Janna Nick

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Janna Nick
Janna Nick.jpg
Janna Nick pada Ogos 2015.
Kelahiran Nurul Jannah binti Muner
(1995-06-01) 1 Jun 1995 (umur 21)
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pusat pendidikan Maktab Rendah Sains MARA Pendang
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas
Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif 2012-kini
Ejen LOL Entertainment (2017-kini)[1]
Terkenal kerana Syurga Nur
Kau Aku Kita
Anakku Diva
Ketinggian 5 ft 5 in (1.65 m)
Saudara Muhammad Firdaus Muner (abang)
Nurul Balqish Muner (adik)
Nur Iris Rose Sofea Muner (adik)
Kerjaya muzik
Genre Pop
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2016 – kini
Label Hikayat Records

Nurul Jannah binti Muner[2] (dilahirkan pada 1 Jun 1995) atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia berketurunan Melayu, Cina dan Pakistan.[3] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan memegang watak tambahan dalam telefilem Cinta Vlog (2012). Beliau mula dikenali secara meluas menerusi peranan signifikannya sebagai Nur Jannah dalam siri drama waktu perdana yang diiktiraf secara kritikal, Syurga Nur (2015) bersama Azrel Ismail dan Amar Asyraf, dan meraih penghargaan seterusnya menerusi watak utama sebagai Iman Firdaus dalam siri drama, Kau Aku Kita (2015) bersama Saharul Ridzwan yang mana beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016. Selepas Kau Aku Kita tamat, beliau membintangi drama Anakku Diva sebagai Melati dan Suami Tanpa Cinta sebagai Ain Syifa.

Dalam teater, beliau memegang watak sebagai Me Mang Nak dalam pementasan teater Zombie La La La yang dipentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 21 Februari 2016. Sebagai penyanyi,[4] beliau telah melancarkan single pertama yang bertajuk "Mungkin Saja" pada 23 Januari 2016 yang menjadi percubaan sulung beliau dalam bidang muzik. Pada Mei 2016, beliau dilantik sebagai duta dan jurucakap bagi portal pendidikan FullAMark yang dimiliki oleh The New Straits Times Press[5] dan juga dilantik sebagai duta dan jurucakap bagi produk kecantikan Fantasi Colour Cosmetic (FCC).

Beliau beralih kepada peranan yang lebih kedewasaan menerusi drama waktu perdana di Slot Akasia TV3 Biar Aku Jadi Penunggu bergandingan bersama Ashraf Muslim.[6] Selain itu, Janna membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem sulung lakonannya, Kimchi Untuk Awak (2017) memegang watak antagonis bernama Zara serta drama bertajuk Dia yang juga akan bersiaran di Slot Akasia TV3 nanti.[7][8]

Sepanjang kerjaya lakonannya, Janna telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 bagi Aktres Pilihan dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 bagi Artis Baharu Wanita Paling Popular. Pada Februari 2017, beliau menyertai LOL Entertainment bagi menguruskan kerjaya seninya.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Janna Nick dilahirkan pada 1 Jun 1995 sebagai Nurul Jannah binti Muner di Sungai Petani, Kedah, berdasarkan dokumen kelahirannya dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keluarganya.[9] Adik-beradik beliau ialah abang sulungnya, Mohamad Firdaus, dua adik perempuannya, Nurul Balqish dan Nur Iris Rose Sofiea. Beliau berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya. Janna juga bergiat aktif dalam pasukan sorak di sekolah bersama adiknya, Janna juga pernah bergiat aktif dalam pertandingan nyanyian semasa zaman persekolahannya. Beliau sekeluarga pernah menetap di Amsterdam, Belanda selama 3 tahun sewaktu Janna Nick masih kecil.[10]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2012–2014: Permulaan kerjaya dan kejayaan[sunting | sunting sumber]

Janna Nick memulakan kerjaya awalnya sebagai model iklan komersial dan video korporat sebelum muncul dalam pelbagai rancangan televisyen. Ketika itu, usia beliau dalam 5 hingga 7 tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana mahu menumpulan perhatian pada pendidikannya. Janna mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arau, Perlis tetapi menolak kerana ingin menumpukan kepada bidang lakonan. Janna berhasrat untuk meneruskan pengajian di ibu negara. Berminat dengan bidang lakonan sejak kecil dan sering memaksa ibunya membawa kemana ke mana-mana sesi uji bakat diadakan. Cita-citanya mahu menjadi pelakon dan usahawan berjaya. Selepas mendapat keputusan A dalam semua subjek mata pelajaran sekolah, Janna terus memohon keluar dari MRSM untuk bersekolah harian biasa. [11]

