafankan serta memberi penghormatan terakhir kepada beliau. Kematian beliau turut dirasai malah telah dihadiri oleh beberapa rakan artis iaitu Saiful Apek, Yassin Yahya, Mazlan Pet Pet, serta vokalis kumpulan Search, Amy Search dan juga Presiden Seniman Malaysia, Harun Salim Bachik. Mereka juga telah merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Bob Kuman serta kehilangan besar buat industri seni hiburan tanahair.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]