Pergi ke kandungan

Dondang sayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dondang Sayang
Nama asliDondang Sayang
Asal usulMelaka , Malaysia
Dondang Sayang
NegaraMalaysia
Rujukan1410
KawasanAsia Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2018 (sesi 13)

Dondang Sayang ialah sebuah nyanyian mengulit kasih[1] dan sebuah seni tradisional Melayu yang popular dimainkan di Melaka oleh masyarakat Melayu dan Peranakan seperti Baba Nyonya, Cheti dan Portugis[2][3]. Ia dikenali juga dengan sebuah balada cinta, yang mana lagu-lagu yang digunakan adalah untuk membangkitkan perasaan cinta dan nasihat mengenai topik tertentu seperti cinta dan kebaikan.

Dalam lagu dondang sayang, penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kadang-kadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasanya diiringi empat orang ahli muzik yang terdiri daripada seorang pemain biola; dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan seorang pemain tawak (gong kecil).

Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik. Beliau memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter kepada melodi vokal atau suara. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan, tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah reban boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kadang-kadang, rebana boleh digantikan dengan gendang ataupun kompang. Barisan alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.

Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar kelima. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

"Dondang Sayang" berasal dari dua kata, iaitu "Dondang" (merujuk kepada nyanyian atau lagu yang didendangkan), dan "Sayang" (merujuk kepada perasaan kasih atau sayang). Gabungan kedua-dua kata ini mencerminkan sifat romantis dan puitis dari seni nyanyian ini[1].

Pengiktirafan UNESCO

[sunting | sunting sumber]

Dondang Sayang menerima pengiktirafan antarabangsa oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) yang menyenaraikannya dalam kategori warisan kebudayaan tidak ketara pada 29 November 2018[4] dalam Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara, Keputusan Jawatankuasa Antarakerajaan: 13.COM 10.B.25[5].

Nombor fail pencalonan Dondang Sayang sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara ialah No. 01410[3][5].

Jenis Dondang Sayang

[sunting | sunting sumber]

Antara jenis Dondang Sayang ialah:

  • Dondang Sayang Melaka[2]
  • Dondang Sayang Baba Peranakan[2]
  • Dondang Sayang Tanjung Penyengat[2]
  • Dondang Sayang Pulau Pinang[2]
  • Dondang Sayang Mambo (gabungan Dondang Sayang dan tarian Latin)[6]

Alat Muzik

[sunting | sunting sumber]

Antara alat muzik yang dimainkan sepanjang Dondang Sayang ialah

Perbezaan Dondang Sayang dahulu dan kini

[sunting | sunting sumber]

Dondang Sayang zaman dahulu biasanya lebih kepada nyanyian dan pantun, manakala zaman kini menambahkan persembahan tarian (seperti teater)[1].

Wanita juga pada awalnya tidak boleh membuat persembahan secara terbuka dan ada yang berlindung di sebalik pintu agar hanya suara mereka sahaja yang didengari ketika menyanyi dan berbalas pantun. Di samping itu, wanita yang membuat persembahan ketika itu mengenakan pakaian lelaki yang lengkap berbaju berlengan panjang[8].

Antara tokoh Dondang Sayang termasuklah:

  1. Haji Idriss bin Haji Shariff[1]
  2. Hairul Asraf bin Abu Hussain[1]
  3. Datuk Mohd Baharim Sharip [9][10][8]
  4. Rahim Jantan[10]
  5. Abas Katan[10]
  6. Alimah Daud[11]
  7. Boon Kim Geok atau Baba Boon (peranakan Baba Nyonya)[11]
  8. Nyonya Tan Abdullah (peranakan Baba Nyonya)[12][13]
  9. G. Meenachi (masyarakat Cheti)[14][15][16]
  10. Sundaram Palani Padiachi (masyarakat Cheti)[11]

Busana persembahan

[sunting | sunting sumber]

Semasa persembahan Dondang Sayang, pakaian tradisional kaum biasanya dipakai.[1]

Pantun Dondang Sayang

[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak lirik pantun Dondang Sayang yang dimainkan, namun rata-rata tema pantun yang dibawa adalah tentang cinta dan kemesraan yang digarapkan dalam suasana spontan yang riang dan kadang kala lucu. Pantun Baba[17] merupakan contoh nyanyian irama Dondang Sayang.