Lakonan pertamanya pada 2012 ialah menerusi telefilem Cinta Vlog, yang mana beliau memegang watak pembantu sebagai Risa, bersama-sama dengan pelakon utamanya, Aliff Aziz dan Wawa Zainal, telefilem ini disiarkan di TV9. Seterusnya beliau berlakon dalam drama Ikatan, bersama-sama dengan Ayu Raudhah dan Iqram Dinzly, ia bersiaran di TV2. Pada 2013, beliau membawakan peranan sebagai Elle dalam siri TV Jodoh lakonan Dazrin Kamarudin yang bersiaran di Astro Ria dan sebagai Nur dalam siri Tanah Kubur (Musim 8) episod "Minyak Murai Gila" di Astro Oasis. Janna Nick memegang dua peranan dalam dua siri televisyen di TV1, iaitu watak sebagi Astri dalam Syurga Di Wajahmu dan watak sebagai Aishah dalam Di Penghujung Dendam. Beliau turut membintangi drama online, Dan Calonnya Adalah di laman web Tonton.com.my, memegang watak sebagai Shai. Pada tahun berikutnya, Janna membawakan kembali watak Elle dalam musim kedua siri drama Jodoh, seterusnya beliau muncul dalam dua drama TV, Puasa Oh Puasa dan Kasih Berbisik.

2015–2016: Kejayaan bersama Syurga Nur dan Kau Aku Kita[sunting | sunting sumber]

Pada 2015, namanya menjadi perhatian ramai apabila bergandingan bersama Amar Asyraf dan Azrel Ismail menerusi siri drama Syurga Nur, yang mana beliau memegang watak utama sebagai Nur Jannah, drama ini diarahkan oleh Azman “Jinggo” Yahya dan diterbitkan oleh Sheila Rusly menerusi JS Pictures dan disiarkan di Slot Akasia TV3, drama ini mengisahkan Nur yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Drama ini turut dibintangi oleh Raja Ilya, Dayana Roza, Erwin Dawson[12] Janna berlakon dalam drama 60 episod, Keluarga Karaoke yang mana beliau membawakan watak sebagi Shirley. Drama yang disiarkan di Astro Mustika HD dan Astro Bella ini turut dibintangi oleh Elyana, Raja Ema, Sherry Ibrahim dan Elfaeza Ul Haq. Profil beliau sebagai pelakon terus berkembang dengan membintangi telefilem Bila Cinta Berbunga lakonan Uqasha Senrose dan Zahiril Adzim yang bersiaran di TVi, Janna memegang watak pembantu sebagai Amira. Beliau turut membintangi drama Bila Hati Telah Hitam di Astro Oasis menerusi episod "Fanatik" dengan memegang watak lakonannya sebagai Azwa. Pada tahun sama, beliau berlakon bersama Idris Khan, Cat Farish dan Shahz Jaszle menerusi drama Abang Sado Jemur Kain yang bersiaran di Slot Iris TV3. Janna juga membintangi muzik video lagu "Mikraj Cinta" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, dalam muzik video ini, Janna memegang watak sebagai seorang wanita yang sedang asyik berselfie sambil memandu keretanya sehingga mengakibatkan kemalangan yang mengorbankan tiga sekeluarga. Beliau turut membintangi drama online, Si Montel di HyppTV.[13]

