Emma Stone

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Emma Stone
Emma Stone 2014.jpg
Stone di majlis tayangan perdana filem The Amazing Spider-Man 2 pada Mac 2014.
Kelahiran Emily Jean Stone
(1988-11-06) 6 November 1988 (umur 28)
Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat
Kediaman Los Angeles, California, A.S.
Nama lain Emily Stone
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2004–kini
Tandatangan
Emma Stone Signature.svg

Emily Jean Stone atau lebih dikenali sebagai Emma Stone (lahir 6 November 1988)[1] ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau membuat penampilan filem pertama dalam Superbad (2007). Pada tahun 2010, Stone membuat penampilan pertamanya sebagai pelakon utama dalam Easy A dimana beliau mendapat pencalonan untuk Pelakon Wanita Terbaik - Muzikal atau Komedi Anugerah Golden Globe. Filem-filem Stone yang lain termasuk Crazy, Stupid, Love (2011), The Help (2011), siri filem The Amazing Spider-Man (2012, 2014) sebagai Gwen Stacy dan animasi komedi, The Croods (2013).

Pada tahun 2014, Stone membintangi Magic in the Moonlight dan Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance). Lakonan beliau dalam Birdman mendapatkannya pencalonan untuk Pelakon Wanita Pembantu Terbaik Anugerah BFCA, SAG, Golden Globe, BAFTA dan Akademi. Pada 11 November 2014, beliau membuat penampilan Broadway pertamanya sebagai Sally Bowles dalam muzikal Cabaret. Filem terbarunya, La La Land ditayangkan pada 2016.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Stone dilahirkan di Scottsdale, Arizona kepada Krista Jean (née Yeager; b. 1960), seorang surirumah dan Jeffrey Charles Stone (b. 1960), seorang pengasas dan CEO sebuah syarikat ketua-kontrak.[2] Dia mempunyai seorang adik lelaki bernama Spencer. Datuk dan nenek sebelah ibunya adalah Donald (1932-1982) dan Jean (Eiseman) Yeager.[3][4] Datuk sebelah bapa Stone, Conrad Ostberg Stone berketurunan Sweden dan nama asal keluarganya "Sten" ditukar kepada "Stone" apabila berhijrah ke Amerika Syarikat. Keturunan-keturunan lainnya adalah Belanda Pennsylvania (Jerman), Inggeris, Scotland dan Ireland.[5][6]

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

2004–08: Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Stone ketika pembukaan Zombieland, 2009

Sudah terdapat nama "Emily Stone" apabila dia mendaftar untuk Screen Actors Guild jadi dia memilih "Emma" sebagai nama pentas tetapi keluarga dan rakan-rakannya memanggil beliau sebagai Emily.[7] Beliau pada mulanya memilih "Riley Stone" sebagai nama pentasnya tetapi selepas membintangi sebagai tetamu dalam Malcolm in the Middle, beliau lebih selesa menggunakan nama "Emma".[8]

Stone membuat penampilan televisyen pertama sebagai Laurie Partridge dalam In Search of the New Partridge Family (2004). Selepas itu, Stone membintangi sebagai tetamu dalam beberapa siri televisyen termasuk Medium, Malcolm in the Middle dan Lucky Louie. Beliau menjalani uji bakat untuk watak Claire Bennet dalam drama NBC, Heroes. Pada bulan April 2007, beliau melakonkan watak Violet Trimble dalam drama Fox, Drive tetapi rancangan itu dibatalkan selepas tujuh episod.

Stone membuat penampilan filem pertamanya dalam Superbad (2007) bersama Michael Cera dan Jonah Hill, diarahkan oleh Greg Mottola dimana beliau melakonkan watak Jules. Pada tahun berikutnya, beliau membintangi bersama Rainn Wilson, Christina Applegate dan Teddy Geiger dalam The Rocker (2008), diarahkan oleh Peter Cattaneo, dimana beliau melakonkan watak Amelia Stone. Beliau belajar bermain bass untuk watak itu. Kemudiannya pada tahun itu, Stone membintangi bersama Anna Faris, Colin Hanks dan Kat Dennings dalam The House Bunny dimana beliau melakonkan watak Natalie.[9]

2009–11: Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Stone membintangi bersama Matthew McConaughey, Jennifer Garner dan Michael Douglas dalam Ghosts of Girlfriends Past (2009) dimana beliau melakonkan watak Allison Vandermeersh, "The Ghost of Girlfriends Past". Beliau membintangi bersama Jesse Eisenberg, Woody Harrelson dan Abigail Breslin dalam komedi seram, Zombieland diarahkan oleh Ruben Fleischer, dimana beliau melakonkan watak Wichita. Filem ini memulakan pengambaran di Atlanta pada bulan Februari 2009 dan ditayangkan pada 2 Oktober 2009 oleh Columbia Pictures.[10]

