Duchy Brunswick-Lüneburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Duchy Brunswick dan Lüneburg

Herzogtum Braunschweig-Lüneburg
1235–1806
Jata Brunswick-Lüneburg
Jata
Brunswick-Lüneburg sebagai sebahagian daripada Empayar Suci Rom, c. 1648
Brunswick-Lüneburg sebagai sebahagian daripada Empayar Suci Rom, c. 1648
StatusDuchy
Ibu negaraBraunschweig
Lüneburg
Bahasa yang umum digunakanJerman Hilir Barat
KerajaanDuchy
Era SejarahZaman Pertengahan
• Henry si Singa dikalahkan; Saxony dibahagikan
1180

1181
• Allod dinaikkan menjadi Duchy Brunswick dan Lüneburg
1235
• Dipecahkan kepada Lüneburg dan Brunswick
1269
• Grubenhagen diasaskan
1291
• Göttingen diasaskan
1345
• Brunswick terpecah kepada Wolfenbüttel dan Calenberg
1432
• Penamat Empayar Suci Rom
1806
Mata wangGoldgulden, thaler, pfennig
Didahului oleh
Diganti oleh
Duchy Saxony Duchy Saxony
Elektorat Hanover
Duchy Brunswick
Sekarang sebahagian dariJerman

Duchy Brunswick-Lüneburg (Jerman: Herzogtum Braunschweig und Lüneburg), atau lebih tepat Duchy Brunswick dan Lüneburg, adalah sebuah duchy yang pernah wujud pada Zaman Pertengahan Akhir hingga era Moden Akhir di dalam Empayar Suci Rom, sehingga ia dibubarkan. Duchy ini terletak di barat laut Jerman moden. Namanya berasal daripada dua buah bandar terbesar di dalam wilayah ini: Brunswick dan Lüneburg.

Kerajaan ini muncul pada tahun 1235 daripada tanah-tanah allodial milik Kerabat Welf di Saxony dan dianugerahkan sebagai sebuah fief imperial kepada Otto the Child, cucu lelaki kepada Henry si Singa. Duchy ini dibahagikan beberapa kali pada Zaman Pertengahan di antara pelbagai jurai Kerabat Welf, akan tetapi setiap pemerintah dikenali sebagai "Duke Brunswick-Lüneburg" selain gelaran peribadi mereka sendiri.[1][2] Menjelang tahun 1692, wilayah-wilayah ini disatukan kepada dua: Elektorat Brunswick-Lüneburg (biasanya dikenali dengan Elektorat Hanover) dan Prinsipaliti Brunswick-Wolfenbüttel.

Pada tahun 1714, cabang Hanover dalam keluarga ini menggantikan takhta Great Britain, yang mana mereka memerintah sebagai kesatuan peribadi dengan Hanover sehingga tahun 1837. Atas sebab ini, banyak kota dan wilayah di dalam bekas jajahan Britain telah dinamakan bersempena dengan Brunswick atau Lüneburg. Kerabat Hanover tidak pernah memerintah Brunswick ketika mereka memegang takhta Britain, di sebabkan kerana bandar ini merupakan sebahagian daripada Brunswick-Wolfenbüttel yang berjiran. Selepas Kongres Vienna pada tahun 1814/15, wilayah Brunswick-Lüneburg menjadi Kerajaan beraja Hanover dan Duchy Brunswick.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Royal Arms of Britain". Heraldica. Dicapai pada 10 May 2016. The House of Brunswick Luneburg being one of the most illustrious and most ancient in Europe, the Hanoverian branch having filled for more than a century one of the most distinguished thrones, its possessions being among the most considerable in Germany;
  2. ^ Riedesel, Friedrich Adolf (1868). von Eelking, Max (penyunting). Memoirs, and Letters and Journals, of Major General Riedesel During His Residence in America. 1. Diterjemahkan oleh Stone, William L. Albany: J. Munsell. m/s. 29. I remain ever, Your affectionate Charles, Duke of Brunswick and Lüneburg. Brunswick, February 14, 1776. To Colonel Riedesel.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Lower Saxon Circle

Templat:Royal houses of Germany