UNIC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
UNIC
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreNasyid
Tahun aktif2002–kini
Syarikat rakaman
UNICDOTMY Pro Sdn Bhd
Laman sesawang
home.unic.my/
AhliBazli Hazwan
Fakhrul Radhi
Bekas ahliApen
Azlan
Fadzli Aziz
Wan Najdi
Fitri Haris
Hafiz Hamidun[1][2]
Wan Shah

UNIC ialah sebuah kumpulan nasyid Malaysia. Kumpulan ini merupakan rakan seangkatan kepada Inteam, Ae-man dan Mestica yang turut berada di bawah Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB). Album pertama mereka yang berjudul You And I See dikeluarkan pada 2002,[3] telah mencatatkan jualan melebihi 40,000 unit di seluruh Malaysia. Berdasarkan sambutan yang diberikan oleh peminat nasyid, sehingga kini UNIC telah bertahan selama 17 tahun dalam persada seni dan telah berjaya menerbitkan lapan buah album studio dan enam album kompilasi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah UNIC bermula ketika anggota-anggota asalnya iaitu Fitri, Bazli, Wan Shah dan Apen menganggotai kumpulan Dzil Afnan, sebuah kumpulan nasyid tetap di Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor sehingga kini di mana anggotanya bersilih ganti pada satu-satu masa. Menjadi fenomena industri nasyid pada masa itu, UNIC diperkenalkan menerusi kemunculan pertama mereka iaitu "Hanya Tuhan Yang Tahu" di bawah Hijjaz Records.[4]

Berbekalkan kepada pengalaman dan tenaga kerja yang sedia ada, UNIC telah menubuhkan UNIC Records yang kini dikenali sebagai UNIC Dot My Pro,[5] setelah menamatkan tempoh kontrak 8 tahun di bawah naungan Hijjaz Records pada awal tahun 2010. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan bahan‐bahan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat dan juga berfungsi sebagai pengedar kepada semua produk‐produk UNIC Records dan pelanggan UNIC.

UNIC terus bergerak maju bersama dengan dua buah lagi syarikat yang diuruskan mereka sendiri iaitu UNIC Nasyeed and Training Consultant (UNTC) dan UNIC Biotrade.[6][7] Setiap syarikat yang ditubuhkan mempunyai fungsi tersendiri dalam usaha mereka menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

“Hiburan Berilmu Rohani Terpandu” menjadi slogan mereka. Misi UNIC Records adalah untuk meneroka, berkembang dan menjalankan usaha dakwah menerusi bidang‐bidang yang diceburi selaras dengan kemajuan dan perkembangan negara.

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhannya (Tahun 2002), UNIC terdiri daripada 4 orang anak muda untuk album You And I See iaitu :

  1. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)
  3. Wan Sharifuddin bin Wan Hassan (Wan Shah)
  4. Mohd Afendi bin Haji Jahri (Apen, Fendi)

Setahun selepas itu (tahun 2003), UNIC telah menghasilkan album kedua mereka yang berjudul See You Di IPT. Namun dalam album ini, UNIC telah bertukar seorang anggota apabila Mohd Afendi bin Haji Jahri yang lebih dikenali sebagai Apen atau Fendi telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB) disebabkan masalah dalaman. Pengunduran Afendi dari UNIC telah menyebabkan kumpulan ini kekosongan seorang anggota. Akhirnya, UNIC telah menemui pengganti Afendi dengan kemasukan Mohammad Hafiz bin Hamidun yang kini lebih dikenali sebagai Hafiz Hamidun setelah beliau diberi tempoh percubaan selama 3 bulan bersama UNIC oleh pihak pengurusan.

