Orang Melayu Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
ملايو مليسيا
Melayu Malaysia
Mahathir 2007.jpg
MuhyiddinUS.jpg
Anwar Ibrahim.jpg
Dato Sri Mohd Najib Tun Razak.JPG
Siti Nurhaliza - Khairul Fahmi's Wedding 2013.jpg
Shila gegar2011.jpg
Fazura Duta LUX cropped.jpg
Muszaphar shukor.jpg
Syamsul Yusof.jpg
01 drzeti.jpg
Tiz Zaqyah.jpg
Shaheizy Sam.jpg
EndonMahmood.jpg
YanaSamsudin.jpg
ZainalAbidinHassan.jpg
Faizal Tahir - AJL 23 Rehearsal (2009).jpg
Datuk lat.jpg
AdnanAbuHassan.jpg
Risteena.jpg
Neelofa.jpg
Jumlah populasi
(15,454,524
53.52% daripada populasi Malaysia (2017))
Bahasa
Melayu dan Inggeris; Arab digunakan sebagai bahasa agamawi
Agama
Majoritinya Sunni bermazhab Shafi'i.
Kumpulan etnik yang berkaitan
Indonesia, Singapura, Filipina, orang Austronesia dan penduduk pulau Pasifik.

Orang Melayu Malaysia, terdiri daripada hampir 53.52% jumlah penduduk di Malaysia, ditakrifkan secara umum sebagai "bangsa Melayu" berbanding lebih spesifik sebagai "kumpulan etnik Melayu".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil daripada percampuran antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh daripada bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara. Pada abad ke-14 hingga ke 16, terdapat banyak orang Melayu datang dari Sulawesi dan Sumatra.

Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:-

ANAK JATI

Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka aialah satu daripada tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-

  • Orang Melayu Kedah
  • Orang Melayu Beruas
  • Orang Melayu Manjung
  • Orang Melayu Grik
  • Orang Kelang
  • Orang Melayu Melaka
  • Orang Melayu Kelantan
  • Orang Melayu Terengganu Pantai
  • Orang Melayu Ulu Terengganu
  • Orang Melayu Bentong
  • Orang Melayu Lipis
  • Orang Melayu Temerloh
  • Orang Melayu Johor
  • Orang Melayu Brunei
  • Orang Melayu Kedayan
  • Orang Melayu Cocos
  • Orang Melayu Sarawak

ANAK DAGANG

Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia dan selatan Thailand dan lain-lain. Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh yang berbeza iaitu:-

  • Aceh
  • Ambon
  • Banjar
  • Batak (tidak termasuk Mandailing)
  • Bawean (Boyan)
  • Bugis
  • Cham
  • Jawa
  • Kerinci
  • Makassar
  • Mandailing
  • Melayu
    • Melayu Asahan (Batubara)
    • Melayu Bangka Belitung
    • Melayu Bengkulu
    • Melayu Deli
    • Melayu Jambi
    • Melayu Langkat
    • Melayu Palembang
    • Melayu Patani
    • Melayu Pontianak
    • Melayu Riau (termasuk Melayu Siak)
    • Melayu Tamiang
  • Minangkabau
  • Ocu (Kampar)
  • Rao (Rawa)
  • Dan juga orang Melayu Malaysia yang berketurunan kumpulan pribumi Indonesia/Austronesia yang lain

PERANAKAN

Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil daripada perkahwinan campur antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka ialah:-

  • Peranakan Parsi
  • Peranakan Arab
  • Jawi Peranakan/Jawi Pekan/Peranakan Kling
  • Peranakan Cina
  • Peranakan Turki
  • Peranakan Siam/Samsam
  • Peranakan Eropah

Budaya Orang Melayu Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pakaian Tradisional[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia. Berikut ialah senarai pakaian tradisional Melayu di Malaysia:-

Alat Muzik Tradisional[sunting | sunting sumber]

Antara alat muzik tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Serunai, Geduk, Gedumbak, Canang, Kesi, Tetawak, Kecerek, Gendang Sembilan ,seruling dan sebagainya.

Makanan Tradisi[sunting | sunting sumber]

Makanan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Kandar, Nasi Tumpang, Nasi Berlauk, Nasi Ulam, Nasi Tomato, Keropok Lekor, Keropok Gote, Keropok Keping, Budu, Sata, Tempoyak, Otak-otak, Sate, Roti Jala, Lontong, Pecal, Burasak, Ketupat, Lemang, Wajik, Dodol, Belacan dan sebagainya.

Teater Tradisional[sunting | sunting sumber]

Kesenian teater tradisional merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

Wayang Kulit Siam merupakan sejenis wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan. Kesenian ini dahulunya sangat terkenal di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Patani. Ia juga merupakan jenis wayang kulit yang paling terkenal di Malaysia sejak dahulu hingga ke hari ini.

Makyong ialah sejenis teater tradisional yang dipercayai berasal dari daerah Besut, Terengganu. Dari daerah tersebut, kesenian ini telah berkembang ke negeri Kelantan, Patani, Kedah dan Perlis. Makyong adalah antara teater tradisional tertua di Malaysia dan sering dikaitkan dengan kepercayaan animisme Melayu.

Mek Mulung ialah sejenis teater tradisional yang berasal dari Kampung Wang Tepus di Jitra, Kedah. Kesenian ini dikatakan dicipta oleh seorang puteri kepada Raja Ligor yang telah buang negeri oleh ayahandanya. Kesenian ini hanya boleh ditemui di negeri Kedah sahaja dan kini diancam kepupusan.

Tarian Tradisional[sunting | sunting sumber]

Kuda kepang Zapin


Demografi[sunting | sunting sumber]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Jumlah dan peratus kaum Melayu mengikut negeri dan Wilayah Persekutuan menunjukkan kaum Melayu (tidak termasuk kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak):[1]

Negeri/Wilayah Persekutuan Penduduk Peratus
Johor 1,893,100 53.2%
Kedah 1,569,100 75.7%
Kelantan 1,609,766 93.7%
Melaka 552,700 63.3%
Negeri Sembilan 598,628 54.5%
Pahang 1,146,000 70.6%
Perak 1,314,400 53.0%
Perlis 210,200 85.4%
Pulau Pinang 682,000 40.0%
Sabah 268,500 7.6%
Sarawak 616,900 23.4%
Selangor 3,069,100 50.5%
Terengganu 1,080,829 93.7%
Labuan 30,001 32.3%
Putrajaya 83,800 94.9%
Kuala Lumpur 729,500 41.3%

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Department of Statistics, Malaysia (2010). "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. m/s. 11,62–81. Dicapai 6 Julai 2005. 



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.