Pada tahun yang sama, Janna kemudiannya membintangi dua telefilem di TV1Bejalai (watak sebagai Julia) dan Cinta & Coklat (watak sebagai Sheila), serta satu telefilem di TV3, Sayang Suria. Beliau sekali lagi bekerja di bawah bimbingan Sheila Rusly dan suami, Azman Yahya menerusi siri drama Kau Aku Kita yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Orkid Edyliyne terbitan Fajar Pakeer, beliau memegang watak sebagai Iman Firdaus,[14] bergandingan bersama Saharul Ridzwan sebagai Im Aus dan bersiaran di TV3 menerusi Slot Lestary.[14] Drama ini melayakkan beliau memenangi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016.[15] Gandingannya bersama Saharul juga memenangi Pasangan Pilihan di anugerah sama, drama Kau Aku Kita mencapai penarafan sebanyak 4.7 penonton, pertama kali dalam Slot Lestary dan paling tertinggi dalam drama adaptasi dan sejarah televisyen Malaysia. Pada 2016, beliau berlakon dalam drama Anakku Diva di TV3 dan Suami Tanpa Cinta di Astro Ria, beliau bergandingan bersama Shukri Yahaya dan memegang watak sebagai Ain Syifa.[16] Janna meluahkan rasa syukur diatas penerimaan penonton terhadap keserasian beliau bersama Shukri Yahaya di dalam drama itu. Namun beliau akan cuba untuk mengelak melakukan adegan berpelukan melampau sehingga boleh menimbulkan kemarahan.[17][18] Beliau juga melibatkan diri dalam pementasan teater apabila membintangi teater yang bertajuk Zombie La La La yang dipentaskan pada 13 hingga 21 Februari 2016 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, beliau memegang watak utama sebagai Me Mang Nak.[19]

2016–kini: "Mungkin Saja", peralihan ke peranan dewasa dan puncak populariti[sunting | sunting sumber]

Janna semasa memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016.

Pada Januari, Janna melancarkan single sulungnya, "Mungkin Saja"[20][21] yang menjadi lagu tema drama Suami Tanpa Cinta lakonannya. Ia menjadi percubaan sulungnya dalam industri muzik Malaysia, lagu yang berentak pop ini dicipta dan ditulis oleh Kuncidemak dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Hikayat Records. Bagaimanapun, Janna menepis tuduhan segelintir pihak kononnya beliau semakin tamak dalam mengejar populariti apabila membuat keputusan untuk menjadi penyanyi.[22][23] Ternyata percubaan terbarunya sebagai penyanyi membuahkan hasil apabila "Mungkin Saja" telah terpilih untuk layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 31. Lagu ini juga menduduki tangga ke-11 di Carta Era. Semua ini juga adalah sebagai memenuhi permintaan para peminatnya yang mengikuti perkembangan kerjaya lakonnya.[24] Pada Mac, Janna memenangi anugerah Aktres Pilihan dan Pasangan Pilihan (bersama Saharul Ridzwan) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur menerusi lakonannya dalam drama Kau Aku Kita, ini merupakan anugerah pertama yang dimenanginya.[25] Pada April, beliau menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 menerusi kategori Artis Baharu Wanita Popular, tetapi tewas kepada pelakon drama Cinta Si Wedding Planner, Mira Filzah serta pencalonan di Anugerah Melodi 2016 anjuran TV3, Harian Metro dan Hot FM. Pada masa yang sama, beliau membintangi telefilem Anak Ibu Buangan Ibu arahan Ellie Suriati yang bersiaran di Slot Cerekarama TV3 pada 5 Mac sempena Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) beliau memegang watak sebagai Putri Aishah, seorang remaja yang degil dan nakal, telefilem ini turut dibintangi oleh Johan As'ari, Aida Aris dan Azri Iskandar.[26] Pada bulan yang sama, Janna menerima dua pencalonan di Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) bagi kategori Aktres Terbaik Pilihan Online (beliau dicalonkan bersama Ayda Jebat, Mia Ahmad, Mira Filzah dan Zara Zya) dan Wanita Anggun Pilihan DNARS, anugerah APO2016 dianjurkan oleh mStar Online dan stesen radio Suria FM, untuk mengiktiraf kepentingan media digital dan mereka yang telah membuat perbezaan di platform, anugerah APO2016 diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 30 April.[27][28]

Beliau turut membuat penampilan khas dalam sitkom J.K.K di TV3 menerusi episod "Hari Keluarga". Selepas muncul dengan beberapa projek televisyen dan single terbaru, Janna memperlahankan aktiviti lakonan kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak.[29] Beliau mengakui teruja menanti ketibaan Ramadan kerana sudah lama tidak berehat panjang apabila sering diasak kesibukan hingga menyebabkan ibunya mengeluh ekoran dirinya jarang mempunyai masa bersama keluarga dan hanya akan kembali ke lokasi penggambaran seminggu selepas sambutan Aidilfitri nanti,[29] sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Janna membintangi dua teledrama khas sempena Hari Lebaran, Kau Aku Kita Raya di TV3 dan Syurga Tanpa Cinta Raya di Astro Ria, beliau juga tampil sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Ketuk-Ketuk Syawal di TV1 dan sebagai pelakon dengan watak sebagai Sakinah dalam telefilem Tragedi Hari Raya di Astro Prima.[29]

