Elvina Mohamad
Elvina Mohamad | |
|---|---|
ايلۏين محمد | |
| Kelahiran | Norazlina Mohamad 25 Januari 1995 |
| Pusat pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan | Pelakon, Model |
Karya | Filemografi |
Datin Norzalina Mohamad atau lebih dikenali sebagai Elvina Mohamad (lahir 25 Januari 1995) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau terkenal dengan menerusi drama Cinta Si Wedding Planner, Shhh... I Love You, Jojie Gigil dan Takdir Yang Tertulis.[3]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau lahir pada 25 Januari 1995 di Teluk Intan, Perak Beliau merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik. Mempunyai darah campuran Melayu dan Vietnam. Elvina memiliki pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[4]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau mula terlibat dalam bidang lakonan menerusi drama Baby Ana Milik Siapa? (2014)[5] dan sejak itu mula aktif berlakon dalam beberapa buah drama dan telefilem.
Beliau muncul dalam drama Cinta Si Wedding Planner dan Suamiku Paling Sweet sebagai watak pembantu. Seterusnya, beliau berlakon dalam drama bertajuk, Shhh... I Love You, dan Mariam Alisa sebagai watak utama. Ketiga-tiga drama tersebut disiarkan di Slot Akasia TV3.
Selain itu, beliau juga membintangi drama bertajuk Jojie Gigil yang ditayangkan di TV3 menerusi Slot Dahlia. Drama ini juga dapat ditonton terlebih dahulu di laman sesawang Tonton.com.my sebelum ditayangkan di TV3.
Kerjaya filem beliau bermula pada 2016 apabila pelakon dan pengarah veteran Ahmad Idham menawarkan beliau berlakon dalam filem Mat Moto Otai yang dibintangi oleh Opie Zami, Eizlan Yusof dan Cat Farish. Beliau kemudian membintangi filem Zombitopia (2021) arahan Woo Ming Jin, lakonan bersama Shaheizy Sam dengan memegang watak sebagai Zooey.[6]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada 18 Mac 2018, Beliau telah sah menjadi isteri kepada Dato' Mohd Haniff Borhan yang merupakan seorang usahawan permotoran. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Asy-Syakirin KLCC, Mohd Radhi Abdul Ghani, kira-kira jam 3.25 petang.[7]
Elvina dan Mohd Haniff dikurniakan seorang anak lelaki sulung yang bernama Karl Mateen yang dilahirkan pada 1 Disember 2018.[8]
Pada 20 April 2023, Beliau selamat melahirkan anak lelaki keduanya yang bernama Ean Maleeq.[9]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan Pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 | Artis Baru Wanita Popular | Elvina Mohamad | Tercalon |
| 2021 | Anugerah Drama Sangat 2021 | Anugerah Khas Barisan Pelakon Terbaik Drama | Elvina Mohamad
(Takdir Yang Tertulis) |
Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Sudirman Mohd Tahir (18 Mac 2018). Elvina dah jadi Datin Harian Metro. Dicapai pada 18 Jun 2018.
- ↑ Aida Rismariza Kamarudin (15 Mac 2018). "Terus berlakon walau bergelar Datin". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2018. Dicapai pada 25 September 2018.
- ↑ Syafil Syazwan Jefri (23 Julai 2018). Elvina teguh hadapi dugaan Harian Metro. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
- ↑ "Tuah Nama Elvina - Selebriti". Utusan Online. Utusan Malaysia. 21 Ogos 2016. Dicapai pada 5 April 2017.
- ↑ "Jadi tanggungjawab beri yang terbaik". Harian Metro. 5 Mac 2017. Dicapai pada 5 April 2017.
- ↑ Farihad Shalla Mahmud (20 Julai 2021). "Elvina malu terkam Sam dalam Zombitopia". Berita Harian. Dicapai pada 26 Julai 2021.
- ↑ Aqmar Mustaza (18 Mac 2018). Sah bergelar isteri, Elvina jadi Datin muda Sinar Harian. Dicapai pada 25 Mac 2018.
- ↑ Rudy Imran Shamsudin (30 November 2018). Elvina dapat anak lelaki Harian Metro. Dicapai pada 3 Disember 2018.
- ↑ NuFa (24 April 2023). Datin Elvina Selamat Lahirkan Cahaya Mata Lelaki Ke-2, Nama Ringkas Jadi Pilihan Pa&Ma. Dicapai pada 5 September 2023.