Buletin Didik
Buletin Didik | |
---|---|
Format | Berita |
Pencipta | Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima |
Pengacara | Charles Mohan Fazilah Hani Harun Midy Saleh Mimi Azeera Abdullah Nadia Mohsin Nur Halifah Ghani Syafrie Izwan Wahab Taha Rusydi Mohd Nazri Zaiti Zubir |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Fazilah Hani Harun Mimi Azeera Abdullah Mohd Redzuan Abdul Manap Nor Aziran Yunus |
Penerbit | Haniza Hanifah Mimi Azeera Abdullah Muhammad Farhan Zainal Nor Aziran Yunus Nur Halifah Ghani |
Tempoh siaran | 30 minit (07.04.1998 - 30.12.2018, 01.12.2020 - kini) 25 minit (31.12.2018-30.11.2020) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Didik TV KPM |
Format gambar | SDTV 480i60 4:3 (07.04.1998 - 14.06.2020) HDTV 1080i60/1440i60 16:9 (sejak 15.06.2020) |
Siaran asal | 7 April 1998 – kini |
Mengikuti | Edisi 7 |
Buletin Didik (dahulunya dikenali sebagai Warta Nasional ntv7, Edisi 7(era pertama), MNN Nasional News dan Edisi 7(era kedua)) merupakan rancangan berbentuk berita dan informasi terkini dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Didik TV KPM. Turut dimuatkan adalah perkembangan ekonomi, sukan dan hiburan. Edisi 7 bersiaran setiap Sabtu hingga Khamis pada 1:00 tengah hari, tetapi juga disiarkan pada 7:00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat sebelum waktu siarannya bertukar, berikutan perubahan rancangan di ntv7 pada 5 Mac 2018.
Waktu siaran Edisi 7 kembali ke 8:00 malam pada 1 Jun 2018, yang mana sebelum ini ialah waktu siaran sebelum Januari 2007, di mana slot tersebut digunakan oleh 7 Edition. Sebelum ini, Edisi 7 disiarkan pada 5:00 petang yang hanya dapat bertahan selama hampir tiga bulan. Dengan perubahan ini, 7 Edition berpindah ke 11:00 malam. Tetapi, ada bantahan berlaku menyebabkan Edisi 7 tukar siaran pada 2:30 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis mulai 17 Jun 2018.
Mulai 31 Disember 2018, Edisi 7 disiarkan pada jam 7:30 malam pada setiap hari.
Mulai 1 Disember 2020, Edisi 7 disiarkan pada jam 12:00 tengah hari.
Mulai 17 Februari 2021, Edisi 7 dinamakan semula sebagai Buletin Didik dan disiarkan pada jam 7:30 malam pada setiap hari.
Buletin Didik kini bersiaran pada jam 7:00 malam pada setiap hari.
Penyampai Berita[sunting | sunting sumber]
Penyampai Terkini[sunting | sunting sumber]
- Charles Mohan
- Fazilah Hani Harun
- Midy Saleh
- Mimi Azeera Abdullah
- Nur Halifah Ghani
- Syafrie Izwan Wahab
- Taha Rusydi Mohd Nazri
- Zaiti Zubir
Bekas Penyampai[sunting | sunting sumber]
- Azlinda Mohd Salim
- Farah Nabilah Wazer (kini bersama dalam Berita Sukan di Buletin Utama)
- Hazwan Syah
- Helmi Majid Ismail
- Jasmine Abu Bakar (kini bersama Astro Awani)
- Juliana Ramle
- Khairunnisak Dzun Nurin
- Melissa Ong
- Nadia Mohsin
- Nina Jamil
- Norazlina Awang Had
- Rusyilda Ismail
- Syarifah Salwa Syed Abdul Rahman
- Wan Kamaruddin Wan Ibrahim (kini bersama Berita Alhijrah)