Pada Oktober, Janna membatalkan hasrat untuk menarik diri daripada saingan separuh akhir Muzik Muzik 31 pada 4 November selepas dipujuk komposer dan penulis lirik lagu nyanyiannya "Mungkin Saja" iaitu Kunci Demak, sebelum ini dia berhasrat untuk menarik diri kerana merasakan dirinya kurang kemampuan sebagai penyanyi.[30][31][32] Kegagalan "Mungkin Saja" ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak mematahkan semangat Janna untuk tampil dengan lagu kedua.[33] Dalam pada itu, Janna memaklumkan dirinya bakal terbabit dengan penggambaran drama 60 episod berjudul Dia, hasil kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia. Dalam drama berkenaan, beliau bakal bergandingan dengan pelakon Indonesia, Irwansyah.[34] Beliau bergandingan bersama Ashraf Muslim dalam drama Biar Aku Jadi Penunggu yang kini bersiaran di Slot Akasia TV3, Janna memegang watak sebagai Iffat Hamani.

Janna membuat kemunculan sulung di layar lebar menerusi filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.[35] Penggambaran filem yang diadaptasi daripada novel karya Suri Ryana dengan judul sama ini juga dijalankan di Seoul, Korea Selatan. Turut membintangi filem ini ialah Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong dan Natasha Elyzza, filem ini mengisahkan tentang Bella, seorang pelajar di universiti Korea Selatan menghabiskan cuti semesternya di Malaysia. Hidup Bella menjadi kucar-kacir sejak insiden dia terlanggar seorang lelaki kacukan Melayu Korea bernama Danial Lee Jae Hwan. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 30 Mac 2017, beliau memegang watak antagonis bernama Zara.[36]

Beliau sekali lagi bergandingan bersama Saharul Ridzwan dalam supertelefilem bertajuk Bo Bajet arahan Bak Chee Hong. Demi tuntutan watak sebagai inspektor polis, Janna sanggup memotong pendek rambutnya seperti lelaki.[34] Filem televisyen ini akan ditayangkan di Astro First Eksklusif (Saluran 480) atau Astro On Demand bermula 27 April 2017.[37] Janna dijangka bakal melancarkan single terbaru bertajuk "Lena Yang Tenang" hasil nukilan penyanyi muda yang sedang meningkat naik Ippo Hafiz dan liriknya ditulis sendiri oleh beliau.[38]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Menjadi antara pelapis pelakon generasi baharu yang meningkat naik tidak pernah sesekali membuat dirinya terawang-awangan. Tidak pernah termakan pujian dan populariti yang dikecapi, Janna enggan dihanyutkan dengan gelombang yang tidak pernah bertepi. Beliau sentiasa berwaspada dan mengingatkan diri tentang tujuan utama memasuki bidang seni, glamor dan popular bukan menjadi keutamaannya. Baginya dia yakin hal yang satu itu akan datang dengan sendiri seandainya dia ikhlas dalam pekerjaan yang dilakukan.[39] Sepanjang menjadi pelakon, Janna mengaku dirinya tidak lagi boleh mempercayai orang lain dengan mudah dalam usaha mengelakkan kontroversi daripada berulang sambil turut melihat kontroversi yang dihadapinya sebagai ruang untuk bermuhasabah diri.[40] Janna juga berhasrat mencabar dirinya sebagai pengacara sekali gus mahu menggapai gelaran sebagai artis versatil.[41][42][43]

Dalam pada itu, Janna mengakui ibunya tidak ambil peduli soal kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini. Sebaliknya, Janna menjelaskan ibunya lebih mengenali dirinya berbanding orang lain serta beliau tahu situasi sebenar. Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa kepercayaan yang diberikan oleh ibunya tidak disia-siakan dan sebagai anak, Janna akan pastikan ibunya sentiasa gembira dengan setiap perkara yang dilakukannya.[44]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Perang mulut dengan Ruhainies[sunting | sunting sumber]

