Hisyam bin Ahmad
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Hisyam Inteam | |
|---|---|
| Kelahiran | Hisyam bin Ahmad 1 Februari 1980 |
| Warganegara | Malaysia |
| Nama lain | Syam, Syamer, Hisyam Inteam, Hisyam DeHearty |
| Pekerjaan | {Penyanyi|Pencipta Lagu|Penulis Lirik|} |
| Tahun aktif | 1998–kini |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Nasyid |
| Alat muzik | Suara |
| Syarikat rakaman |
|
| Kegiatan berkaitan | |
| Laman web rasmi | https://instagram.com/hisyaminteam |
Hisyam Ahmad yang lebih dikenali sebagai Hisyam Inteam atau dahulunya Hisyam DeHearty merupakan salah seorang penyanyi nasyid yang popular di Malaysia. Beliau yang dilahirkan pada 1 Februari 1980 di Keramat, Kuala Lumpur merupakan salah seorang anggota kumpulan Inteam (2000-2002, 2015-kini) bersama Hazamin, Syahril dan Rahim Inteam yang dahulunya pernah bernaung di bawah label Hijjaz Records.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada tahun 1987, sebelum memasuki Madrasah Darul Falah, Melaka (1988-1990). Selepas itu, dia menyambung pengajian ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Rendah Agama Az-Zafirah (1991-1992).
Kemudian, beliau memasuki Sekolah Menengah Agama (Arab) Ar-Rahmah Kenali (1996-1997) dan melanjutkan pengajannya ke peringkat universiti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Jurusan Pengajian Ilmu Wahyu.[1]
Perjalanan karier
[sunting | sunting sumber]1998-2002: Kemunculan Awal Bersama In-Team
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1998, Hisyam yang mula menyambung pengajiannya di pusat matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah bergiat aktif dalam bidang nasyid di mana beliau merupakan anggota kumpulan nasyid rasmi UIAM iaitu Husaini yang juga dianggotai oleh Abdul Rahim (Rahim Inteam) dan Amin Idris (kini pengacara & motivator) pada ketika itu.
Beliau yang kemudiannya diberi peranan sebagai penyanyi solo dalam kumpulan Husaini telah mendapat tawaran daripada Hijjaz Records untuk masuk sebagai ahli kumpulan Inteam. Selang beberapa hari, Hisyam menyatakan persetujuan untuk mengikat kontrak bersama Hijjaz Records sekaligus melengkapkan kumpulan In-Team yang pada ketika itu telahpun dianggotai oleh Syah, Hazamin dan Allahyarham Suhaimi.
Dengan penyertaan beliau dalam Inteam, mereka kemudiannya menghasilkan album pertama yang berjudul Kasih Kekasih pada tahun 2000. Album yang hit dengan lagu judulnya itu ternyata telah memperkenalkan nama Inteam dalam industri muzik tanah air dan menjadi siulan ramai pada ketika itu. Biarpun pada awalnya timbul sedikit kontroversi yang mengatakan bahawa Inteam menggalakkan anak-anak muda untuk berpasangan dengan menggunakan istilah "Islamic Couple" sehingga menyebabkan mereka tidak dibenarkan untuk menyanyikan lagu tersebut di UIA, lagu ini ternyata menjadikan mereka lebih dikenali sehinggakan album tersebut terjual melebihi 80,000 unit.
Setahun selepas, Hisyam bersama anggota Inteam yang lain telah menghasilkan album kedua mereka iaitu Impian Kasih. Sepertimana album pertama mereka, album ini turut terjual laris dengan menampilkan banyak lagu hit seperti Impian Kasih, Selamatkan Dunia, Lilin Seorang Guru dan Rabiatul Adawiyah.
2002-2007: Keluar Dari In-Team & Kewujudan DeHearty
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2002, Hisyam yang pada ketika itu berada di tahun akhir pengajian tidak dapat meluangkan banyak masa bersama peminat lantaran komitmen beliau yang semakin sibuk. Maka, Hisyam dengan berat hatinya menarik diri dari kumpulan Inteam untuk fokus dalam pengajiannya, tambahan pula timbul konflik antara beliau dengan pihak pengurusan Hijjaz Records. Tempat beliau dalam In-Team kemudiannya digantikan oleh Abdul Rahim (yang juga sahabatnya ketika bersama Husaini sebelum ini.
