Kemat Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kemat Hassan
Kemat pada tahun 1950an
Kelahiran(1929-05-15)15 Mei 1929
Meninggal dunia1 September 2004(2004-09-01) (umur 75)
Singapura
Sebab kematianSakit tua
PekerjaanPelakon, penolong pengarah
Tahun aktif1955–1989
Terkenal kerana
Anak-anak8

Kemat Hassan (15 Mei 1929 – 1 September 2004) merupakan salah seorang pelakon filem Melayu kelahiran Singapura dan sering berlakon dalam filem-filem Melayu klasik pada sekitar tahun 1950-an dan 1960-an dahulu, sebahagian besarnya bersama Malay Film Productions.

Beliau juga merupakan salah seorang pelakon handalan ketika zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas. Beliau sangat dikenali melalui wataknya sebagai Manager Kemat Hassan di dalam filem Seniman Bujang Lapok. Pada tahun 1962, beliau turut menjadi pembantu pengarah bagi filem Gerhana. Apabila Studio Jalan Ampas ditutup, beliau bekerja sebagai seorang pemandu. Pada tahun 1989, beliau bersama-sama beberapa bekas seniman Studio Jalan Ampas diambil untuk berlakon di dalam filem Kolej 56 dan pada ketika itu, beliau berumur 60 tahun. Pernah menjadi penulis lirik untuk lagu Suka Sama Suka lagu nyanyian Rafeah Buang dan Omar Suwita.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 1 September 2004 pada usia 75 tahun akibat sakit tua.[1][2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1955 Kipas Hikmat Filem pertama
Penarek Becha Mat
1956 Keadilan Illahi Hulubalang Istana
Semerah Padi Kuncu Borek
Anak-ku Sazali Cikgu Rahman
1957 Hantu Jerangkung Madun
Pancha Delima Putih Gading
Seruan Darah
Bujang Lapok Encik Kemat
1958 Taufan Kemat
Sarjan Hassan Rakan Aziz
Matahari Wang Lee
Sumpah Orang Minyak Kawan Buyong
Anak Pontianak Kassim
1959 Samseng Tuan Inspektor
Pendekar Bujang Lapok Samseng Kemat
Musang Berjanggut Datuk Laksamana Megat Padang Jarak Padang Terkukur Putra Sangkuriang Prabu Sakti Ratna Gali Chandra Kirana dari keturunan Ayam Belanda
Batu Belah Batu Bertangkup Pengikut Datuk Hitam Pahlawan
Nujum Pak Belalang Datuk Perdana Menteri Negara Beringin Rendang
Puteri Gunong Banang Terab
1960 Antara Dua Darjat Tengku Ismail
Megat Terawis Datuk Paduka Haji
Lela Manja Pembesar Istana
1961 Ali Baba Bujang Lapok Orang Kaya
Singapura Dilanggar Todak Datuk Biduanda bapa Puspa dan Nadim
Mas Merah Raja Suri Swara
Seniman Bujang Lapok Menager Kemat Hassan
Panji Semerang Gusti Prabu Ramada
1962 Siti Muslihat
Batu Durhaka Mahaguru Bentara
1965 Taqdir
1966 Kacha Permata Ibrahim
1969 Sopan Santun Makan Bersuap Dolah Dokumentari
1989 Kolej 56 Ramli Filem terakhir

Pembabitan lain dalam filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
1960 Sumpah Wanita Penolong pengarah
1961 Panji Semerang Penolong pengarah
1962 Gerhana Penolong pengarah[3]
1965 Sayang Si Buta Penolong pengarah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pelakon veteran Kemat Hassan meninggal dunia", Berita Harian, 2 September 2004.
  2. ^ "Veteran actor Kemat Hassan dies", New Straits Times, 2 September 2004.
  3. ^ Gerhana (1962), Full Cast & Crew

Pautan luar[sunting | sunting sumber]