(Pantun Baba)

Naday bugis tolak blayar,
   Tengah laot patah kemudi-nya;
Hutang budi dapat di bayer,
   Hutang hati apa ganti-nya.

Tengah laot patah kemudi,
   Layar koyak di pukol angin;
Hutang hati membawak mati,
   Sebagi bola di pukol angin.

Pisang mas bawak blayer,
   Jerok mari dalam kendi;
Hutang budi balas di dunia,
   Hutang hati mengikat diri.

Pisang mas bawak blayer,
   Masak sa-bijik di-atas peti;
Hutang mas boleh di bayer,
   Hutang budi menanggong hati.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e f g h i j Sani, N. A. S. A., Subki, N. S. M., Kamal, J. I. A., & Jali, J. M. (2024). Menelusuri keunikan sejarah dondang sayang: Tradisi Melayu dan Baba Nyonya. Jurnal Kajian Lisan Malaysia, 2(2), 51 & 57-58. http://doi.org/10.5281/zenodo.10910172
  2. ^ a b c d e "Maklumat Seni Budaya". pemetaanbudaya.jkkn.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-17.
  3. ^ a b c d e "Dondang Sayang - UNESCO Intangible Cultural Heritage". ich.unesco.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-18.
  4. ^ Bernama (Disember 4, 2018). "Dondang Sayang terima pengiktirafan UNESCO". Astro Awani. Dicapai pada Disember 17, 2021.
  5. ^ a b "Decision of the Intergovernmental Committee: 13.COM 10.B.25 - UNESCO Intangible Cultural Heritage". ich.unesco.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-18.
  6. ^ "Dondang sayang". www.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2025-11-16.
  7. ^ a b c d e f g h i "Dondang Sayang, Irama Segar yang Eksklusif". WadahDBP. Dicapai pada 2025-11-16.
  8. ^ a b Yusop, Siti Haliza (2016-12-19). "Pantun penyeri dondang sayang". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-16.
  9. ^ Bakar, Nazri Abu (2025-01-15). "Tokoh dondang sayang terkenang cucu". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-17.
  10. ^ a b c Bakar, Nazri Abu (2023-09-18). ""Kalau tidak berdondang sayang, hilanglah seni orang Melaka"". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-17.
  11. ^ a b c BERNAMA (2019-02-07). "Sukar Cari Pelapis Dondang Sayang". BERNAMA. Dicapai pada 2025-09-17.
  12. ^ "Tokoh seni Nyonya Tan Abdullah meninggal dunia". Malaysiakini. 2012-08-17. Dicapai pada 2025-09-17.
  13. ^ "Legasi Nyonya Tan Menepati Ramalan Bergelar Juara Dondang Sayang 2022". 2022-10-02. Dicapai pada 2025-09-17.
  14. ^ Rizanizam, Muhd (2021-06-06). "'Aunty Meenachi' sudah tiada, kehilangan besar tokoh dondang sayang di Melaka – JKKN Melaka". Dicapai pada 2025-09-17.
  15. ^ BERNAMA (2021-06-06). "Meenachi passing: Melaka loses dondang sayang iconic figure". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-17.
  16. ^ ZAKARYA, DIYANATUL ATIQAH (2021-06-06). "Melaka 'hilang' tokoh dondang sayang tertua Etnik Chetti". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-09-17.
  17. ^ Pantun Baba, Dondang Sayang 1931 di petik daripada akhbar The Malay Limited, Johor Bahru,Johor keluaran tahun 1959.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]