Pergi ke kandungan

Doris Lessing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Doris Lessing
Doris Lessing at lit.cologne 2006
Doris Lessing at lit.cologne 2006
Lahir (1919-10-22) 22 Oktober 1919 (umur 104)
Kermanshah,
Persia
Meninggal dunia17 November 2013(2013-11-17) (umur 94)
London, England
PekerjaanWriter
Warganegara British
Pergerakan sasteraModernism, Science fiction
Laman web
Doris Lessing: A Retrospective
Doris Lessing (2006)

Doris Lessing atau Doris May Tayler lahir di Kermanshah, Iran pada 22 Oktober 1919 merupakan penulis British dan pengarang novel 'The Grass is Singing' dan 'The Golden Notebook'.

Pada 2007, beliau menang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan . Menurut Akademi Sweden, beliau seorang penulis wanita yang menceritakan pengalaman pahit sebenar seorang wanita yang penuh skeptikal, curiga , epicist, mengembara di alam maya. Doris Lessing adalah wanita ke-106 yang memenangani hadiah ini.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Doris Lessing anak kepada Kapten Alfred Tayler dan ibunya Emily Maude Tayler . Ibu bapanya rakyat British . Bapanya kehilangan kaki ketika Perang Dunia I dan berjumpa dengan isterinya yang bertugas sebagai jururawat di Royal Free Hospital .

Alfred Tayler dan keluarga pindah ke Kermanshah di Parsi ( sekarang Iran ) dan bertugas serbagai kerani di Bank Imperial Persia dan Doris Lessing dilahirkan pada 1919. Kemudian mereka pindah ke koloni British di selatan Rhodesia ( sekarang Zimbabwe) pada 1925 dan membuka ladang. Alfred Tayler telah membeli tanah ladang lebih 1000 ekar tapi tidak berjaya .

Doris Lessing bersekolah di Dominican Convent High School iaitu sebuah sekolah Roman Katholik di Salisbury ( sekarang Harare, Zimbabwe) . Ketika umur 15 tahun , beliau bekerja sebagai pembantu jururawat dan rajin membaca buku hal ehwal politik dan sosiologi. Beliau mula menulis pada 1937. Seterusnya Doris pindah ke Salisbury dan bekerja sebagai operator telefon dan berkahwin dengan suaminya, Frank Wisdom.

Doris bercerai pada 1943, Doris menjadi ahli Left Book Club, iaitu sebuah kelab buku komunis. Seterusnya berkahwin dengan suami kedua Gottfried Lessing dan bercerai 1949. Gottfried Lessing kemudian menjadi duta Jerman Timur ke Uganda tetapi terbunuh dalam pemberontakan 1979 untuk menjatuhkan Idi Amin Dada.

Kerjaya Menulis

[sunting | sunting sumber]

Doris Lessing terlibat dalam kempen menentang senjata nuklear dan anti apartheid di Afrika Selatan. Doris tidak dibenarkan masuk dan keluar dari Rhodesia untuk beberapa tahun. Lessing pindah ke London bersama anak lelakinya pada 1949 dan menerbitkan novel pertamanya The Grass is Singing. Semua kerjanya ditulis pada 1962, menjadi the Golden Notebook.

Pada 1984, beliau menerbitkan dua nama di bawah pseudonym, Jane Somers.

Hasil kerja

[sunting | sunting sumber]

  • The Grass is Singing (1950)
  • This Was the Old Chief's Country (collection) (1951)
  • Five (short stories) (1953)
  • Through the Tunnel (1955)
  • The Children of Violence Series (1952-1969):
    • Martha Quest (1952)
    • Five (short stories) (1953)
    • A Proper Marriage (1954)
    • A Ripple from the Storm (1958)
    • Landlocked (1965)
    • The Four-Gated City (1969)
  • Going Home (memoir) (1957)
  • The Habit of Loving (collection) (1957)
    • Wine (short story) (1957)
  • In Pursuit of the English (nonfiction) (1960)
  • The Golden Notebook (1962)
  • Play with a Tiger (play) (1962)
  • A Man and Two Women (collection) (1963)
  • African Stories (collection) (1964)

  • Under the pseudonym Jane Somers:
    • The Diary of a Good Neighbour (1983)
    • If the Old Could... (1984)
  • The Good Terrorist (1985)
  • Prisons We Choose to Live Inside (essays, 1987)
  • The Wind Blows Away Our Words (1987)
  • The Fifth Child (1988)
  • African Laughter: Four Visits to Zimbabwe (memoir) (1992)
  • London Observed: Stories and Sketches (collection) (1993)
  • Conversations (interviews, edited by Earl G. Ingersoll) (1994)
  • Lessing's autobiography:
    • Under My Skin: Volume One of My Autobiography, to 1949 (1994)
    • Walking in the Shade: Volume Two of My Autobiography 1949 to 1962 (1997)
  • Spies I Have Known (collection) (1995)
  • Love, Again (1996)
  • The Pit (collection) (1996)
  • Mara and Dann (1999)
  • Ben, in the World (a sequel to The Fifth Child) ISBN 0-06-093465-4 (2000)
  • The Sweetest Dream ISBN 0-06-093755-6 (2001)
  • The Grandmothers : Four Short Novels ISBN 0-06-053010-3 (2003)
  • The Story of General Dann and Mara's Daughter, Griot and the Snow Dog (a sequel to Mara and Dann) (2005)
  • The Cleft (2007)