Janna Nick didakwa memuat naik video beserta kaspyen yang mencemuh pelakon drama Hello, Mr. Perfect!, Ruhainies Farehah di akaun Instagram miliknya pada April 2016. Perselisihan antaranya dengan Ruhainies mula menjadi bualan apabila Janna dikatakan menghasut pengarah Michael Ang untuk menyingkirkan Ruhainies sebagai antara teraju filem pertama arahannya, Kimchi Untuk Awak. Salah faham itu bagaimanapun, terlerai apabila Ruhainies memilih untuk berdamai.[45] Janna tampil menjawab dakwaan Ruhainies berhubung isu rakaman video yang dimuat naik dan keterangan gambar yang dikatakan mencemuh dirinya itu. Dengan meluahkan isi hatinya, Janna Nick mempertahankan tindakannya memuat naik rakaman video berkenaan, Janna berkata beliau memuat naik video itu sebab hendak menjelaskan keadaan sebenar.[45] Ini kerana terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan Ruhainies yang menganggapnya tidak matang adalah tidak betul. Janna berkata, dia memilih untuk berdiam diri pada mulanya kerana menyangka isu itu tidak berpanjangan dan malas melayan 'kerenah' adik pelakon Nur Risteena itu lagi.[45][46][47]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2016 Kerja Kahwin[48][49] Farah Anwardi Jamil Pelakon utama
2017 Kimchi Untuk Awak Zara Michael Ang Pelakon pembantu

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Memegang watak sebagai Iman Firdaus dalam drama Kau Aku Kita.
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Cinta Vlog Rissa TV9
2014 Aku Bukan Orang Gaji Tuty TV1
2015 Bejalai Julia TV1
Bila Cinta Berbunga Amira TV1
Sayang Suria Suria TV3
Cinta & Coklat Sheila TV1
2016 Isteriku Miss Sally Salihah TV1
Hilangnya Kasih Qaisara TV9
Anak Ibu Buangan Ibu Putri Aisyah TV3
Mek Kelate Mek Tie TV3
Suami Tanpa Cinta Raya Ain Syifa ASTRO Ria
Tragedi Duit Raya Sakinah ASTRO Prima
Kau Aku Kita Raya Iman Firdaus TV3
Mat Salleh Sangat Mimi TV1
Gadis Kampung Paling Popular Maya TV3
Tangisan Izara Raihana TV3
Tribute P. Ramlee : Aku dan Dia Izara TV1
2017 Di Pintu Syurga Jannah TV3
Tesis Cinta Untuk B Bella TV2
Trauma Roza TV3
Bobajet Inspektor Siti ASTRO First
Menantu Material Emilya HyppSensasi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Ikatan TV2
2013 Jodoh 1 Elle ASTRO Ria
Tanah Kubur - Episod Minyak Murai Gila (Musim 8) Nur ASTRO Oasis
Syurga Di Wajahmu Astri TV1
Dan Calonnya Adalah Shai tonton.my
Di Penghujung Dendam Aishah TV1
2014 Jodoh 2 Elle ASTRO Ria
Puasa Oh Puasa 1 Cikgu Emma ASTRO Ceria
Kasih Berbisik
2015 Keluarga Karaoke Shirley ASTRO Mustika
Bila Hati Telah Hitam -Episod Fanatik Azwa ASTRO Oasis
Anak Ke-5 Marina TV9
Syurga Nur Nur Jannah TV3
Abang Sado Jemur Kain Yana TV3
Si Montel HyppSensasi
Terlanjur Mencintaimu Sofea TV2
Kau Aku Kita Iman Firdaus TV3
2016 Anakku Diva Melati TV3
Kopi Sentul Mocha Santorini Alya TV1
Jawatankuasa Kampung Kalut(J.K.K.) - Episod Hari Keluarga Sweet TV3
Suami Tanpa Cinta Ain Syifa ASTRO Ria
2000 KM Ke Al-Haram Inas TV1
Biar Aku Jadi Penunggu Ifaat Hamani TV3
2017 Cerita Dari Mastika -Episod Ratah Janin Sendiri Nia ASTRO Prima/ Maya HD
Dia (Akan Datang - Slot Akasia 60 Episod) Aira TV3

Siri televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 CCTV (Suami Tanpa Cinta Special) Dirinya sendiri, pelakon utama ASTRO Ria
Pernah Makan Tak? Dirinya sendiri, tetamu jemputan TV9 / TV3
Ketuk-Ketuk Syawal Dirinya sendiri, tetamu jemputan TV1
Sembang Teh Tarik Kaw Dirinya sendiri, tetamu jemputan ASTRO Warna/ ASTRO Mustika
Kelab Komedi (Musim 2) Dirinya sendiri, tetamu jemputan TV9

