Dayah Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dayah Bakar
Kelahiran
Nur Hidayah binti Abu Bakar

(1989-08-30) 30 Ogos 1989 (umur 34)
PendidikanIjazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-undang[1]
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanPengacara, penyanyi, penyampai radio, model, penulis lirik
Tahun aktif2013–kini
MajikanMedia Prima (2013-kini)
PasanganKapten Hanif Hamidi (k. 2018)
Anak-anak2
BapaDatuk Abu Bakar Johar[2]

Nur Hidayah Abu Bakar (lahir 30 Ogos 1989) ialah seorang pengacara, penyanyi, penyampai radio, model dan penulis lirik wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Projek 3R di TV3.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dayah mula menceburi bidang pengacaraan apabila menyertai program realiti Projek 3R yang turut disertai oleh Jasmine Suraya Chin, Amirah Azmi dan Yvonne Lee pada 2013, seterusnya terpilih sebagai hos baharu program 3R bersama-sama Amirah dan Yvonne daripada 12 finalis dari Projek 3R.[4][5]

Beliau juga pernah menjadi penyampai radio untuk stesen iM4U FM pada tahun 2014. Dayah turut memiliki perniagaan hijab sendiri iaitu Modesty by Dayah Bakar.[6]

Pada 2016, Dayah telah menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman, Hikayat Records.[7] Pada tahun yang sama, Dayah ada mengeluarkan lagu single bertajuk "Lebih Dari Terindah" duet bersama Nomad. Dayah turut pernah menulis lirik untuk beberapa artis tempatan seperti Lena AF9 dan juga Caprice.[8]

Bermula 9 Mac 2018, beliau menjadi salah seorang dari 8 hos bersama di rancangan bual bicara TV3, Borak Kopitiam, yang disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad bermula dari 7:00 hingga 9:00 pagi.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dayah merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Pada 28 November 2017, beliau telah mengikat tali pertunangan dengan jiran zaman kanak-kanaknya, Kapten Hanif Hamidi.[9]

Pada 29 Jun 2018, Dayah dan Kapten Hanif telah melangsungkan perkahwinan. Pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan di 9Kedondong, Ampang Hilir, Kuala Lumpur.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013 Projek 3R Pengacara TV3
2014 Hijabista[11] TV9
2015 Jom Singgah TV3
Pencarian Nona Manis
2015 Masam Manis
2016 Aura Bintang Salam HD
Soal Hati Capital TV
Sembang Terapi TV9
2017–2018 Nasi Lemak Kopi O
2017 Rai Astro Oasis
2018–2022 Borak Kopitiam TV3
2018 SIS: Semangat Intelek Swadaya
#DoneDakwah Naura HD
2018–kini Sembang Sahur TV3
2022–kini Malaysia Hari Ini

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Stesen
2014–2018 iM4U FM

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Catatan
2016
"Lebih Dari Terindah"
Duet bersama Nomad
2018
"Imamku"[12]
2023
"Jarak"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biodata Dayah Bakar". Azhan.com. 1 Disember 2017.
  2. ^ "Sekali Lafaz, Dayah Bakar Sah Isteri Hanif Hamidi". Astro Gempak. 29 Jun 2018.
  3. ^ Amalina Kamal (4 Disember 2017). "Tech talk: Motivational speaker and TV personality Dayah Bakar". New Straits Times. Dicapai pada 1 Januari 2018.
  4. ^ "Dayah, Amirah & Yvonne Hos Baharu '3R'". mStar. 18 Oktober 2013.
  5. ^ "New hosts, same attitude - 3R is back!". The Star. 23 Oktober 2014.
  6. ^ ""Ikut kata hati dan kejar cita-cita"−Dayah Bakar". Jelita. 1 Julai 2018.
  7. ^ "Dayah 'jual' diri dengan #dbsings". Berita Harian. 19 Mei 2016.
  8. ^ "Dayah Bakar, Pengacara Nasi Lemak Kopi O". ENCIKSHINO. 3 Disember 2017.
  9. ^ "Jiran Zaman Kanak-Kanak Pilihan Dayah". mStar. 28 November 2017.
  10. ^ ""Dia lelaki sederhana yang luar biasa' – Dayah Bakar". URTV. 29 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-17. Dicapai pada 2018-12-16.
  11. ^ "Dayah Bakar berdebar nak naik pelamin". Berita Harian. 20 Jun 2018.
  12. ^ "Dulu berjiran kini serumah". Harian Metro. 3 Julai 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]