Setelah tamat pengajian, Hisyam telah mendapat lamaran daripada NAR Records Sdn. Bhd. untuk merakamkan album solo. Namun begitu, beliau yang lebih selesa untuk bergerak dalam kumpulan akhirnya mengajak tiga orang rakannya yang juga mahasiswa UIAM iaitu Azrul Azlan (kini Dr Azrul Azlan), Zul dan Warie untuk membentuk kumpulan DeHearty pada tahun 2004.
Bersama DeHearty, Hisyam berjaya menghasilkan dua album studio iaitu Di Hati (2004) dan Insan Istimewa (2005) ketika bernaung di bawah label NAR Records sebelum menyepikan diri lantaran kesibukan setiap anggotanya.
2007-kini: Nur Insani, Projek-Projek Bersama Inteam & Kembali Bersama Inteam (2015)
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2007, Hisyam telah dijemput oleh kumpulan lamanya, Inteam sebagai penampilan istimewa dalam album Nur Insani pada tahun yang sama. Dua tahun selepas itu, beliau bersama Suhaimi telah diundang juga oleh kumpulan Inteam untuk bersama-sama merakamkan album yang berjudul Allahu Rabbi di mana album tersebut merupakan projek reunited pertama mereka sepanjang mereka bergiat aktif dalam industri nasyid tanah air. Pada tahun 2013, beliau sekali lagi terlibat dalam projek reunited yang kedua dengan album berjudul Iman & Aman oleh Inteam, juga sebagai undangan istimewa bersama Suhaimi.
Namun pada 21 Mei 2015, secara rasminya beliau telah kembali menganggotai Inteam untuk bersama sahabat-sahabatnya iaitu Syahril, Hazamin dan Abdul Rahim. Kembalinya beliau ke pangkuan Inteam menjadikan kumpulan tersebut kini berjumlah 4 orang.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]| Kumpulan | Tahun | Judul Album | Penerbit | Label | Edaran | Jualan |
|---|---|---|---|---|---|---|
| In-Team/Inteam | 2000 | Kasih Kekasih | Hijjaz | Hijjaz | NAR Records | 80,000 unit |
| 2001 | Impian Kasih | Hijjaz | Hijjaz Records | NAR Records | 50,000 unit | |
| 2007 | Nur Insani | Inteam | Inteam Records | EMI Music Malaysia | ||
| 2009 | Allahu Rabbi | Inteam | Inteam Records | Warner Music Malaysia | ||
| 2010 | Nur Muhammad (Bersama Kumpulan UNIQUE) | Inteam | Inteam Records | Warner Music Malaysia | ||
| 2013 | Iman & Aman | Inteam | Inteam Records | Warner Music Malaysia | ||
| 2015 | Miracle Hits Inteam | Inteam | Inteam Records | Sony Music Malaysia | ||
| 2017 | Zikir Hati | Inteam | Inteam Records | Inteam Records | ||
| 2020 | Inteam 20 Tahun | Inteam | Inteam Records | Masyhur/Universal Music Malaysia | ||
| DeHearty | 2004 | Di Hati | Musrad (Musa Exists) | NAR Records | NAR Records | |
| 2005 | Insan Istimewa | Musrad | NAR Records | NAR Records |
Karya, Single dan Kolaborasi
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Lagu/Karya/Album | Artis/ Penyanyi | Komposer | Lirik | Label |
|---|---|---|---|---|---|
| 2005 | Wanita | Dehearty | Hisyam Inteam | Hisyam Inteam | NAR Records |
| 2007 | Puteri Puteri | Inteam (bersama Hisyam Ahmad) | Hazamin Inteam | Hazamin Inteam | Inteam Records |
| 2007 | Ayah dan Ibu | Inteam (bersama Hisyam Ahmad) | Inteam | RR | Inteam Records |
| 2018 | Tenang Digiring Terang | Hisyam Inteam | G-Nola | Musrad | Ada Exists Music |
| 2020 | Wanita (2020) | Inteam | Hisyam Inteam | Hisyam Inteam | Inteam Records |