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Peranan
2016 Zombie La La La Me Mang Nak[50] Pelakon utama

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Kedudukan Catatan
ERA FM
[51]
Hot FM
[52]
Muzik Muzik
[53]
2016 "Mungkin Saja"[54][55][56][57][58][59][60] 11 - - OST Suami Tanpa Cinta

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik video
Tahun Lagu Artis
2013 Kayangan Hyper Act
2015 Mikraj Cinta[61] Dato' Siti Nurhaliza

Kedermawanan dan pengendorsan[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mei 2016, Janna Nick bersama-sama dengan Amar Asyraf, Fattah Amin, Fasha Sandha, Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose telah dilantik oleh TV3 sebagai duta bagi kempen Syukur Selalu 2016.[62] Janna bersama Amar dan Hafidz tampil dalam iklan pendek 'Ilmu' yang mengisahkan kecerdikan dan kesungguhan Amar dalam menjalankan bisnes baju raya manakala Janna pula seorang peniaga tudung yang tidak pandai untuk memikat hati pelanggan.[62] Amar tidak lokek ilmu untuk membantu Janna melariskan jualannya. Akhirnya, mereka berdua bergabung untuk memberikan pakej hebat kepada Hafidz (pelanggan) yang ingin membeli baju raya dan tudung untuk keluarganya.[62]