  1. Mohammad Hafiz bin Hamidun (Hafiz, Pis)
  2. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
  3. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)
  4. Wan Sharifuddin bin Wan Hassan (Wan Shah)

Seterusnya pada tahun 2005, UNIC telah melancarkan album ketiganya yang berjudul Satu Tekad. Seperti yang diduga, UNIC sekali lagi bertukar seorang anggota apabila Wan Sharifuddin bin Wan Hassan yang lebih dikenali sebagai Wan Shah telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB) juga disebabkan masalah dalaman seperti yang berlaku kepada Afendi sebelum ini. Pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk memasukkan Ahmad Fadzli bin Abd Aziz yang lebih dikenali sebagai Fadzli UNIC atau Pali sebagai pelengkap barisan anggota UNIC dan Fadzli telah menggantikan Wan Shah untuk album ini.

  1. Mohammad Hafiz bin Hamidun (Hafiz, Pis)
  2. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
  3. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)
  4. Ahmad Fadzli bin Abd Aziz (Fadzli, Pali)

Pada tahun 2007, UNIC sekali lagi menghasilkan album keempat yang berjudul Tika Itu. Sayangnya, Mohammad Hafiz bin Hamidun atau Hafiz Hamidun telah mengambil keputusan untuk meninggalkan UNIC untuk memulakan karier solonya sehingga kini setelah menamatkan kontrak beliau dengan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB) Pada awal tahun 2006. Pengunduran Hafiz dari UNIC telah menyebabkan kumpulan ini tinggal hanya 3 orang anggota. Namun dalam album Tika Itu versi VCD, pihak pengurusan telah menampilkan Syed Mohd. Azlan bin Syed Amirruddin yang lebih dikenali sebagai Alan yang pernah menganggotai Kumpulan Rast untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hafiz Hamidun.

  1. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)
  3. Ahmad Fadzli bin Abd Aziz (Fadzli, Pali)

Pada tahun yang sama, Mohamad Fitri bin Mohamad Haris yang lebih dikenali sebagai Fitri atau Pit telah mengumumkan pengunduran beliau dari UNIC. Sebelum beliau mengundur diri, beliau sempat merakamkan album terakhirnya bersama UNIC yang berjudul Langkah Tercipta pada tahun 2009. Album ini juga merupakan album terakhir UNIC setelah 8 tahun bernaung di bawah pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB). Album ini telah menampilkan Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin yang lebih mesra dipanggil Fakhrul sebagai anggota baru kumpulan UNIC.

  1. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
  2. Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Fakhrul)
  3. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)
  4. Ahmad Fadzli bin Abd Aziz (Fadzli, Pali)
  5. Syed Mohd. Azlan bin Syed Amirruddin (Azlan, Alan)

Selepas album Langkah Tercipta diterbitkan, Alan telah menarik diri dari UNIC atas sebab-sebab tertentu menyebabkan kumpulan ini tinggal hanya 3 orang anggota iaitu :

  1. Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Fakhrul)
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)
  3. Ahmad Fadzli bin Abd Aziz (Fadzli, Pali)

Namun pada awal tahun 2015, UNIC sekali lagi kehilangan seorang anggotanya apabila Ahmad Fadzli bin Abd Aziz atau Fadzli UNIC telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan ini atas faktor kerjaya beliau yang semakin sibuk di TV AlHijrah. Pengunduran Fadzli dari UNIC telah menyebabkan kumpulan ini tinggal hanya 2 orang anggota iaitu :

  1. Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Fakhrul)
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)

Tetapi pada bulan September 2016, UNIC telah mengumumkan ahli terbaru kumpulan UNIC iaitu saudara Wan Najdi b. Wan Mohd Noh bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh saudara Ahmad Fadzli b. Abd Aziz. Beliau telah mengikuti aktiviti UNIC sejak pada awal tahun 2015 lagi seperti konsert amal dan lain-lain. UNIC mengumumkan ahli terbaru mereka melalui media sosial Instagram, Facebook dan Twitter UNIC. Kini, kumpulan ini sudah kembali bertiga iaitu :

  1. Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Fakhrul)
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)
  3. Wan Najdi bin Wan Mohd Noh (Imam Muda Najdi, Najdi, Adi)

Pada April 2017, UNIC adalah antara peserta yang telah berentap menerusi program terbaharu iaitu Gema Gegar Vaganza (GGV) yang mengangkat lagu ketuhanan sebagai konsep pertandingan. Mereka telah mempersembahkan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu pada minggu pertama.

