Vanida Imran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Vanidah Imran)
Jump to navigation Jump to search
"Vanidah Imran" dilencongkan di sini.
Vanidah Imran
Vanidaimran02.jpg
KelahiranVanidah binti Amran
(1973-10-01) 1 Oktober 1973 (umur 45)
Pulau Pinang, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif1993–kini
PasanganRashidi Ishak (k. 2000; c. 2018)
Anak2
Ibu bapaSharifah Bee binti Abdul Majid (ibu)

Vanidah binti Amran atau lebih dikenali sebagai Vanida Imran (dikreditkan sebagai Vanidah Imran; lahir 1 Oktober 1973) ialah seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia, terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen dan filem. Beliau juga merupakan isteri kepada pelakon Rashidi Ishak.[1] Pada tahun 2007, beliau dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik dan Festival Filem Malaysia ke-20. Beliau menjadi pengacara rancangan Nona bermula 2 Januari 2011 menggantikan Maya Karin.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Pulau Pinang, Vanida dibesarkan di Kuala Lumpur dan menamatkan pendidikan menengahnya di Convent Bukit Nanas.[3] Vanida ialah Juara Pertama Miss Miss World Malaysia 1993 dan beliau juga memenangi gelaran Miss Photogenic.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada usia 21 tahun, Vanida memegang watak Puteri Balqis dalam filem sulungnya, Putera arahan Zulkifli M. Osman. Lima tahun kemudian, beliau menjayakan watak sebagai Noraini dalam filem Badai Mentera.

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk suaminya ketika itu, Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[4]

Pada 2004, beliau berlakon bersama Farid Kamil dalam filem thriler misteri, 7 Perhentian arahan Profesor Madya A. Razak Mohaideen.[5] Dua tahun kemudian, Vanidah menjayakan peranan utama Azizah bersama Bob Mercer, Zahim Albakri dan Samantha Schubert dalam filem drama misteri The Red Kebaya arahan Oliver Knott.[6] Pada 2006 juga, beliau terlibat dalam pementasan teater Lantai T. Pinkie bersama Nasha Aziz.

Vanida meminjamkan suaranya bagi watak Normah dan ibu Aziz dalam filem animasi arahan Anwardi Jamil Budak Lapok, yang diilhamkan dari filem Bujang Lapok karya P. Ramlee. Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Afdlin Shauki, Tony Eusoff, Eja, dan Nasha Aziz membintangi filem drama Sepi arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan pada 26 Jun 2008.[7]

Vanida memegang watak sebagai Ain dalam filem Temuan Takdir yang ditayangkan pada 11 Ogos 2016.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan pelakon Rashidi Ishak pada 1 Oktober 2000 dan mempunyai dua anak bersama, Mikail dan Mariyam. Beliau memperoleh ijazah Pengajian Bahasa Inggeris selepas empat tahun pengajian di Universiti Terbuka Malaysia.[9][10]

Ibu beliau, Shariffah Bee binti Abdul Majid meninggal dunia pada 24 Disember 2017 akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 5.40 petang.[11][12]

Pada 28 Oktober 2016, Vanida memfailkan saman terhadap syarikat kosmetik Ronasutra berhubung dengan pelanggaran kontrak dan penyalahgunaan gambarnya tanpa kebenaran dan menamakan Miliyasutra Industries sebagai defendan.[13] Bagaimanapun, pada Mei 2017, beliau menang saman tersebut[14] selepas Ronastura gagal rayu dalam kes saman terhadapnya pada Februari 2018.[15]

Sekitar Ogos 2018, Vanida menafikan khabar angin mengatakan beliau dan suami, Rashidi Ishak tidak lagi bersama,[16] beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai hal tersebut.[17][18]

Ia didedahkan oleh media bahawa Vanidah dan Rashidi memfailkan perceraian pada 9 Ogos 2018, Vanidah berkata dalam temubual bersama Berita Harian: "Saya akan meneruskan kehidupan macam biasa. Selain diri ini, saya juga perlu membesarkan anak. Harapan saya, mereka di luar sana termasuk teman media memahami,".[19][20]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1994 Putera Wan Nuraini Filem pertama
1998 Badai Mentera Noraini
1999 Perempuan Melayu Terakhir Mustika
2001 Cheritera Filem Animasi, suara
2002 KL Menjerit Isteri Mustaffa
Mami Jarum Shiqah
2003 Mami Jarum Junior
2004 Tujuh Perhentian Mira
Hingga Hujung Nyawa
2006 The Red Kebaya Azizah
2007 Budak Lapok Emak Aziz / Normah (Suara) Filem Animasi
2008 Akhirat Nurin Amira
Histeria Ustazah
Sepi Ilyana
2009 Setem Alliyah
Papadom Profesor Balqis
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Cik Amy
Magika Mahsuri
2011 Misteri Jalan Lama Old Lady / Queen Devata
2012 Untuk Tiga Hari Uji
2013 Papadom 2 Profesor Balqis
2014 Ophilia Mak Uji
2016 Temuan Takdir Ain
2018 Crossroads: One, Two, Jaga Isteri
Kalla: Hidup Atau Mati Serina

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2000 Salam Taj Mahal TV3
2002 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Teh Rahayu TV3 Episod: "Teh Manis"
2012 Tanah Kubur (Musim 4) Aminah Astro Oasis Episod: "Susuk Marabbah"
2017 Mandatori Dr. Asmah Astro First Eksklusif 6 Episod
2018 Ramadan Dan Hamdan Penjual Kuih TV3
Mocha Kau Bahagia 2