Kemudiannya pada tahun itu, Stone membintangi bersama Jeff Daniels, Ryan Reynolds dan Lisa Kudrow dalam filem Paper Man (2009),[11] dimana beliau melakonkan watak Abby.[12] Stone mula menfilemkan babaknya pada 11 November 2008, di Montauk, New York. Filem ini ditayangkan pada 15 Jun 2009 oleh MPI Media Group.[13]

Stone ketika pembukaan Easy A di Jerman, 2010

Stone membintangi bersama Owen Wilson dalam Marmaduke (2010) dimana beliau menyuarakan watak Mazie.[14] Pada tahun yang sama, Stone membuat penampilan pertamanya sebagai pelakon utama dalam Easy A dimana beliau melakonkan watak Olive Penderghast.[15] Filem ini menjalani pengambaran di Ojai, California, ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada 11 September 2010 dan ditayangkan secara meluas pada 17 September 2010 oleh Screen Gems.[16] Stone dilaconkan untuk Pelakon Wanita Terbaik - Muzikal atau Komedi Anugerah Golden Globe.[17]

Stone sekali lagi berkolaborasi bersama Will Gluck dan membuat penampilan kameo dalam Friends with Benefits dimana beliau melakonkan watak Kayla. Filem ini memulakan pengambaran pada bulan Julai 2010 di Los Angeles dan New York City, dan ditayangkan pada 22 Julai 2011 oleh Screen Gems.[18] Kemudiannya pada tahun itu, Stone membintangi bersama Steve Carell dan Ryan Gosling dalam Crazy, Stupid, Love dimana beliau melakonkan watak Hannah Weaver. Filem ini memulakan pengambaran pada 16 April 2010 di Los Angeles dan ditayangkan pada 29 Julai 2011.[19] Stone membintangi bersama Viola Davis dalam The Help dimana beliau melakonkan watak Eugenia "Skeeter" Phelan.[12]

2012–kini: Kejayaan kritikan dan arus perdana[sunting | sunting sumber]

Stone di Festival Filem Amerika Deauville pada tahun 2011

Stone membintangi bersama Andrew Garfield dalam The Amazing Spider-Man dimana beliau melakonkan watak Gwen Stacy.[20] Stone membintangi bersama Nicolas Cage, Catherine Keener dan Ryan Reynolds dalam animasi komedi, The Croods dimana beliau menyuarakan watak Eep.[21] Filem ini ditayangkan pada 22 Mac 2013. Beliau membintangi bersama Kieran Culkin dalam filem pendek Veronica.[22] dan Movie 43.[23]

Stone membintangi bersama Ryan Gosling dan Sean Penn dalam Gangster Squad dimana beliau melakonkan watak Grace Faraday.[24] Filem ini ditayangkan pada 11 Januari 2013 di Amerika Utara.[25]

Pada pertengahan tahun 2012, Stone menyuarakan watak Amanda Cartwright dalam permainan video, Sleeping Dogs.[26] Pada tahun 2013, Stone menyambung watak Gwen Stacy dalam The Amazing Spider-Man 2 yang ditayangkan pada 2 Mei 2014. Lakonan Stone diterima dengan baik oleh pengkritik.[27]

Pada tahun 2013, Stone menandatangani untuk membintangi Birdman bersama Michael Keaton dan Edward Norton. Beliau melakonkan watak Sam Thomson. Filem ini ditayangkan pada 17 Oktober 2014 oleh Fox Searchlight Pictures dan menerima pujian kritikal terutamanya lakonan Stone, Keaton dan Norton. Stone menerima pelbagai anugerah untuk watak itu termasuk pencalonan Pelakon Wanita Sokongan Terbaik Anugerah Akademi, Anugerah Golden Globe, Screen Actors Guild Award dan Critics' Choice Award.[28] Pada bulan Mei 2013, ia telah diumumkan bahawa Stone telah menandatangani untuk membintangi Magic in the Moonlight bersama Colin Firth. Beliau melakonan watak Sophie Baker. Filem ini ditayangkan pada 25 Julai 2014 oleh Sony Pictures Classics.[29][30][31]

Pada tahun berikutnya, Stone membintangi bersama Bradley Cooper dalam Aloha. Beliau melakonkan watak Allison Ng. Aloha difilemkan di Hawaii dari bulan September hingga Disember 2013 dan ditayangkan pada 29 Mei 2015.[32]

Pada bulan Mei 2014, ia telah dilaporkan bahawa Stone telah menandatangani untuk berkolaborasi bersama Woody Allen dalam Irrational Man bersama Joaquin Phoenix, Parker Posey dan Jamie Blackley. Beliau melakonkan watak Jill Pollard. Filem ini menjalani pengambaran pada bulan Julai ke Ogos 2014 di Newport, Rhode Island dan ditayangkan pada 17 Julai 2015 oleh Sony Pictures Classics.[33] Pada bulan Ogos tahun yang sama, ia telah diumumkan oleh Roundabout Theater Company bahawa Stone telah menandatangani untuk membuat penampilan Broadway pertamanya bersama Alan Cumming dalam muzikal Cabaret sebagai Sally Bowles.[34]

