Brie Larson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Brie Larson
Brie Larson in 2018.jpg
Larson pada tahun 2018
KelahiranBrianne Sidonie Desaulniers
(1989-10-01) 1 Oktober 1989 (umur 29)
Amerika Syarikat Sacramento, California, Amerika Syarikat
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengarah
Tahun aktif1998–sekarang

Brianne Sidonie Desaulniers (lahir 1 Oktober 1990), lebih dikenali sebagai Brie Larson, ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengarah wanita Amerika Syarikat. Beliau memulakan karier lakonannya dengan muncul di dalam sitkom tahun 2001, Raising Dad.

Sewaktu remaja, Larson mempunyai peranan di dalam filem tahun 2004, 13 Going on 30 dan Sleepover. Persembahan lakonan beliau di dalam filem komedi, Hoot (2006) menerima pujian daripada pengkritik filem. Beliau kemudiannya mempunyai peranan sokongan di dalam filem Greenberg (2010), Scott Pilgrim vs. the World (2010), 21 Jump Street (2012) dan Don Jon (2013). Dari tahun 2009 sehingga 2011, Larson muncul di dalam siri televisyen United States of Tara.

Filem yang melonjakkan karier Larson adalah Short Term 12 (2013) dimana persembahan lakonan beliau dipuji. Larson terus mencapai kejayaan pada tahun 2015 selepas membintangi filem Room. Beliau memenangi beberapa anugerah untuk persembahan lakonannya di dalam filem ini termasuk Anugerah Akademi, Anugerah BAFTA, Anugerah Pilihan Pengkritik, Anugerah Golden Globe dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Pelakon Wanita Terbaik.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Larson lahir di Sacramento, California. Beliau merupakan anak perempuan kepada Heather (née Edwards) dan Sylvain Desaulniers.[1] Ibu bapa beliau bercerai ketika beliau masih kanak-kanak. Beliau mempelajari lakonan di Teater Konservatori Amerika, San Francisco.[2][3] Datuk dan nenek sebelah bapa beliau adalah orang Perancis-Kanada.

Karier[sunting | sunting sumber]

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Kerja pertama Larson adalah berlakon dalam sketsa di dalam rancangan televisyen The Tonight Show with Jay Leno.[4] Tidak lama selepas itu, beliau telah dipilih untuk berlakon di dalam siri televisyen Schimmel tetapi tidak pernah ditayangkan selepas pelakonnya, Robert Schimmel disahkan menghidap kanser tidak lama sebelum penggambaran bermula.[5] Selepas ditangguhkan selama sepuluh bulan, Fox membatalkan siri televisyen ini. Larson kemudiannya menjalani uji bakat untuk rancangan baru The WB, In Your Dreams dan berjaya mendapat watak Emily. Rancangan televisyen ini telah dipilih untuk musim luruh tahun 2001–02 dan dinamakan semula kepada Raising Dad. Rancangan televisyen ini kemudiannya dibatalkan selepas 27 episod. Larson juga dipilih untuk berlakon di dalam sebuah episod sitkom ABC, Hope & Faith tetapi beliau dan beberapa pelakon lain telah dikeluarkan selepas episod itu tidak ditayangkan.

Larson di Comic Con Antarabangsa San Diego 2016.

Pada tahun 2003, beliau membintangi bersama Beverley Mitchell di dalam filem Disney Channel, Right on Track. Pada bulan Julai 2004, beliau membintangi filem Sleepover.[6] Beliau juga mempunyai peranan kecil di dalam filem 13 Going on 30.[7] Larson muncul di dalam filem tahun 2006, Hoot bersama-sama Logan Lerman dan Cody Linley. Beliau juga mempunyai peranan suara di dalam filem Farce of the Penguins. Beliau membintangi sebagai Angie di dalam filem komedi tahun 2007, Remember the Daze dan juga muncul di dalam filem pendek tahun 2008, The Babysitter, sebuah filem yang ditulis dan diarahkan oleh David H. Steinberg. Beliau muncul di dalam sebuah episod Ghost Whisperer pada bulan Januari 2008. Beliau mempunyai peranan sebagai Kate di dalam filem tahun 2008, Tanner Hall, sebuah filem arahan Francesca Gregorini dan Tatiana von Fürstenberg. Larson melakonkan watak Kate Gregson di dalam siri televisyen Showtime, United States of Tara. Siri televisyen ini mula ditayangkan pada 18 Januari 2009 tetapi tidak disambung selepas musim ketiga. Episod terakhir ditayangkan pada 20 Jun 2011.[8]

