Shariff Dol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shariff Dol
Shariff Dol pada 1960an.
Kelahiran
Shariff Dol bin Asnawi

1926
Meninggal dunia27 April 1979(1979-04-27) (umur 52–53)
Hospital Besar Singapura
Sebab kematianKomplikasi pelbagai jenis penyakit
DikebumikanPusara Aman, Singapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1951–1971
Terkenal keranaWatak Samseng Kampung Dusun dalam Seniman Bujang Lapok
PasanganAlimah Ahmad
Anak-anak10

Shariff Dol Asnawi[1] (1926 – 27 April 1979) ialah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu pada zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura pada 1950an dan 1960an, sebahagian besarnya bersama Malay Film Productions atau MFP.

"Shariff Dol, Samseng Kampung Dusun" (tagline yang disebut orang hingga ke hari ini), begitulah terkesannya watak samseng yang dibawa oleh Shariff Dol dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan P. Ramlee pada tahun 1961.[2][3][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Shariff ialah generasi zaman emas Shaw Brothers. di Studio Jalan Ampas, Singapura atau lebih dikenali sebagai Malay Film Productions iaitu sezaman dengan pelakon handalan yang lain seperti P. Ramlee, S. Roomai Noor, Jins Shamsuddin, Jamil Sulong, Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Haji Mahadi, A. R. Tompel, M. Zain, Nordin Ahmad, Yusof Latiff, Osman Gumanti, Ibrahim Pendek, S. Kadarisman, Omar Rojik, Dato' Ahmad Mahmud, Aziz Jaafar, Salleh Kamil, Kemat Hassan, H. M. Busra, dan Omar Suwita.

Shariff Dol telah membintangi lebih dari sepuluh buah filem antara filem yang telah mengangkat nama beliau ialah filem Lela Manja, Seniman Bujang Lapok, Semerah Padi, Jefri Zain - Gerak Kilat, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Si Tanggang. Kebanyakkan watak yang dibawa oleh beliau adalah berupa antagonis, seperti samseng, penjahat dan seumpamanya.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Shariff Dol meninggal dunia diusia 53 tahun pada hari Jumaat, 27 April 1979 akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit yang dihidapinya. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Singapura, beliau dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu demam dan cirit-birit. Shariff Dol meninggalkan seorang isteri, Alimah Ahmad dan 10 orang anak, jenazah beliau disemadikan di Pusara Aman, Singapura.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1951 Shorga Dunia Filem pertama, pelakon utama
1955 Menyerah
Roh Membela
Abu Hassan Penchuri Tengku Mahkota Kerajaan Parsi
Penarek Becha Doktor
1956 Semerah Padi Anak Buah Borek
Anak-ku Sazali Gangster Big Boss
Adekku
1957 Pancha Delima Beringin Tunggal
Seruan Darah
Hantu Jerangkung Salleh
Bujang Lapok Shariff
1958 Kaki Kuda
Hantu Kubor Salleh
Sumpah Orang Minyak Syaitan
1959 Pendekar Bujang Lapok Sharif Orang Kuat Tauke Sampan
Musang Berjanggut Megat Alang Sengketa
Nujum Pa' Blalang Sultan Negeri Masai
Batu Belah Batu Bertangkup Daeng Perkasa
1960 Megat Terawis Raden Andika Kandal
Lela Manja Megat Sura
Isi Neraka Jawi
Pertarongan Datuk Gehara
1961 Sri Tanjung
Ali Baba Bujang Lapok Orang Kaya
Seniman Bujang Lapok Dirinya sendiri
Si Tanggang Raja Donan
1962 Siti Muslihat Almarhum Raja / Pak Andak
Ibu Mertua-ku Abidin
Singapura Dilanggar Todak Raja Singapura
Gerhana Musa
Labu dan Labi Pengurus Labu
1963 Pilih Menantu Kerani
Kasih Tanpa Sayang Ayah Maimon
Darah Muda Pak Ali
1965 Bidasari Raja Kebayat Negara
1966 Sri Andalas Datuk Mangkubumi
Gerak Kilat Botak
1967 Lampong Karam Penghulu
1968 Ibulah Syurga
Raja Bersiong Orang Kampung
1969 Keranda Berdarah Ali
1971 Semusim Di Neraka
Jahanam Sultan Sang Murba Filem terakhir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bujang Lapok gambaran sebenar Jalan Ampas". Utusan Malaysia. 30 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-13. Dicapai pada 2014-02-22.
  2. ^ Dunia Buku: Bukan Tak Sudi.
  3. ^ Akmaliah Razak (4 September 2013). "Sisi antagonis beri impak buat industri". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2018. Dicapai pada 17 November 2017. Watak samseng yang dibawa Shariff Dol menerusi filem, Seniman Bujang Lapok, ini kekal melekat di hati peminat. Walaupun hanya pelakon pembantu, namun watak penyangak Shariff Dol atau nama sebenarnya, Shariff Dol Asnawi, tetap diingati sehingga kini.
  4. ^ Danial Aziz Ahmad (6 Julai 2021). "Sarip Dol: Samseng Kampung Dusun Yang Masyur Ke Hari Ini". The Patriots. Dicapai pada 20 Disember 2021.
  5. ^ "Seniman Shariff Dol meninggal". Berita Harian. 29 April 1979. m/s. 8. Dicapai pada 8 November 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]