Projek akan datang[sunting | sunting sumber]

Stone telah menjalani penggambaran Battle of the Sexes, sebuah drama komedi sukan berdasarkan dari perlawanan tenis battle of the sexes antara pemain tenis Billie Jean King, dilakonkan oleh Stone, dan Bobby Riggs, dilakonkan oleh Steve Carell.[35][36] Beliau yang kini menjalani penggambaran filem arahan Yorgos Lanthimos The Favourite.[37] Beliau juga bakal membintangi drama Love May Fail, berdasarkan dari novel Matthew Quick 2015[38] dan sebagai Cruella de Vil dalam spinoff siri One Hundred and One Dalmatians.[39] Stone bakal berlakon dan sebagai penerbit eksekutif untuk siri terbaru Netflix, Maniac, lakonan bersama Jonah Hill dan diarahkan oleh Cary Fukunaga, yang akan memulakan fotografi berprinsip pada Ogos 2017.[40]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Stone berpindah dari Los Angeles ke Greenwich Village, New York City, pada 2009.[41] Pada 2016, beliau berpindah kembali ke Los Angeles.[42] Meskipun kekerapan liputan media, pelakon itu enggan berbicara tentang kehidupan peribadinya. Memikirkan untuk menjalani kehidupan "normal", beliau berkata telah mencari sedikit nilai dalam perhatian media.[43] Beliau telah menunjukkan kecenderungannya pada pekerjaannya,[42] dan telah memetik pelakon Diane Keaton sebagai pengaruh, yang merupakan "salah satu pelakon yang mendapat perhatian sepanjang zaman". Beliau juga menamakan pelakon dan penyanyi Marion Cotillard salah satu inspirasinya.[2]

Stone bersama Andrew Garfield ketika pembukaan The Amazing Spider-Man 2 di Sydney, 2014

Stone mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya.[2] Beliau berkata: "Saya dikurniakan sebuah keluarga yang besar dan orang-orang hebat di sekeliling saya. Saya bernasib baik dalam erti kata itu."[44] Sewaktu penggambaran filem The Amazing Spider-Man pada 2010, Stone berpacaran dengan pelakon bersamanya Andrew Garfield.[45] Sifat hubungan mereka telah didokumenkan oleh media, dengan spekulasi yang kerap mengenai pertunangan yang akan berlaku atau perpisahan. Pasangan itu enggan bercakap mengenainya secara terbuka, walaupun mereka membuat beberapa penampilan bersama-sama. Pada tahun 2015, mereka dilaporkan telah berpisah.[46][47]

Menurut Stone, beliau menderita penyakit asma, sewaktu mengalami kesukaran bernafas semasa menjalani penggambaran filem Easy A.[48] Ibunya disahkan menghidap kanser payudara tahap ketiga dan telah sembuh pada 2008.[49] Stone dan ibunya diraikan dengan mendapat tatu kaki burung, direka oleh Paul McCartney, sebagai rujukan kepada lagu the Beatles "Blackbird", yang mana lagu itu disukai oleh beliau dan ibunya.[50] Beliau muncul dalam kempen Revlon yang mempromosikan kesedaran kanser payudara.[51] Pada 2011, pelakon itu tampil dalam video kolaborasi antara Star Wars dan Stand Up to Cancer, yang bermatlamat untuk mengumpul dana untuk penyelidikan kanser.[52] Dua tahun kemudian, beliau menghadiri acara Gilda's Club, sebuah pertubuhan yang berkhidmat untuk tujuan serupa.[53] Dari 2012 hingga 2014, beliau mengacarakan Revlon Run/Walk, yang membantu memperjuangkan wanita pesakit kanser.[54]

Stone, bersama tiga selebriti lain, hadir di Anugerah Nickelodeon HALO 2012, sebuah televisyen khas yang memprofilkan lima remaja yang merupakan "Helping And Leading Others" (HALO).[55] Pada 2014, dalam satu majlis di New York, Stone dan Garfield menggalakkan paparazi untuk mengunjungi laman sesawang, yang menyebarkan kesedaran, seperti autisme.[56] Beliau telah menghadiri Earth Hour 2014, sebuah pergerakan sejagat untuk planet dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia.[57] Pada 2015, beliau merupakan sebahagian daripada acara pengumpulan dana bagi menyokong Tabung Televisyen & Wayang Gambar, yang membantu orang ramai dalam industri televisyen dan filem dengan tiada sumber atau sumber yang terhad.[58]

Imej media[sunting | sunting sumber]