Beliau juga dilantik sebagai duta bagi portal pendidikan interaktif, FullAMark[5] yang merupakan salah satu inisiatif oleh Media Prima Berhad untuk memudahkan proses pembelajaran di rumah. Ia diwujudkan selari dengan perkembangan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.[5] Pada September, beliau dilantik sebagai ‘wajah’ bagi produk kecantikan Farmasi Colour Cosmetic (FCC).[63] Pemilihan Janna menjadi rasmi menerusi majlis khas yang berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur. Mengulas pemilihan sebagai duta, Janna berkata, beliau gembira kerana diberi peluang menjadi wajah bagi produk tempatan yang berkualiti dan halal.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Janna Nick
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 Aktres Pilihan (Kau Aku Kita) Menang
Pasangan Pilihan (bersama Syarul Ridzwan) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Artis Baharu Wanita Popular Dicalonkan
Anugerah Pilihan Online 2016[64] Aktres Terbaik Pilihan Online Dicalonkan
Wanita Anggun Pilihan DNARS Dicalonkan
Anugerah Melodi[65] Personaliti Drama Melodi Dicalonkan
Personaliti Sensasi Melodi Dicalonkan
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon TV Wanita Popular Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Arina Azlan (25 Februari 2017). Janna Nick milik LOL Kosmo!. Dicapai pada 25 Februari 2017.
  2. ^ Profil Janna Nick MySumber.
  3. ^ "Graf cemerlang Janna Nick". Kosmo!. 2016-12-17. Dicapai pada 2017-02-03. 
  4. ^ Hizreen Azleena Kamal (2017-02-25). "When popular actors become singers". New Straits Times. Dicapai pada 2017-02-25. 
  5. ^ a b c C., PREMANANTHINI (2016-05-20). "FullAMark to provide students with new exam tools". The New Straits Times. Dicapai pada 17 Jun 2016. 
  6. ^ Hasbullah Awang Chik (2016-11-29). "Janna Nick tetap serasi walau batasan Ashraf Muslim". The Malay Mail. Dicapai pada 2017-02-14. 
  7. ^ "Tidak lagi mudah melatah". Metro Ahad. 2017-01-22. Dicapai pada 2017-02-12. 
  8. ^ "Penantian jodoh Janna Nick". Kosmo!. 2016-12-22. Dicapai pada 2017-02-12. 
  9. ^ Encik Shino (14 September 2016). "Profil Janna Nick". Dicapai pada 2016-10-01. 
  10. ^ Alif Fadli Mohd Sori (2016-07-13). "Sederhana Janna Nick". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2017-02-03. 
  11. ^ "Diva, tiada dalam kamus". Utusan Malaysia. 2016-04-22. Dicapai pada 17 Jun 2016. Janna Nick berlakon sejak umur 16 tahun, bukan populariti yang dicari 
  12. ^ Zaa, Zaini (2015-08-17). "Drama Syurga Nur ubah peribadi Janna". Agenda Daily. Dicapai pada 17 Jun 2016. 
  13. ^ "Janna pelapis primadona Melayu?". Utusan Malaysia. 2016-03-27. Dicapai pada 17 Jun 2016. 
  14. ^ a b Marina Sahabudin (2015-12-31). "Tuah Iman Firdaus". Sinar Harian. Dicapai pada 17 Jun 2016. 
  15. ^ Azlan, Arina (2016-03-20). "Rezeki Kau, Aku, Kita". Kosmo!. Dicapai pada 17 Jun 2016. 
  16. ^ Zaidi Mohamad (2 Jun 2016). "Peminat tak puas tonton gandingan Shukri, Janna Nick". BH Online. Dicapai pada 17 Jun 2016. 
  17. ^ Hazawani Ariffin (14 April 2016). "Janna Nick Elak Adegan Berpelukan Melampau, Tidak Mahu Dikritik Peminat". RotiKaya. Dicapai pada 17 Jun 2016. 
  18. ^ "Janna Nick Elak Lakonan Terlalu Over, Tidak Mahu Berpelukan". MyNewsHub. 14 April 2016. Dicapai pada 17 Jun 2016. 
  19. ^ Zainal, Ramlah (2016-03-15). "Janna kian serasi berteater". Harian Metro. Dicapai pada 17 Jun 2016. 
  20. ^ "Janna Nick anak emas Hikayat Records?". Utusan Malaysia. 2016-03-07. Dicapai pada 2017-02-03. 
  21. ^ "Selepas Berlakon Janna Nick Menyanyi Pula". Sinar FM. 2016-02-26. Dicapai pada 2016-03-01. 
  22. ^ Jemag Rahman (2016-02-25). "Pelakon Janna Nick Dituduh Tamak Kerana Menjadi Penyanyi". mStar Online. Dicapai pada 17 Jun 2016. 
  23. ^ Yusop, Nor Eryani (2013-05-25). "Janna Nick terima teguran peminat". Kosmo!. Dicapai pada 17 Jun 2016. 
  24. ^ "Janna Nick: Berlakon tetap keutamaan saya". Sinar Harian. 2016-02-04. Dicapai pada 2017-02-03. 
  25. ^ Farhana Ab Rahman (2016-04-20). "Janna terkilan sering terpalit kontroversi". Berita Harian. Dicapai pada 2017-02-04. 
  26. ^ "Anak Ibu Buangan Ibu (Cerekarama TV3)". MyInfoTaip.com. 2016-03-05. Dicapai pada 2017-02-04. 
  27. ^ Lim, Jarod (1 April 2016). "Actress Janna Nick on her nomination in APO2016". The Star Online. Dicapai pada 2017-02-03. 
