Dioscoreaceae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dioscoreaceae
Dioscorea balcanica
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Order: Dioscoreales
Keluarga: Dioscoreaceae
R.Br.[1][2]
Genus

Lihat teks

Sinonim
  • Dioscoreae R.Br.[1]
  • Dioscorinae[3]

Dioscoreaceae ialah keluarga tumbuhan berbunga yang terdiri daripada sekitar 912 spesies dikenal yang tergolong dalam sembilan genus. Keluarga ini juga disebut suku gadung-gadungan[4] di Indonesia.[5]

Kebanyakan spesies tumbuhan dari genus Dioscorea seperti ubi badak (Dioscorea alata), ubi torak (Dioscorea esculenta), dan ubi cina (Dioscorea bulbifera) ditanam dan dijadikan sebagai makanan ruji oleh masyarakat tempatan termasuk di Asia Tenggara. Ubi pasir (Dioscorea pentaphylla) dan gadung (Dioscorea hispida) pula harus diproses dahulu sebelum dimakan untuk menghilangkan toksik.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Dioscoreaceae ini tumbuhan saka berimpang yang mengeluarkan umbi atau rimpang pendek. Batangnya lembut, melilit tanpa sulur paut dan kadang-kadang tegak atau tiada bagi jenis saka berbatang rendah. Daunnya tersusun berdamping atau silih berganti, berbentuk hati mendasar dan berurat jejala; tangkai daun selalunya mempunyai sendi daun dasar dan pucuk kecuali bagi spesies saka berbatang rendah. Daun kebanyakannya berwarna hijau bergantung pada spesies.

Jambak bunganya tumbuh di ketiak daun, berbatang bunga lembut, dan berbunga tunggal atau dalam bentuk malai, sederhana terbatas, bulir atau tandan. Bunga ini jarang-jarang dua kelamin; kerap sejantina dan berumah dua. Buahnya selalunya bersarung, kadang-kadang tidak pecah dengan sendiri setelah matang dan turut ada yang bersayap. Benihnya licin, pipih dan bersayap, membulat, atau mempunyai 16-18 rabung mencancang.[6]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Genus[sunting | sunting sumber]

Setakat September 2022, Plants of the World Online menerima empat genus dalam keluarga ini:[7]

Dioscoreaceae

Dioscorea Plum. ex L. (termasuk Epipetrum Phil., Rajania L.)

Stenomeris Planch.

Tacca J.R.Forst. & G.Forst.

Trichopus Gaertn.

Gambar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Brown 1810, p. 294.
  2. ^ Angiosperm Phylogeny Group (2009). "An update of the Angiosperm Phylogeny Group classification for the orders and families of flowering plants: APG III". Botanical Journal of the Linnean Society. 161 (2): 105–121. doi:10.1111/j.1095-8339.2009.00996.x. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-25. Dicapai pada 2013-06-26.
  3. ^ Agardh 1825.
  4. ^ Wahyu Chandra; Pinrang (9 Mei 2015). "Ubi Hutan Ini Beracun Tetapi Banyak Manfaat". Mongabay. Dicapai pada 12 Disember 2021.
  5. ^ "Dioscoreaceae". World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2012. Dicapai pada 12 Disember 2021.
  6. ^ "Dioscoreaceae R.Br". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2008. Dicapai pada 12 Disember 2021.
  7. ^ "Dioscoreaceae R.Br". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 2022-09-22.