Beberapa penerbitan media menganggap Stone sebagai pelakon paling berbakat di generasinya.[59][60][61] Mengulas mengenai persembahannya dalam filem The Help, Kirk Honeycutt dari The Hollywood Reporter menggelarnya "pelakon wanita muda paling terbaik".[62] Beliau dikenali kerana membintangi dalam penerbitan arus perdana dan berprofil tinggi dan dalam filem bebas berbelanjawan rendah. Daniel D’Addario dari majalah Time menyifatkan beliau sebagai "risiko substantif" dan menambah bahawa mengambil peranan menyediakan beliau peluang untuk "mencuba sesuatu yang baru dan untuk mendapatkan kredibiliti".[63] Menganalisis persona layar lebar beliau, Jessica Kiang dari Indiewire menulis bahawa Stone "Biasanya [bermain] yang mudah didekati, turun-ke-bumi, jenis gadis periang, [dan] secara peribadi beliau menunjukkan banyak kualiti itu juga, bersama-sama dengan penolakan mutlak untuk mengambil sendiri terlalu serius."[64]

Ketika kerjayanya di filem Hollywood semakin berkembang, Stone menjadi pelakon wanita popular dan berjaya.[65] Pada 2008, beliau mendahului Saturday Night Magazine Top 20 Rising Stars Under 30 dan telah dimasukkan dalam senarai serupa diterbitkan oleh Moviefone.[66][67] LoveFilm meletakkannya dalam senarai 2010 Top 20 Actresses Under 30, dan persembahannya dalam Easy A telah dimasukkan dalam senarai Time Top 10 Everything of 2010.[68][69] Beliau muncul dalam 2013 Celebrity 100, sebuah himpunan 100 orang paling berkuasa di dunia, yang dipilih secara tahunan oleh Forbes. Majalah itu melaporkan yang beliau telah memperoleh $16 juta dari Jun 2012 hingga Jun 2013.[70] Pada tahun yang sama, beliau telah diletakkan yang pertama dalam senarai Top 10 Best Value Stars di majalah itu.[71] Pada 2015, Forbes melaporkan yang beliau menjadi salah satu pelakon yang paling banyak menerima bayaran tertinggi sebanyak $6.5 juta.[72]

Stone telah disifatkan sebagai ikon gaya — pihak media memetik rambut, mata, dan suara serak basahnya sebagai tanda dagangannya.[73][74] Majalah Vogue menghargai pelakon itu kerana "wajahnya yang sofistikated dan penampilannya yang anggun", menulis yang "karismanya, samada di dalam dan luar skrin, telah menarik perhatian ramai."[75] Pada 2009, beliau tampil dalam AskMen's Top 99 Women, 100 Wanita Paing Seksi di Dunia FHM dan Hot 100 majalah Maxim;[44][76] majalah itu meletakkan beliau dalam senarai itu bersama tiga lagi acara — 2010, 2011, dan 2014.[77] Beliau terus tampil di dalam senarai kecantikan tahunan AskMen dari 2010 hingga 2015, ditempatkan di kalangan 40 teratas setiap tahun.[78] Pada 2011, beliau tampil dalam senarai Victoria's Secret's What is Sexy? sebagai Pelakon Paling Seksi.[79] Beliau telah disebut dalam beberapa senarai oulet media lain pada tahun itu, termasuk 100 Wanita Paling Cantik oleh majalah People, setiap dari senarai 100 Wanita Paling Seksi di Dunia oleh FHM dan FHM Australia, dan senarai 100 Hottest Woman oleh majalah Men's Health.[80] Beliau diletakkan yang keenam dalam senarai 100 Sexiest Movie Stars oleh majalah Empire pada 2013.[81] Stone telah dinamakan sebagai wanita berpakaian terbaik 2012 oleh majalah Vogue dan tampil dalam senarai serupa oleh majalah Glamour pada 2013 dan 2015, dan majalah People pada 2014.[82][83]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Nota
2007 Superbad Jules
2008 Rocker, TheThe Rocker Amelia Stone
2008 House Bunny, TheThe House Bunny Natalie
2009 Ghosts of Girlfriends Past Allison Vandermeersh
2009 Paper Man Abby
2009 Zombieland Wichita
2010 Marmaduke Mazie (suara)
2010 Easy A Olive Penderghast
2011 Friends with Benefits Kayla
2011 Crazy, Stupid, Love Hannah Weaver
2011 Help, TheThe Help Eugenia "Skeeter" Phelan
2012 Amazing Spider-Man, TheThe Amazing Spider-Man Gwen Stacy
2013 Gangster Squad Grace Faraday
2013 Movie 43 Veronica Segment: "Veronica"
2013 The Croods Eep (suara)
2014 Amazing Spider-Man 2, TheThe Amazing Spider-Man 2 Gwen Stacy
2014 Magic in the Moonlight Sophie Baker
2014 Birdman Sam Thomson
2015 Aloha Allison Ng
2015 Irrational Man Jill Pollard
2016 La La Land Mia Dolan

