Kunyit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kunyit
frames
Kunyit
Pengelasan saintifik


Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Dalam masakan[sunting | sunting sumber]

Kunyit adalah rempah yang biasa digunakan dalam masakan di negara-negara Asia misalnya kari, gulai dan seumpamanya; ia juga digunakan untuk memberi memberi warna kuning kepada masakan atau sebagai bahan pengawet.[1]

Sebagai ubat[sunting | sunting sumber]

Produk farmasi berbahan baku kunyit mampu bersaing dengan berbagai ubat paten, misalnya untuk peradangan sendi (arthritis-rheumatoid) atau osteo-arthritis berbahan aktif natrium deklofenak, piroksikam, dan fenil butason dengan harga yang relatif mahal atau suplemen makanan (Vitamin-plus) dalam bentuk kapsul.

Produk bahan jadi dari ekstrak kunyit berupa suplemen makanan dalam bentuk kapsul (Vitamin-plus) pasar dan industrinya sudah berkembang. Suplemen makanan dibuat dari bahan baku ekstrak kunyit dengan bahan tambahan Vitamin B1, B2, B6, B12, Vitamin E, Lesitin, Amprotab, Mg-stearat, Nepagin dan Kolidon 90.

Umbi atau rimpang tumbuhan ini yang berumur lebih dari satu tahun dapat dipakai sebagai ubat berkhasiat untuk mendinginkan badan, membersihkan, mempengaruhi bahagian perut khususnya pada lambung, merangsang, melepaskan lebihan gas di usus, menghentikan pendarahan dan mencegah penggumpalan darah, selain dari itu juga digunakan sebagai bahan dalam masakan.

Kunyit juga digunakan sebagai ubat anti gatal, anti septik dan anti kejang serta mengurangi pembengkakan selaput lendir mulut. Ia lazimnya diperaskan patinya yang boleh diminum atau digunakan sebagai ubat sulap untuk mengubati bengkak dan terkilir. Kunyit juga berkhasiat untuk menyembuhkan hidung yang tersumbat, caranya dengan membakar kunyit dan menghirupnya.[1]

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Suatu kajian telah dilakukan oleh saintis penyelidik dari Universiti Tel Aviv, Israel mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin. Dalam dos yang tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik menyembuhkan keradangan. Dr. Shahar Lev-Ari dari Fakulti Kesihatan Awam, Perubatan Sackler Univeristi Tel Aviv menyatakan bahawa kajian yang dilakukan bersama para penyelidik lain mendapati bahan aktif kurkumin mampu melawan kanser apabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain; ia kerana bahan tersebut bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser. (Kosmo 17 Jun 2011)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Itokawa H, Shi Q, Akiyama T, Morris-Natschke SL, Lee K. 2008. Recent advances in the investigation of curcuminoids. Chinese Med 3:11.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]