DeHearty

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
DeHearty
Poster Kumpulan Dehearty
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Nasyid
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Tahun aktif 2004
Label NAR Records Sdn. Bhd.
Kegiatan berkait Berkumpulan
Ahli
Hisyam bin Ahmad (Hisyam, Syam) - kini telah kembali ke pangkuan Inteam
Mohd Azrul Azlen bin Abd Hamid (Azrul)
Syadzwarie (Warie)
Zulfahmi (Zul)


Kumpulan DeHearty merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan DeHearty dianggotai seramai 4 orang lelaki iaitu :-

  1. Hisyam bin Ahmad (Hisyam, Syam) - kini telah kembali ke pangkuan Inteam
  2. Mohd Azrul Azlen bin Abd Hamid (Azrul)
  3. Syadzwarie (Warie)
  4. Zulfahmi (Zul)

Kumpulan DeHearty muncul dalam industri nasyid tanah air ada bulan Ogos 2003 setelah pengasasnya, saudara Hisyam bin Ahmad telah dipelawa oleh syarikat rakaman NAR Records Sdn. Bhd. untuk merakamkan album solo setelah setahun Hisyam meninggalkan kumpulan In-Team. Namun begitu, beliau tidak yakin untuk bergerak solo lantas membuat ujibakat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada waktu itu. Hasil ujibakat tersebut, beliau berjaya mencari bakat baru dengan penyertaan tiga ahli iaitu Azrul, Warie dan Zul. kemudian, beliau bersama tiga ahli tersebut telah menubuhkan kumpulan nasyid yang sekali lagi mencetuskan fenomena iaitu kumpulan DeHearty, seiring dengan kumpulan nasyid yang popular pada waktu itu. Antara lagu hits mereka ialah Permata Yang Dicari, Inspirasi Hati, Abu Bakar As-Siddiq, Wanita dan Di Hati. Kumpulan ini telah diuruskan sepenuhnya oleh NAR Records Sdn. Bhd. dari segi penerbitan dan pengedaran album.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Album Pertama - Di Hati
  • Album Kedua - Insan Istimewa (25 Julai 2005)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Abu Bakar as-Siddiq
  2. Balik Kampung
  3. Bidadari Hidupku
  4. Cinta Bersulam Noda
  5. Di Hati
  6. Erti Persahabatan Ini
  7. Indahnya Ciptaan-Mu
  8. Inspirasi Hati
  9. Janjiku
  10. Kasih Sayang
  11. Kau Hadir
  12. Kembara Hidup
  13. Pasrah Segalanya
  14. Pengantin Baru
  15. Permata Yang Dicari
  16. Selawat Burdah
  17. Siti Zulaikha
  18. Wanita

Pautan luar[sunting | sunting sumber]