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Nota
2004 In Search of the Partridge Family Dirinya sendiri Reality competition (credited as Emily Stone)
2004 New Partridge Family, TheThe New Partridge Family Laurie Partridge Pilot
2005 Medium Cynthia McCallister Episod: "Sweet Dreams" (credited as Riley Stone)
2005 Malcolm in the Middle Diane Episod: "Lois Strikes Back" (credited as Riley Stone)
2006 Suite Life of Zack & Cody, TheThe Suite Life of Zack & Cody Ivana (suara) Episod: "Crushed"
2006 Lucky Louie Shannon Episod: "Get Out"
2007 Drive Violet Trimble 7 episod
2010, 2011 Saturday Night Live Dirinya sendiri – Hos 2 episod
2011 Robot Chicken Pelbagai suara 2 episod
2012 30 Rock Dirinya sendiri Episod: "The Ballad of Kenneth Parcell"
2012 iCarly Heather Episod: "iFind Spencer Friends"
2014 Saturday Night Live Dirinya sendiri / Gwen Stacy Episod Andrew Garfield/Coldplay
2015 Saturday Night Live 40th Anniversary Special Roseanne Roseannadanna

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak suara
2012 Sleeping Dogs Amanda Cartwright

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Nota
2014–15 Cabaret Sally Bowles Studio 54

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Menurut laman ulasan agregat Rotten Tomatoes laman pecah panggung Box Office Mojo, Filem-filem Stone yang paling diiktiraf secara komersial ialah Superbad (2007), Zombieland (2009), Easy A (2010), Crazy, Stupid, Love (2011), The Help (2011), The Amazing Spider-Man (2012), The Amazing Spider-Man 2 (2014), Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) (2014), dan La La Land (2016).[84]

