Demi Rindumu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Demi Rindumu
GenreDrama
Keluarga
Cinta
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Demi Rindumu karya Diya Jamal
Ditulis oleh
  • PGRs Team
  • Tinta Jingga
  • Okthi Amra
PengarahHaris Fadilah
Dibintangi oleh
Janna Nick
Sean Lee
Norman Hakim
Elvina Mohamad
Lagu pembukaanYang Satu - Akim & The Majistret
Lagu penutupKhayal - Stacy
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod16
Penerbitan
PenerbitWan Zamri bin Wan Abdul Kadir
Tempoh siaranIsnin - Khamis
10.00 malam
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
MNCTV (Sarikata Indonesia)
Siaran asal7 Oktober 2019 – 31 Oktober 2019
Kronologi
MengikutiCinta Belum Tamat Tempoh
Diikuti olehSatukan Rasa

Demi Rindumu ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2019 arahan Haris Fadilah. Dibintangi oleh Janna Nick, dan Sean Lee. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 7 Oktober 2019 menggantikan Cinta Belum Tamat Tempoh. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan.

Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya.

Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.

Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Nurhana merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Demi Rindumu. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin–Khamis, 10:00 Malam
Sebelumnya Demi Rindumu Berikutnya
Cinta Belum Tamat Tempoh Satukan Rasa