Pada 21 Mei 2017, di konsert akhir Gema Gegar Vaganza (GGV), UNIC telah mempersembahkan lagu pertama mereka iaitu Ainul Mardiah dan lagu kedua battle bersama SAUJANA mempersembahkan lagu Kalah Dalam Menang. Melalui persembahan akhir tersebut UNIC telah dinobatkan sebagai JUARA untuk Gema Gegar Vaganza 2017 dengan hadiah kemenangan sebanyak RM 100,000 dan trofi. Semoga UNIC terus sukses!

Setelah 4 tahun bersama, UNIC sekali lagi seorang ahli iaitu Najdi yang telah mengundurkan dirinya pada 10 Jun 2020 di laman sosial Instagramnya. Namun begitu, beliau mengundur diri dari kumpulan tersebut kerana sudah lama tidak mengadakan persembahan di mana-mana acara sejak berlakunya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada 18 Mac 2020 yang lepas. Walau bagaimanapun, pengunduran Najdi tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang di dalam dunia seni dan secara tidak langsung kumpulan ini masih dianggotai oleh dua orang yang sama iaitu Bazli dan Fakhrul.


  1. Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Fakhrul)
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli, Bai)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • UNIC Greatest Hits (2015)
  • UNIC Zikir Munajat (2016)
  • The Best of UNIC (2018)
  • Kompilasi Doa & Zikir Munajat (2018)

Lagu dan single[sunting | sunting sumber]

  • "Ainul Mardhiah" (2017)
  • "Sucikan Hati" (2017)
  • "Sedar ft Caprice" (2017)
  • "Zinnirah" (2018)
  • "Langit Jingga" (2019)

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Penjenamaan nama kumpulan[sunting | sunting sumber]

Setelah menamatkan kontrak bersama Hijjaz Records, beberapa masalah telah timbul dan antaranya ialah penamaan nama rasmi UNIC. Hijjaz Records menyatakan bahawa nama UNIC adalah hak milik syarikat mereka. Dengan itu nama UNIQUE dan UNIQ telah digunakan sebagai ganti tetapi telah mendatangkan beberapa masalah seperti kekeliruan dalam kalangan peminat setia UNIC. Setelah mereka berbincang dengan pihak pengurusan Hijjaz Records, akhirnya mereka mendapat semula nama UNIC dan digunakan sehingga kini.

Selain itu, terdapat sumber yang mengatakan bahawa sebahagian bekas anggota UNIC telah berikrar bahawa mereka tidak mahu menyertai lagi UNIC sama ada melalui reunion mahupun berhubung lagi dengan UNIC. Antara anggota UNIC yang tidak ingin bersama reunion ialah Wan Shah. Walaubagaimanapun, Wan Shah masih mengekalkan hubungan baik dengan anggota UNIC yang lain iaitu Fitri dan Afendi.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Penghijrahan Hafiz Hamidun. Utusan Malaysia. Capaian 20 Mac 2012.
  2. ^ Dakwah terbaru Hafiz Hamidun. Utusan Malaysia. Capaian 20 Mac 2012.
  3. ^ Kumpulan Unic pop dakwah. Utusan Malaysia. Capaian 20 Mac 2012.
  4. ^ Unic susun strategi 2006. Utusan Malaysia. Capaian 20 Mac 2012.
  5. ^ 'Tidak selamanya kami menyanyi'. Harian Metro. Capaian 20 Mac 2012.
  6. ^ UNIC terus atur langkah. Harian Metro. Capaian 22 Mac 2012.
  7. ^ UNIC anjur kem. Harian Metro. Capaian 22 mac 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]