Stone telah dicalonkan di dua Anugerah Akademi: Pelakon Pembantu Terbaik untuk Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) dan Pelakon Wanita Terbaik untuk La La Land dan Anugerah Filem Akademi Britain: Anugerah Bintang BAFTA, Pelakon Wanita Terbaik untuk Birdman, dan Pelakon Wanita Terbaik untuk Peranan Utama bagi La La Land, memenangi kedua-dua pencalonan untuk La La Land. Beliau memenangi Piala Volpi bagi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-73, Pelakon Wanita Terbaik dalam Muzikal atau Komedi di Anugerah Golden Globe ke-74 at the 74th dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Persembahan Cemerlang oleh Pelakon Wanita di dalam Peranan Utama menerusi peranannya dalam La La Land.[85]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Emma Stone". People.  Retrieved July 30, 2012.
  2. ^ a b c "Emma Stone: Hollywood Is Her Oyster". Vanity Fair. Dicapai pada September 8, 2013. 
  3. ^ https://familysearch.org/ark:/61903/1:1:QVGW-BP9C accessed February 15, 2015
  4. ^ http://archiver.rootsweb.ancestry.com/th/read/PABERKS/1999-02/0918659003 accessed February 15, 2015
  5. ^ David, Elliot (2010). "Emma Stone". Wonderland (23): 177–181. 
  6. ^ Emma Stone di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  7. ^ Mandell, Andrea (July 27, 2011). "Emma Stone is summer's hot ticket". USA Today. Dicapai pada October 22, 2011. 
  8. ^ Crowe, Cameron (September 2012). "Emma Stone". Interview. Dicapai pada August 28, 2012. 
  9. ^ Sullivan, Kevin (June 2, 2008). "An interview with Emma Stone of The House Bunny". North by Northwestern. Retrieved June 4, 2008.
  10. ^ Siegel, Tatiana (January 15, 2009). "Emma Stone enters 'Zombieland'". Variety. Retrieved January 19, 2009.
  11. ^ Siegel, Tatiana (September 24, 2008). "Emma Stone joins 'Paper Man'". Variety. Retrieved January 19, 2009.
  12. ^ a b Kung, Michelle (April 12, 2010). "'Paper Man' Co-Star Emma Stone on Playing Skeeter Phelan in 'The Help'". The Wall Street Journal. Dicapai pada April 18, 2010. 
  13. ^ Clavin, Tom (November 25, 2008). "Jeff Daniels filming a feature in Montauk". The East Hampton Press. Retrieved November 25, 2008.
  14. ^ Lemire, Christy (June 10, 2010). "'Marmaduke': Who let this dog out?". Associated Press. Retrieved June 17, 2010.
  15. ^ Fleming, Michael (June 3, 2009). "Cast penciled in for 'Easy A'". Variety. Retrieved June 7, 2008.
  16. ^ Roberts, Sheila (September 11, 2010). "Emma Stone Interview EASY A". Collider.com. Retrieved July 1, 2011.
  17. ^ Kaufmann, Amy (December 15, 2010). "Golden Globes 2011 nominations: Newcomers Emma Stone, Jennifer Lawrence and Mila Kunis react". Los Angeles Times. Dicapai pada December 19, 2010. 
  18. ^ Siegel, Tatiana (July 13, 2010). "A-Rod goes from big leagues to bigscreen". Variety. Retrieved August 1, 2010.
  19. ^ Verrier, Richard (May 5, 2010). "On Location: California film tax credit helping keep Hollywood at home". Los Angeles Times. Retrieved May 9, 2010.
  20. ^ Garcia, Chris (July 28, 2011). "Emma Stone has grown up since 'Easy A,' starring opposite Ryan Gosling in 'Crazy, Stupid, Love' Lya". Daily News. Dicapai pada October 22, 2011. 
  21. ^ Sciretta, Peter (May 4, 2010). "Emma Stone and Catherine Keener Join The Croods". /Film. Retrieved May 9, 2010.
  22. ^ Skinner, M. Scot (November 4, 2010). "After 'Hours,' a Q & A with star". Arizona Daily Star. Dicapai pada November 7, 2010. 
  23. ^ The Internet Movie Database – Movie 43 (2011) http://www.imdb.com/title/tt1333125/
  24. ^ Sneider, Jeff; Kroll, Justin (July 26, 2011). "Emma Stone rounds up 'Gangster Squad'". Variety. Dicapai pada August 15, 2011. 
  25. ^ Fleming, Mike (July 25, 2012). "New Date For 'Gangster Squad': January 11". Deadline.com. Dicapai pada July 25, 2012. 
  26. ^ Gaudiosi, John (July 17, 2012). "Tom Wilkinson, Emma Stone and Will Yun Lee Voice Characters in 'Sleeping Dogs' Video Game (Video)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada July 18, 2012. 
  27. ^ Silman, Anna (May 3, 2014). "Review Roundup: The Amazing Spider-Man 2 Belongs to Emma Stone". Vulture.com. Dicapai pada May 4, 2014. 
  28. ^ Fleming Jr., Mike (March 6, 2013). "Edward Norton Joins Alejandro Gonzalez Inarritu's Ensemble Comedy 'Birdman'". Dicapai pada April 6, 2013. 
  29. ^ Ben Child (May 1, 2013). "Colin Firth to star in Woody Allen's next film, alongside Emma Stone | Film". London: theguardian.com. Dicapai pada September 8, 2013. 
  30. ^ Earnshaw, Helen (May 11, 2013). "British Actors Taking On Hollywood In 2013". Femalefirst.co.uk. Dicapai pada September 8, 2013. 
  31. ^ "'Magic In the Moonlight' US Release Date 25 July 2014". Woodyallenpages.com. January 8, 2014. Dicapai pada May 3, 2014. 
  32. ^ Fleming, Mike (July 30, 2012). "Sony Buys New Cameron Crowe Script With Emma Stone To Star". Deadline.com. Dicapai pada July 31, 2012. http://www.slashfilm.com/untitled-hawaii-project-cameron-crowe/
  33. ^ "Emma Stone Joins Joaquin Phoenix in Woody Allen's Next Film (EXCLUSIVE)". Variety. May 6, 2014. Dicapai pada July 30, 2014. http://variety.com/2014/film/news/parker-posey-jamie-blackley-woody-allen-1201268380/http://variety.com/2015/film/news/first-look-emma-stone-joaquin-phoenix-in-woody-allens-irrational-man-1201470803/
  34. ^ "It's Official: Emma Stone Is Coming To Broadway". MTV News. 
  35. ^ Kroll, Justin (November 18, 2015). "Emma Stone Set to Star as Billie Jean King in Fox Searchlight's 'Battle of the Sexes' (Exclusive)". Variety. Dicapai pada March 23, 2016. 
  36. ^ Evry, Max (April 13, 2016). "First Battle of the Sexes Photo as Filming Begins". ComingSoon.net. Dicapai pada January 14, 2017. 
  37. ^ Jaafar, Ali (September 24, 2015). "Emma Stone & Olivia Colman In Talks To Board Yorgos Lanthimos' 'The Favourite'". Deadline. Dicapai pada March 24, 2017. 
  38. ^ Flemming, Mike, Jr. (November 17, 2015). "Emma Stone Boarding 'Love May Fail' As Hannah Minghella Brings Matthew Quick Book To TriStar". Deadline.com. Dicapai pada November 19, 2015. 
  39. ^ D'Alessandro, Anthony (April 25, 2016). "Disney Puts A Slew Of Dates On Hold For 'Jungle Book 2', 'Maleficent 2', 'Dumbo', 'Cruella' & More". Deadline.com. Dicapai pada May 14, 2016. 
  40. ^ "Emma Stone-Jonah Hill Series 'Maniac' For Netflix & Paramount TV Gets Production Start Date With Cary Fukunaga Directing". Deadline. January 31, 2017. Dicapai pada February 1, 2017. 
  41. ^ Barna, Ben (October 2, 2009). "'Zombieland's' Emma Stone Dreams of SNL and Mexican Food". BlackBook magazine. Diarkibkan daripada original pada October 22, 2011. Dicapai pada October 2, 2009. 
  42. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan WSJ-IrrationalMan-2015 tidak disediakan
  43. ^ Malik, Sonam (January 27, 2015). "SAG Awards: 'The Amazing Spider-Man' Actress Emma Stone Spotted without Beau Andrew Garfield". International Business Times. Dicapai pada March 16, 2016. 
  44. ^ a b "Emma Stone". AskMen. Diarkibkan daripada original pada June 2, 2009. Dicapai pada April 8, 2016. 
  45. ^ "Spider-Man Gets His Girl: Emma Stone To Play Female Lead" (Press release). Sony Pictures. October 5, 2010. Diarkibkan daripada original pada October 9, 2010. Dicapai pada March 19, 2016. 
  46. ^ "Emma Stone and Andrew Garfield Have Reportedly Split For Good". Vanity Fair. October 27, 2015. Dicapai pada February 20, 2016. 
  47. ^ Saad, Nardine (October 28, 2015). "Emma Stone, Andrew Garfield split 'a couple of months ago,' reports say". Los Angeles Times. Dicapai pada February 20, 2016. 
  48. ^ Warner, Kara (September 15, 2010). "Emma Stone Recalls Asthma Attack During 'Easy A' Fake-Sex Scenes". MTV News. Dicapai pada March 16, 2016. 
  49. ^ Masica, Kristen (May 22, 2013). "Emma Stone: My Mom's Cancer Diagnosis 'Was Terrifying'". People. Dicapai pada April 9, 2016. 
  50. ^ Abrams, Natalie (October 18, 2010). "Emma Stone Has Paul McCartney Design Mother-Daughter Tattoo". TV Guide. Dicapai pada March 20, 2016. 
  51. ^ Serfe, Gina (September 12, 2012). "Emma Stone Poses With Breast Cancer Survivor Mom in New Awareness Campaign". E!. Dicapai pada March 20, 2016. 
  52. ^ "'Star Wars' stands up to cancer, with the help of Andy Samberg, Emma Stone, Seth Rogen, and more! – Exclusive Video". Entertainment Weekly. September 15, 2011. Dicapai pada March 20, 2016. 
  53. ^ Mcnally, Kelby (May 16, 2013). "Emma Stone goes au-naturel for charity event". Daily Express. Dicapai pada March 20, 2016. 
  54. ^ "Join the Fight Against Cancer: Entertainment Industry Foundation's Revlon Run/Walk For Women Announces 2014 Hosts for Annual Event". Entertainment Industry Foundation. March 26, 2014. Diarkibkan daripada original pada March 29, 2016. Dicapai pada April 24, 2016. 
  55. ^ "Tyra Banks, Justin Bieber, Josh Duhamel and Emma Stone Honor Four Teens for Their Commitment to Service in Fourth Annual TeenNick HALO Awards". PR Newswire. October 30, 2012. Dicapai pada March 20, 2016. 
  56. ^ "Boy with Autism Thanks Emma Stone for Spreading Awareness". Autism Speaks. June 20, 2014. Dicapai pada March 20, 2016. 
  57. ^ "2014 Celebrates the Biggest Earth Hour in History". Earth Hour. March 30, 2014. Dicapai pada March 20, 2016. 
  58. ^ "2015 MPTF 'Night Before' Host Committee Members George Clooney, Eddie Redmayne, Reese Witherspoon, And More Attend 13th Annual Fundraiser in Support of MPTF". PR Newswire. February 22, 2015. Dicapai pada March 20, 2016. 
