Pergi ke kandungan

Djamaa el Djazaïr

Koordinat: 36°44′09″U 3°08′17″T / 36.73583°U 3.13806°T / 36.73583; 3.13806 (Jemma Al Djazair)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Djamaa el Djazaïr
جامع الجزائر
Ralat Lua pada baris 419 di Modul:Peta_lokasi: Nilai koordinat salah bentuk.
Ketinggian yang direkodkan
Tertinggi di Afrika dari 29 April 2019 hingga 2024[I]
Didahului olehThe Leonardo, Afrika Selatan
Diatasi olehIconic Tower
Maklumat umum
StatusSiap
JenisMasjid
Gaya seni binaAlgeria, Islamik,
Moden
LokasiAlgiers, Algeria
NegaraAlgeria Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat36°44′09″U 3°08′17″T / 36.73583°U 3.13806°T / 36.73583; 3.13806 (Jemma Al Djazair)
Pembinaan bermula16 Ogos 2012
Disiapkan pada29 April 2019; 6 tahun yang lalu (2019-04-29)
Dirasmikan pada25 Februari 2024; 2 tahun yang lalu (2024-02-25)[1]
Pembiayaan898 juta Euro
PemilikKementerian Hal Ehwal Agama
Maklumat ketinggian
Bumbung70 meter (230 ka)
Tingkat teratas265 meter (870 ka)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat37
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekChina State Construction Engineering
Tapak web
https://eldjamaa.dz/

Facebook: DjamiiElDjazair X: DjamaaElDjazair Instagram: djamaaeldjazair YouTube (pengguna): DjamaaElDjazair YouTube: UCEH9KjKC-WV_F87cpFvwJvQ Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Djamaa el Djazaïr (Arab: جامع الجزائر), juga dikenali sebagai Masjid Besar Algiers (Perancis: Grande mosquée d'Alger), ialah sebuah masjid di Algiers, Algeria. Masjid ini menempatkat menara masjid tertinggi dunia dan masjid ketiga terbesar di dunia selepas Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi di Madinah di Arab Saudi.[2][3][4][5]

Pembinaan masjid ini bermula pada bulan Ogos 2012 selepas kontrak kerajaan Algeria, sebanyak 1 bilion euro, dimenangi oleh China State Construction Engineering Corporation. Reka bentuknya disiapkan oleh arkitek Jerman KSP Juergen Engel Architekten dan jututera Krebs und Kiefer International. Masjid ini telah menghadapi beberapa penundaan pembinaan disebabkan kebimbangan belanjawan kerana harga minyak menurun. Sekitar 2,300 pekerja dari China, Algeria dan negara Afrika yang lain diambil bekerjaa di projek ini. Pembinaan masjid ini dilihat oleh ramai sebagai simbol pemerintahan panjang presiden Abdelaziz Bouteflika.[6][7][8][9][10]

Seni bina

[sunting | sunting sumber]

Masjid ini terletak di kawasan berkeluasan 400,000 m2 (4,300,000 ka2) melihat Laut Mediterranean. Dewan sembahyang mempunyai muatan 37,000 jemaah, manakala struktur termasuk kawasan yang dapat menampung sehingga 120,000 jemaah dan ruang letak kenderaan untuk 7,000 buah kereta. Kompleks tersebut juga menempatkan sekolah Quran, taman, perpustakaan, kawasan perumahan kakitangan, stesen bomba, muzium seni Islam, dan pusat penyelidikan sejarah Algeria.[6][9][3]

Masjid ini juga mempunyai menara masjid yang 265 m (869 ka) panjangnya, yang membuatkannya struktur tertinggi di Afrika.[8] Ia juga menempatkan dek tinjau di atas menara, yang mempunyai 37 tingkat. Masjid ini direka bentuk untuk tahan gempa bumi bermagnitud 9.0 dan struktur tersebut telah diproses khusus untuk menahan hakisan. Dewan sembahyang utama mempunyai 618 tiang oktagon sebagai tiang sokongan dan 6 km (3.7 bt) tulisan khat terukir dengan sistem laser. Kubah dewan sembahyang berdiameter 50 m (160 ka) dan berketinggian 70 m (230 ka).[9][11]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Saci, Yasmine (25 Februari 2024). "President of the Republic chairs official inauguration of Djamaâ El-Djazaïr". Algeria Press Service (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2024. Dicapai pada 26 Februari 2025.
  2. ^ "Algeria builds giant mosque with world's tallest minaret". The Guardian. Dicapai pada 30 May 2019.
  3. ^ a b "China helping to construct Great Mosque of Algiers". China Daily. Dicapai pada 30 May 2019.
  4. ^ "Bouteflika's mosque seen as monument to megalomania in Algeria". Arab News. Dicapai pada 30 May 2019.
  5. ^ "La Grande Mosquée d'Alger, le chantier de trop du président déchu Abdelaziz Bouteflika". Le Monde. Dicapai pada 30 May 2019.
  6. ^ a b "Africa's largest mosque has been completed with thanks to China". Quartz. Dicapai pada 30 May 2019.
  7. ^ "Bouteflika's mosque seen as monument to megalomania". Mail & Guardian. Dicapai pada 30 May 2019.
  8. ^ a b "Chinese company helps build world's third-largest mosque". China Global Television Network. Dicapai pada 30 May 2019.
  9. ^ a b c "Africa's largest mosque set to open in Algeria's capital". China Global Television Network. Dicapai pada 30 May 2019.
  10. ^ "The Biggest Mosque in Africa is Now in Algeria, Not Morocco". Morocco World News. Dicapai pada 30 May 2019.
  11. ^ "Great Mosque of Algiers: an architectural masterpiece and a religious and cultural monument". Algeria Press Service. Dicapai pada 30 May 2019.