Eduardo Saverin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Eduardo P. Saverin
Eduardo Saverin CHINICT.JPG
Saverin pada 2012
Kelahiran (1982-03-19) 19 Mac 1982 (umur 40)
Pusat pendidikanUniversiti Harvard
Nilai bersihUS$2,5 bilion (2011)[1]

Eduardo Saverin (lahir 19 Mac 1982)[2] ialah seorang usahawan Brazil-Amerika dan pengasas bersama Facebook bersama Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya.[3] Beliau memegang 5% saham Facebook[4] dengan nilai US$2,5 bilion pada 4 Januari 2011.[5]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Eduardo Saverin dilahirkan di Sao Paulo, Brazil. Bapanya, Roberto Saverin, ialah usahawan Yahudi yang menjalankan pelbagai perniagaan seperti hartanah. Pada tahun 1993, beliau sekeluarga berpindah ke Amerika Syarikat ke wilayah Miami, Florida. Kemudian Eduardo belajar di Universiti Harvard dan mengikuti jurusan ekonomi. Di Harvard, beliau pernah menjadi presiden pertubuhan Harvard Investment Association. Beliau menamatkan pengajian dari Harvard dengan Kepujian pada 2006. Sewaktu di Harvard inilah, Saverin bertemu dengan Mark Zuckerberg. Pertemuan ini membawa kepada penubuhan Facebook. Pada tahun 2012, beliau melepaskan status warganegara Amerika Syarikat (AS) dan berpindah ke Singapura.[6]

Pada Jun 2015, beliau berkahwin dengan Elaine Andriejanssen[7], wanita warga Indonesia, upacara dan majlis pernikahan berlangsung di daerah pelancongan eksklusif French Riviera di Perancis.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Eduardo Saverin topic page. Forbes.com. Retrieved September 2010.
  2. ^ "America's Youngest Billionaires". Forbes. 6 October 2010.
  3. ^ Mezrich, Ben. The Accidental Billionaires: The Founding of Facebook: A Tale of Sex, Money, Genius and Betrayal, 2009. pg. number?
  4. ^ Facebook Shares and Who Owns Them[pautan mati kekal]
  5. ^ Facebook revalued after investment Diarkibkan 2011-09-29 di Wayback Machine. Newstalk.ie (2011-01-04). Retrieved on 2011-01-28.
  6. ^ Artikel:"Eduardo Saverin, Playboy Kaya di Balik Kelahiran Facebook" di detik.com
  7. ^ Artikel:"Sah! Pendiri Facebook Nikahi Wanita Indonesia" di detik.com
  8. ^ Artikel:"Suasana Pernikahan Mewah Pendiri Facebook & Wanita Indonesia" di detik.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]