Gideon Yu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gideon Yu
Kelahiran (1971-05-14) 14 Mei 1971 (umur 52)
PendidikanUniversiti Stanford
Sekolah Perniagaan Harvard
PekerjaanPelabur, usahawan teknologi
PasanganSusie Min Yu
Anak-anakJonathan dan Emily

Gideon Yu ialah seorang pelabur sukan, meda dan teknologi serta eksekutif dan penasihat Amerika Korea. Gideon pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Facebook,[1] sewaktu menerajui putaran pelaburan bernilai $375 juta[2] dari Microsoft dan jutawan Hong Kong, Li Ka Shing[3] dengan rekod bernilai $15 bilion. Sebelum menyertai Facebook, Gideon menjadi rakan kongsi Sequoia Capital,[4] dan juga Ketua Pegawai Kewangan YouTube[5] sewaktu berunding[6] penjualannya bernilai $1,65 bilion[7] kepada Google meskipun berlaku masalah terhadap syarikat itu.

Sebelum YouTube, Gideon ialah Bendahara dan Wakil Presiden Kanan Kewangan Yahoo![8] ketika memegang lebih dari 30 pemerolehan/pelaburan untuk Yahoo!, termasuk Alibaba, Taobao, