Changkat Jong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Changkat Jong di Teluk Intan, negeri Perak adalah kampung yang bersejarah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Changkat Jong adalah gabungan 2 nama. Nama pertama adalah Changkat yang beerti gajah angkat dalam bahasa Perak lama. Nama kedua adalah Jong yang beerti kapal yang besar. Lokasinya yang berhampiran sungai Bidor dan Sungai Sungkai dipercayai menjadi tempat jong-jong ditarik atau diangkat gajah untuk disimpan di atas daratan yang rata dan rendah. Kayu-poyan diletakkan disusun bawah jong untuk ditarik gajah-gajah dan disimpan dan dibaik pulih di kampung tersebut sebelum kembali berlayar.

Ia diberi nama Jong kerana sejarah kapal jong. Menurut kisah orang-orang tua di sini, keseluruhan tanah landai di kampung ini adalah sebuah lautan yang luas. Kapal Jong yang dikatakan itu telah belayar di lautan ini dan telah ditegur oleh Sang Kelembai. Kapal itu menjadi batu dan ditumbuhi hutan rimba yang tebal. Menurut orang tua-tua Kampung Changkat Jong telah dibuka oleh seorang yang bernama Abdul Samat bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Tok atau Toh Muda Samat. Beliau seorang pelayar yang dikatakan datang dari Sumatera Barat dan berlayar sehingga menyulusuri Sungai Perak yang akhirnya sampai di Kampung Changkat Jong.

Nama kampung Changkat Jong telah ditukar nama dengan nama Kampong Baru Changkat Jong sekitar tahun 1951 apabila sebuah kawasan baru telah dibuka. Tok Muda Samat dikatakan mempunyai 10 orang anak yang bernama Said, Umin, Awang, Putih, Ahmad dan beberapa lagi anaknya yang tidak dapat dinyatakan namanya. Kini generasi Tok Muda samat telah sampai ke generasi yang ke-10. Menurut cerita orang tua-tua kebanyakan penduduk-penduduk Kampung Changkat Jong mempunyai pertalian saudara iaitu merujuk kepada anak cucu kepada 10 orang anak Tok Muda Samat.