Pada tahun 2012, Larson melakonkan watak Molly di dalam filem 21 Jump Street, sebuah adaptasi rancangan televisyen tahun 1980-an, 21 Jump Street. Filem ini juga dibintangi oleh Jonah Hill dan Channing Tatum. Pada tahun 2013, beliau muncul sebagai Rachel di dalam sebuah episod siri televisyen, Community bertajuk "Herstory of Dance"[9] dan sekali lagi di dalam episod "Analysis of Cork-Based Networking" pada tahun berikutnya. Pada tahun 2013, beliau membintangi filem Short Term 12.[10][11] Beliau muncul sebagai tetamu di dalam The Late Late Show with Craig Ferguson beberapa kali diantara tahun 2010 dan 2013.[12]

Pada tahun 2015, Larson muncul di dalam Trainwreck. Beliau juga membintangi filem Room, sebuah filem adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama oleh Emma Donoghue. Filem ini ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto dan mula ditayangkan di teater pada 16 Oktober 2015. Filem ini menerima pujian meluas terutamanya untuk persembahan lakonan Larson. Beliau memenangi beberapa anugerah untuk lakonannya di dalam filem ini termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik.

Pada awal tahun 2016, Larson dipilih untuk berlakon di dalam filem Kong: Skull Island bersama-sama Samuel L. Jackson dan Tom Hiddleston. Penggambaran filem ini berlangsung di Queensland, Australia.[13] Pada bulan berikutnya, Larson telah disahkan akan bersatu semula bersama pengarah filem Short Term 12, Destin Daniel Cretton untuk filem The Glass Castle. Kemudiannya pada bulan Jun, The Hollywood Reporter melaporkan bahawa Larson merupakan pilihan untuk membintangi sebagai Carol Danvers / Captain Marvel di dalam filem Marvel Studios akan datang, Captain Marvel.[14] Marvel kemudiannya mengumumkan pemilihannya di Comic-Con San Diego 2016.[15]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Larson melancarkan kerjaya sebagai pemuzik, penyanyi dan penulis lagu dengan mengeluarkan album sulung menerusi sebuah label rakaman pada tahun 2005. Beliau telah membuat persembahan secara langsung konsert di seluruh Amerika Syarikat. Album kedua telah dibangunkan dan telah selesai tetapi tidak pernah dikeluarkan. Penampilan awam terakhir beliau sebagai penyanyi adalah pada tahun 2010, apabila beliau mempersembahkan lagu "Black Sheep" bersama band Metric di dalam Scott Pilgrim vs. the World.[16] Satu-satunya album beliau yang dikeluarkan, Finally Out of P.E. dijual pada lewat tahun 2005 dan terjual sebanyak 3,500 salinan di Amerika Syarikat[17]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Larson berada dalam hubungan bersama pemuzik, Alex Greenwald sejak tahun 2013.[18][19] Pada bulan Mei 2016, wakil Larson mengedahkan bahawa dia dan Greenwald sudah bertunang.[20]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1999 Special Delivery Little Angel
2003 Right on Track Courtney Enders
2004 13 Going on 30 Six Chick
2004 Sleepover Elizabeth "Liz" Daniels
2005 Madison Gadis perlumbaan
2006 Hoot Beatrice "The Bear" Leep
2007 Farce of the Penguins I Need a Z-Pack Penguin Peranan suara
2008 Remember the Daze Angie
2008 The Babysitter Allison Filem pendek
2009 House Broken Susan "Suzy" Decker
2009 Just Peck Emily
2009 Tanner Hall Kate
2010 Greenberg Sara
2010 Scott Pilgrim vs. the World Envy Adams
2011 Treatment Franny
2011 Weighting[21] Filem pendek; pengarah dan penulis bersama
2011 Smorgasbord Ciara Filem pendek
2011 Rampart Helen
2012 21 Jump Street Molly
2012 The Trouble with Bliss Stephanie Jouseski
2012 The Arm[21] Filem pendek; pengarah dan penulis bersama
2013 Bitter Orange Myrtle Filem pendek
2013 Don Jon Monica Martello
2013 Short Term 12 Grace
2013 The Spectacular Now Cassidy
2014 The Gambler Amy Phillips
2015 Digging for Fire Max
2015 Trainwreck Kim Townsend
2015 Room Joy "Ma" Newsome
2016 Basmati Blues Linda
2016 Free Fire Justine
2017 Kong: Skull Island Weaver
2017 The Glass Castle Jeannette Walls
2017 Unicorn Store Kit Juga pengarah dan penerbit