  59. ^ Busch, Anita (February 28, 2015). "Kristen Stewart Joins Untitled Kelly Reichardt Project". Deadline.com. Dicapai pada May 5, 2016. 
  60. ^ Lyttelton, Oliver (July 30, 2012). "Emma Stone To Star In Cameron Crowe's Next Film, A Reworked Version Of 'Deep Tiki'". Indiewire. Dicapai pada May 5, 2016. 
  61. ^ Fitzpatrick, Hayley (October 14, 2016). "Emma Stone Is Unrecognizable in a Pixie Wig on the Cover of 'Vogue'". Yahoo!. Dicapai pada February 1, 2017. 
  62. ^ Powers, Lindsay (August 10, 2011). "'The Help's' Emma Stone: What Critics Say of Her Performance". The Hollywood Reporter. Dicapai pada March 29, 2016. 
  63. ^ D'Addario, Daniel (July 17, 2015). "Here's Why Emma Stone's Artistic Alliance With Woody Allen Is So Complicated". Time. Dicapai pada April 7, 2016. 
  64. ^ Kiang, Jessica (February 24, 2013). "Interview: Emma Stone Talks Comedy, 'The Croods' And Cameron Crowe; Scores Off The Charts On Likability". Indiewire. Dicapai pada April 7, 2015. 
  65. ^ Labrecque, Jeff (January 5, 2012). "Emma Stone 'acts' like a dude – and it's making her Hollywood's hottest young actress". Entertainment Weekly. Dicapai pada April 6, 2016. 
  66. ^ "Top 20 Rising Stars Under 30". Saturday Night Magazine. July 29, 2008. Diarkibkan daripada original pada September 24, 2008. Dicapai pada April 8, 2016. 
  67. ^ "MovieFone's 25 Hottest Young Stars Under 25". Access Hollywood. Dicapai pada April 8, 2016. 
  68. ^ Corliss, Richard (December 9, 2010). "The Top 10 Everything of 2010". Time. Dicapai pada March 27, 2016. 
  69. ^ "2010 Top 20 Actresses Under 30". LoveFilm. Diarkibkan daripada original pada July 2, 2011. Dicapai pada April 8, 2016. 
  70. ^ Pomerantz, Dorothy (June 25, 2013). "Celebrity 100 Sneak Peek: Emma Stone Makes Our List For The First Time". Forbes. Dicapai pada April 7, 2016. 
  71. ^ Child, Ben (December 24, 2013). "Emma Stone tops Forbes list of 'best value' Hollywood stars". The Guardian. Dicapai pada April 8, 2016. 
  72. ^ Robehmed, Natalie (August 21, 2015). "The World's Highest-Paid Actresses 2015: Jennifer Lawrence Leads With 52 Million". Forbes. Dicapai pada April 7, 2016. 
  73. ^ Watson, Sheridan (October 17, 2014). "31 Photos That Prove Emma Stone Is The Most Stylish Person on Earth". BuzzFeed. Dicapai pada April 7, 2016. 
  74. ^ Stern, Marlow (June 26, 2012). "Emma Stone On 'The Amazing Spider-Man,' Andrew Garfield, & More". The Daily Beast. Dicapai pada April 7, 2016. 
  75. ^ "Emma Stone's Best Red–Carpet Moments". Vogue. April 15, 2014. Dicapai pada April 7, 2016. 
  76. ^ "The 100 Sexiest Women in the World". FHM. Diarkibkan daripada original pada July 7, 2009. Dicapai pada April 8, 2016. 
    "2009 Hot 100 List". Maxim. Dicapai pada April 8, 2016. 
  77. ^ "2010 Hot 100 List". Maxim. Dicapai pada April 8, 2016. 
    "2011 Hot 100 List". Maxim. Dicapai pada April 8, 2016. 
    "2014 Hot 100 List". Maxim. Dicapai pada April 8, 2016. 
  78. ^ "Top 99 Women". AskMen. Diarkibkan daripada original pada August 3, 2011. Dicapai pada April 8, 2016. 
    "Top 99 Women of 2012". AskMen. Diarkibkan daripada original pada February 3, 2012. Dicapai pada April 8, 2016. 
    "Emma Stone AskMen Top 99 2013 Video". AskMen. Dicapai pada April 9, 2016. 
    "Top 99 Women of 2014". AskMen. Dicapai pada April 8, 2016. 
    "Top 99 Women of 2015". AskMen. Dicapai pada April 8, 2016. 
  79. ^ Derschowitz, Jessica (May 12, 2011). "Emma Stone, Rihanna top Victoria's Secret's "What is Sexy?" list". CBS News. Dicapai pada April 7, 2016. 
  80. ^ "World's Most Beautiful 2011". People. Dicapai pada April 8, 2016. 
    Moody, Jon (May 5, 2011). "FHM's 100 Sexiest Women in the World 2011". FHM. Diarkibkan daripada original pada December 30, 2011. Dicapai pada April 8, 2016. 
    "FHM's 100 Sexiest Women in the World". FHM Australia. Diarkibkan daripada original pada March 21, 2012. Dicapai pada April 8, 2016. 
    "The Hottest Women of 2011". Men's Health. Diarkibkan daripada original pada December 28, 2011. Dicapai pada April 8, 2016. 
  81. ^ "The 100 Sexiest Movie Stars: The Top 20". Empire. October 7, 2013. Dicapai pada August 29, 2016. 
  82. ^ "Photos: The Best Dressed of 2012". Vogue. Dicapai pada April 8, 2016. 
    "50 Best Dressed Women 2013". Glamour. Dicapai pada April 8, 2016. 
    "30 Best Dressed Women of 2015". Glamour. Dicapai pada April 8, 2016. 
  83. ^ "People's Best Dressed, Taylor Swift Best Dressed 2014". People. September 17, 2014. Diarkibkan daripada original pada February 20, 2016. Dicapai pada February 13, 2017. 
  84. ^ "Emma Stone". Box Office Mojo. Dicapai pada July 30, 2016. 
  85. ^ "SAG Awards 2017 winners: See the full list". The Hollywood Reporter. January 30, 2016. Dicapai pada February 1, 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]