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1999 Impian Suraya
Minah Meenachi
2003 Neon Pelanggan Stesen Minyak I Astro Ria
Suri Rumah Salina Terus-ke-VCD
2013 Poskad Dari Switzerland TV AlHijrah
2015 Kerana Lemang TVi
Rekah TV2
2017 Sinar Cinta Faridah TV3
Mak Tak Bagi Balik [21] Rohani
Kismet
Kasut Bola Pink! Ibu Nina Astro First Ekslusif
2018 Datangmu Ku Benci, Pergimu Ku Tangisi TV2

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
1994 Megat Terawis
1995 Anak Tanjung
1997 Selendang Umi
1998 Laila Majnun
1999 Keris Sang Puteri
2000 Tun Perak
Lantai T. Pinkie
2002 Anugerah
Merdeka, Merdeka, Merdeka
2003 Visits
2005 Mo Ho Huan
2006 Lantai T. Pinkie, KL
Wangi Jadi Saksi
Lantai T. Pinkie, Ipoh
2007 Nyonya
2009 Sirah Junjungan
Mahsuri
Cuci The Musical
2015 Baik Punya Cilok[22]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Nona Dirinya sendiri/Pengacara TV3

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia
Tahun Karya tercalon Kategori Keputusan
2012 Untuk Tiga Hari Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
2009 Setem Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dicalonkan
2008 Akhirat Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
2007 The Red Kebaya Pelakon Wanita Terbaik Menang
1998 Perempuan Melayu Terakhir Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
Anugerah Skrin
Tahun Karya tercalon Kategori Keputusan
2007 The Red Kebaya Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Menang
2000 Minah Meenachi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ranjau perkahwinan 15 tahun Utusan Malaysia (14 Mei 2015). Diperoleh pada 2 Ogos 2015. "Setiap dugaan yang dihadapi merapatkan lagi hubungan pasangan ini sebagai suami isteri".
  2. ^ Vanida Imran Pengacara Nona Tahun 2011 Ganti Maya Karin Cikyam. Dicapai pada 1 Januari 2012.
  3. ^ Actress finds comfort in the heart of the city The Star Online (16 Ogos 2008). Diperoleh pada 2 Ogos 2010.
  4. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai 31 Julai 2017. 
  5. ^ 7 Perhentian (2004) Filemkita.com. Diperoleh pada 24 Februari 2010.
  6. ^ "Kebaya berdarah The Red Kebaya". Utusan Malaysia. 28 November 2006. Dicapai 31 Julai 2017. 
  7. ^ Mohd Suhairi B. Mat Johor, Mohd Faizal B. Hj Mohd Fauzi (2008-06-24). "Filem 'Sepi' berlainan dengan filem 'Cinta'". Sinema Malaysia. Dicapai 2008-07-06. 
  8. ^ Athirah Zulkifli (18 Julai 2016). "Temuan Takdir bukan sekadar filem polis biasa, ia penuh aksi mendebarkan". Intrend. Dicapai 12 Ogos 2016. 
  9. ^ Dennis Chua (14 September 2015). "Vanidah Imran graduates in English studies". New Straits Times. Dicapai 24 September 2015. 
  10. ^ Zaidi Mohamad (13 September 2015). "Vanidah Imran bergelut tamatkan pengajian". Berita Harian. Dicapai 24 September 2015. 
  11. ^ Zaidi Mohamad (25 Disember 2017). "Ibu Vanidah Imran meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai 24 Julai 2018. 
  12. ^ "Ibu pelakon Vanidah Imran meninggal dunia". Kosmo!. 25 Disember 2017. Dicapai 24 Julai 2018. 
  13. ^ Maizatul Nazlina (7 April 2017). "Vanidah's suit against manufacturing company to go to trial". The Star Online. Dicapai 4 Ogos 2018. 
  14. ^ Hafiz Yatim (19 Februari 2018). "Vanida menang lagi lawan syarikat kecantikan". Malaysiakini. Dicapai 4 Ogos 2018. 
  15. ^ Ahmad Johari Mohd Ali (19 Februari 2018). "Ronasutra gagal rayu kes saman pelakon Vanidah". New Straits Times. Dicapai 4 Ogos 2018. 
  16. ^ "Vanidah, Rashidi tidak lagi bersama". Utusan Malaysia. 19 Ogos 2018. Dicapai 30 September 2018. 
  17. ^ "Vanidah, Rashidi enggan ulas gosip bercerai". Sinar Harian. 20 Ogos 2018. Dicapai 30 September 2018. 
  18. ^ Dennis Chua (19 Ogos 2018). "#Showbiz: Actress Vanidah declines comment on divorce rumours". New Straits Times. Dicapai 30 September 2018. 
  19. ^ Zaidi Mohamad (23 Mac 2019). Rashidi, Vanidah bercerai Ogos tahun lalu Berita Harian. Dicapai pada 24 Mac 2019.
  20. ^ Tahir Alhamzah (21 Mac 2019). Rashidi Ishak, Vanidah Imran bercerai Kosmo! (20 Mac 2019). Dicapai pada 24 Mac 2019.
  21. ^ 11 Jun 2017. Senarai Telefilem Syawal 2017 di TV3 Budiey (article in Malay)
  22. ^ http://www.budiey.com/teater-baik-punya-cilok-di-istana-budaya/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]