Zaibo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Zaibo
KelahiranZainal Ariffin bin Abdul Hamid
1956
Padang Besar, Perlis, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia14 November 2018(2018-11-14) (umur 61–62)
Sebab kematianKanser Esofagus
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Batu Pahat
KediamanRengit, Batu Pahat, Johor
PendidikanIjazah dalam pengajian seni
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM)
PekerjaanPelakon, penari, pelawak, pengacara
Tahun aktif1970–2018
PasanganSiti Hawa Shawal (k. 2010; m. 2018)
Anak9 anak tiri

Zainal Ariffin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Zaibo (1956 – 14 November 2018) merupakan seorang pelakon, pelawak, dan penari Malaysia, berasal dari Padang Besar, Perlis.

Beliau mula dikenali dengan lakonannya dalam Spanar Jaya. Zaibo semasa masih muda pada tahun 70-an dan 80-an, dia pernah menari ala-John Travolta. Beliau juga merupakan salah seorang pelakon drama siri tarian Tari Tirana di TV3, memegang watak Haji Mohsen iaitu datuk kepada pelakon utama wanita, Tirana (lakonan Wan Sharmila).

Sepanjang kerjayanya, Zaibo turut berlakon dalam beberapa filem termasuk Queen Control (1992), sebelum berlakon dalam Soalnya Siapa? (2002). Kemudian pada tahun 2008, beliau berlakon dalam filem Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (2008) dan pada 2010 dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie.

Beliau juga pernah meminjamkan suaranya untuk watak Tok Din dan Mustafa (musim 1 sahaja) dalam siri animasi Kampung Boy karya Lat. Beliau turut menjadi pengkritik tetap musim ketiga Raja Lawak.

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Siti Hawa Syawal pada 3 Disember 2010, dan memiliki sembilan anak tiri. Hubungan mereka sebagai sahabat yang terjalin selama 15 tahun sebelum kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.[2] Zaibo mendapat pendidikan ijazah dalam bidang Seni Persembahan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.[3][4]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Zaibo telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1:30 petang, Rabu di Rengit, Johor. Berita pemergiannya itu telah disahkan oleh anaknya sendiri, Hafiz melalui laman Facebooknya.

Tahap kesihatan beliau sebelum ini terjejas selepas didiangnos menghidap kanser esofagus tahap empat sejak September 2018.[5]

Sepanjang Allahyarham bertarung dengan kansernya, khabar Zaibo hanya diketahui umum apabila ada rakan-rakan artis atau wartawan yang berkongsi tentangnya menerusi media sosial. [6][7]

Allahyarham dimandikan dan disolatkan di rumah beliau dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat selepas solat Isyak.[8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1992 Gelora Cinta
Queen Control
1996 Super Star
1999 Anna and the King Pedagang Siam
2000 Soal Hati Osman
2002 Soalnya Siapa?
Cinta 200 Ela
2003 Aku Kaya The Movie
2008 Senario The Movie: Episode 1 Kemunculan khas
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Boss Kemunculan khas
Senario Asam Garam Asam
Magika Nujum Pak Belalang
Cuti-Cuti Cinta Tan Sri Zaini
2011 Kembar Siang Haji Sabran
Ratu The Movie Penganjur
2012 Man Sewel Datang KL
2013 Awan Dania The Movie Orang Buta
Laki-Laki
2014 Manisnya Cinta Di Cappadoccia Ayah Ifti Liyana
2016 Lu Mafia Gua Gangster Tuan Direktor Kemunculan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1990 Platform
1999-2005 Spanar Jaya Pak Selamat ntv7
1999 Under One Roof Yusof MediaCorp Sitkom TV Singapura
2000 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Pak Itam TV3 Episod: Suraya, Pelakon undangan Episod: Ane, Pelakon undangan
2009-10 Tari Tirana Haji Mohsin
2012 Antara Kita TVi

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1996 Asam Garam Hidup
1997 Dekat Tapi Jauh
2002 Aku Kaya Pak Din Terus ke VCD
Esok Hari Raya
2003 Dee & Moon
Neon Pelanggan Kedai Runcit I Astro Ria
2009 Antara Garisan Astro Ria
2010 Madu Sorok Mail TV3 Kemunculan khas
2014 Insyirah
2017 Restu Ramadan Pak Daud TV3
Fatonah Azali Pak Tam

Animasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1997 Kampung Boy Mustafa dan Tok Din Astro Ria Musim 1 dan 2

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008 Raja Lawak Astro (musim 2) Juri Tetap Astro Prima
2009 Raja Lawak Astro (musim 3)
2014 Redah Kasi Pecah Ekstravaganza Pengacara Astro Warna
2018 Di Balik Tawa (musim 2) Dirinya sendiri

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai 31 Julai 2017. 
  2. ^ Abie Abdullah (4 Disember 2010). "Zaibo nikah kenalan lama". myMetro. Diarkibkan daripada asal pada 6 Februari 2013. Dicapai 18 Ogos 2013. 
  3. ^ "Saya tak kaya tapi bahagia - Zaibo". Utusan Malaysia. 26 Ogos 2001. Dicapai 19 Februari 2019 – melalui Utusan Online. 
  4. ^ "Sanggup Lepas Kerja Kerajaan". Utusan Online. 23 September 2018. Dicapai 19 Februari 2019. 
  5. ^ "Zaibo positif walaupun disahkan kanser tahap empat". Utusan Malaysia. 14 November 2018. Dicapai 15 November 2018. 
  6. ^ "Kehilangan Allahyarham Zaibo dirasai rakan selebriti". Sinar Harian. 14 November 2018. Dicapai 15 November 2018. 
  7. ^ "Zaibo seperti bapa saya, terima kasih untuk segalanya" - Wardina Safiyyah". MSTAR. 14 November 2018. Dicapai 15 November 2018. 
  8. ^ "Pelakon Zaibo meninggal dunia". Kosmo. 14 November 2018. Dicapai 15 November 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]