  28. ^ Mohd Al-Qayum Azzizi (1 April 2016). "Finalis APO2016: Janna Nick Tidak Gemar Bazirkan Wang". The Star Online. Dicapai pada 2017-02-03. 
  29. ^ a b c Zaidi Mohamad (4 Jun 2016). "Janna Nick kurangkan aktiviti lakonan sepanjang Ramadan". BH Online. Dicapai pada 2017-02-04. 
  30. ^ Sudirman Mohd Tahir (2016-10-26). "Janna Nick buat pusingan 'U'". Harian Metro. Dicapai pada 2017-02-04. 
  31. ^ Wahi Aziz (2016-11-02). "Janna Nick tak peduli isu dolak-dalik sertai Muzik-Muzik". mSTAR Online. Dicapai pada 2017-02-04. 
  32. ^ ""Saya Pilih Berlakon" - Janna Nick". Rojak Daily. 2016-11-16. Dicapai pada 2016-12-01. 
  33. ^ Nabihah Hamid (2016-11-23). "Tidak putus asa, Janna Nick terus nyanyi selepas gagal Juara Lagu (VIDEO)". The Malay Mail. Dicapai pada 2017-02-04. 
  34. ^ a b Zaidi Mohamad (23 November 2016). "Janna potong rambut seperti lelaki demi watak polis". Berita Harian. Dicapai pada 2017-02-04. 
  35. ^ "From the girl-next-door to villain". New Straits Times. 30 January 2017. Dicapai pada 2017-02-07. 
  36. ^ "Mahu watak jahat lagi". Harian Metro. 29 Mac 2017. Dicapai pada 2017-02-04. 
  37. ^ "Janna Nick mahu keluar dari kepompong". Sinar Harian. 11 April 2017. Dicapai pada 20 April 2017. 
  38. ^ "Janna Nick Tak Kejar Pengiktirafan Sebagai Penyanyi". mSTAR Online. 29 Mac 2017. Dicapai pada 20 April 2017. 
  39. ^ Syed Mahdi, Syed Mussaddad (2016-08-07). "Enggan ditenggelami populariti". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2017-02-03. 
  40. ^ Mohamad, Zaidi (2016-07-29). "Kontroversi ruang bermuhasabah diri - Janna Nick". Berita Harian. Dicapai pada 2017-02-03. 
  41. ^ "Janna Nick idam gelaran versatil". Sinar Harian. 2016-08-25. Dicapai pada 2017-02-04. 
  42. ^ "Antara minat, lenyap dan pintu hati Janna Nick". Kosmo!. 2016-07-16. Dicapai pada 2017-02-04. 
  43. ^ Nurul Fadila Awaludin (2017-02-02). "Janna positif telan kontroversi". Kosmo!. Dicapai pada 2017-02-07. 
  44. ^ Ruhaya Hamid (30 Mei 2016). MAK SAYA TAK AMBIL PEDULI – JANNA NICK InstaOnline. Dicapai pada 1 Jun 2016.
  45. ^ a b c Mohamad, Zaidi (24 April 2016). "'Perang' Janna Nick- Ruhainies terus hangat". Berita Harian. Dicapai pada 2017-02-03. 
  46. ^ "Janna Luah Di Twitter, Dah Letih Nak 'Gaduh' Dengan Ruhainies". MyNewsHub. 24 April 2016. Dicapai pada 2017-02-19. 
  47. ^ "Janna Nick Malas Layan Kerenah Ruhainies". Malaysian Digest. 25 April 2016. Dicapai pada 2017-02-19. 
  48. ^ Ashari, Amirul Haswendy (2015-12-06). "Misi dan visi Kerja Kahwin". Harian Metro. Dicapai pada 2016-07-18. 
  49. ^ Mohammad, Hidayah (2016-07-18). "Kerja Kahwin bersaing pada festival filem di Perancis". Berita Harian. Dicapai pada 2016-07-18. 
  50. ^ Zombie La La La janji hibur penonton Utusan Malaysia. 7 Februari 2016.
  51. ^ "Carta ERA 40". ERA FM. 
  52. ^ "Hot FM 30". Hot FM. 
  53. ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik. 
  54. ^ "Impian terbesar Janna Nick". Utusan Malaysia. 2016-03-03. Dicapai pada 2017-02-03. 
  55. ^ "Janna nafi tiru Ayda Jebat". Harian Metro. 2016-02-26. Dicapai pada 2017-02-03. 
  56. ^ Nina Sharom (2016-02-23). "Saya tak setanding Ayda Jebat". Sinar Harian. Dicapai pada 2017-02-03. 
  57. ^ "Mungkin Saja kata Janna Nick". Hot FM. 2016-02-24. Dicapai pada 2016-02-24. 
  58. ^ "Janna nafi tiru Ayda Jebat". Harian Metro. 2016-02-26. Dicapai pada 2017-02-03. 
  59. ^ "Mungkin Saja". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 2017-02-04. 
  60. ^ Mungkin Saja (catatan media). Janna Nick. Hikayat Records. 2016. 
  61. ^ Zaidi Mohamad (25 Jun 2015). "Siti Nurhaliza pertaruh Mikraj Cinta pada bulan mulia". Berita Harian. Dicapai pada 2015-08-26. 
  62. ^ a b c Budiey (25 Mei 2016). TV3 & TV9 Lancar Kempen Ramadan Syukur Selalu 2016 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Jun 2016.
  63. ^ "FCC pilih Janna Nick". Utusan Malaysia. 3 September 2016. Dicapai pada 2017-02-03. 
  64. ^ Angelin Yeoh and Kenneth Chew (March 31, 2016).Will you vote for Janna Nick at APO2016? Star2.com. Retrieved February 3, 2017.
  65. ^ Saidatul Natrah (1 Novemnber 2016).ANUGERAH MELODI RAI PERSONALITI SENI InstaOnline. Diperoleh pada 14 Februari 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]