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
1998 The Tonight Show with Jay Leno Roadkill Easy Bake Oven / Girl Scout 2 episod
1998 To Have & to Hold Lily Quinn 2 episod
1999 Touched by an Angel Rachel Episod: "Into the Fire"
1999 Popular Robin Robin Episod: "Fall on Your Knees"
2000 Then Came You Young Allison Episod: "Then Came Aidan's Ex"
2000 Schimmel Samantha Pilot
2001–02 Raising Dad Emily Stewart 22 episod
2003 Right On Track Courtney Enders Filem televisyen
2003 Hope & Faith Sydney Shanowski Episod tidak ditayangkan
2008 Ghost Whisperer Krista Eisenburg Episod: "Slam"
2009 The Burg Gadis Hipster Episod: "Change"
2009–11 United States of Tara Katherine "Kate" Gregson 36 episod
2011 The League Ashley 2 episod
2012 NTSF:SD:SUV:: Katerin Episod: "The Real Bicycle Thief"
2012 Entry Level Laura Pilot
2013 Kroll Show Gadis Kolej 2 episod
2013–14 Community Rachel 3 episod
2015 Comedy Bang! Bang! Diri sendiri Episod: "Brie Larson Wears a Billowy Long-Sleeve Shirt and White Saddle Shoes"
2016 Saturday Night Live Diri sendiri (pengacara) Episod: "Brie Larson/Alicia Keys"

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Finally Out of P.E.[22]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Larson memenangi Anugerah Akademi, Anugerah Screen Actors Guild, Anugerah BAFTA dan Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk persembahan lakonan beliau di dalam filem Room (2015).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sylvain Desaulniers public record accessed Jan 19, 2016
  2. ^ Brie Larson bio accessed October 1, 2016
  3. ^ Lewis, Tim (2013-10-20). "Brie Larson interview: 'I just wanted to do weird stuff'". The Observer. Dicapai 2013-12-11. 
  4. ^ Stern, Marlow (2013-08-25). "Brie Larson On 'Short Term 12,' One of the Year's Best Films". The Daily Beast. Dicapai 2013-12-13. 
  5. ^ Aquino, Tara; Barone, Matt; Scarano, Ross (2013-07-16). "Brie Larson – The 25 Best Actresses in Their 20s". Complex. Dicapai 2013-12-12. 
  6. ^ Simon, Rachel (2013-10-18). "'Short Term 12's Brie Larson Was Secretly In All Of Your Favourite Movies". Bustle. Dicapai 2013-12-12. 
  7. ^ Erbland, Kate (2013-08-21). "Brie Larson Is a New Breed of Reluctant Hollywood It Girl". Film School Rejects. Dicapai 2013-12-12. 
  8. ^ United States of Tara canceled, no season four. Tvseriesfinale.com. Retrieved on January 19, 2016.
  9. ^ Viruet, Pilot (2013-04-04). "Community: "Herstory Of Dance"". The A.V. Club. Dicapai 2013-12-11. 
  10. ^ Caceda, Eden (2013-12-17). "Finding A Voice". Filmink. 
  11. ^ Weisman, Jon (2013-10-09). "10 Actors to Watch: Brie Larson Breaks Out With 'Short Term 12'". Variety. Dicapai 2013-12-11. 
  12. ^ Former Child Actress Brie Larson at 'Late Late Show with Craig Ferguson'. Allvoices.com. Retrieved on January 19, 2016.
  13. ^ Barton, Steve. (August 6, 2015) Samuel L. Jackson and Tom Wilkinson to Beat Off Kong?. Dreadcentral.com. Retrieved on 2016-01-19.
  14. ^ "Brie Larson Circling 'Captain Marvel' Superhero Movie", The Hollywood Reporter, June 1, 2016.
  15. ^ Goldfarb, By Andrew. "Comic-Con 2016: Brie Larson Confirmed as Captain Marvel". IGN. Dicapai 2016-07-24. 
  16. ^ Topel, Fred (2010-08-08). "Brandon Routh on Scott Pilgrim". CraveOnline. Dicapai 2013-12-11. 
  17. ^ Friedman, Roger. "Mariah's Up, So Where's Tommy?", Fox News, January 4, 2006. Retrieved on November 9, 2010.
  18. ^ Petersen, Anne Helen (2015-10-16). "Brie Larson is Ready". BuzzFeed. Dicapai 2015-10-19. 
  19. ^ Vineyard, Jennifer (2013-12-13). "Jared Leto Accepts Matthew McConaughey's Gotham Award, and Other Highlights From the Show". Vulture. Dicapai 2015-10-19. 
  20. ^ Kimble, Lindsay (May 9, 2016). "Brie Larson Engaged to Alex Greenwald". . People.com. Retrieved May 9, 2016.
  21. ^ a b Brie Larson también dirige | Underbrain Mgz. Underbrain.com. Retrieved on January 19, 2016.
  22. ^ Brie Larson. AllMusic. Retrieved January 30, 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]