Cinta Metropolitan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cinta Metropolitan
PengarahZulkeflie M. Osman
PenerbitJulie Dahlan
Dibintangi olehNorman Abdul Halim
Yusry Abdul Halim
Edry Abdul Halim
Vanidah Imran
Emylia Rosnaida
Jalaluddin Hassan
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Rujukan Filemkita - Rujukan Sinema Malaysia

Cinta Metropolitan ialah sebuah filem genre aksi dan cinta Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1996. Filem ini telah diarahkan oleh Zulkeflie M. Osman. Filem Cinta Metropolitan diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Haris dan Irwan adalah adik beradik, Haris bekerjaya sebagai jurugambar di sebuah syarikat akhbar tempatan, Irwan pula wartawan. Haris sebagai abang, kurang gemar dengan perangai adiknya yang suka menjalin hubungan dengan ramai wanita. Irwan turut mempunyai sugar mummy yang selalu membiayai gaya hidupnya dalam masa yang sama tidak tahu Irwan itu playboy.[1]

Di majlis makan malam kilang Nurul dimana Norman bertugas, Irwan turut dijemput di situ dia terserempak dengan Haris, Haris bengang dengan adiknya yang menghilangkan diri tanpa khabar berita itu. Budak liar bernama Rizal, pencuri sepenuh masa telah membawa lari beg tangan Azlin. Mereka berjaya menangkap Rizal. Azlin adalah adik kepada samseng, Farouk. Sebagai adik dia tidak setuju dengan kegiatan jenayah berprofail tinggi abangnya itu.

Rizal yang telah menyeluk poket Haris terkejut kerana wang ihsan diberi oleh Azlin itu adalah wang palsu kerana nombor siri semuanya sama. Rizal yang berjaya mencuri masuk ke tempat operasi Farouk telah ditangkap dan Haris ditipu oleh kumpulan Farouk kononnya Irwan berada dalam tawanan mereka, tetapi sebenarnya Rizal. Mereka berdua dibawa lari ke Sumatera,Indonesia.

Bersama-sama dengan Nurul,Monisa mereka lari ke luar negara dari diburu orang Farouk. Mereka melarikan diri ke Indonesia & Thailand. Di Indonesia, Rizal dan Haris berjaya menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai dan menelefon ke Malaysia untuk meminta bantuan Nurul. Dengan bantuan orang-orang Nurul mereka dibawa pergi ke Medan untuk menginap di hotel milik bapa Nurul.

Mereka mendapat berita Farouk telah ditangkap dan untuk sementara waktu mereka berasa lega. Malangnya sewaktu makan malam mereka dikejutkan dengan kedatangan Farouk, rupa-rupanya Farouk telah menghantar berita palsu tentang penangkapannya. Dalam pergelutan itu mereka berjaya lari tapi Monisa tercedera dan ditawan oleh Farouk. Mereka meneruskan perjalanan ke Bangkok,Thailand.

Haris,Nurul dan Rizal berjaya menceroboh masuk ke markas Farouk dan mengumpul bahan bukti tetapi ditangkap. Irwan dan Azlin pula membuat laporan polis tetapi Azlin ingin memujuk abangnya. Rizal pula mengugut Farouk untuk mengebom tempat itu tetapi dia tersalah sangka alat peledak itu sebenarnya radio. Farouk berjaya ditangkap setelah polis mengepung tempat itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Norman Abdul Halim – Haris - abang Irwan,Fotografer, sering gopoh membuat kerja
  • Yusry Abd Halim – Irwan - kasanova, adik Hariss, lulusan luar negara
  • Edry Abdul Halim – Rizal, Pencuri, anak yatim piatu.
  • Vanidah Imran – Nurul, teman baik Hariss
  • Emylia Rosnaida – Azlin, adik Farouk. Kemudian jatuh hati pada Irwan
  • Jalaluddin Hassan – Farouk, ketua sindiket wang palsu
  • Noreen Noor – Monisa, Sugar mummy Irwan
  • Osman Kering - Cik Mat Tahir ( Bos Hariss)
  • Sheila Mambo - Sandra, orang kanan Farouk
  • Nana Nurgaya - Sara, rakan mencuri Rizal
  • Rawi M.S - En. Ridzuan, bapa Nurul

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Bapa Nurul, Encik Ridzuan dalam cerita ini ialah orang yang sama memegang watak bapa kepada Sheila dalam filem lakonan KRU terdahulu, Awas 1995.
  • Jalalludin Hassan memegang watak antagonis untuk filem ini, kali kedua dia memegang watak jahat dalam filem lakonan KRU selepas filem Awas.
  • Edry terlalu banyak berangan dalam cerita ini, ada ketikanya babak dia menjadi Batman, indiana Jones dan James Bond.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]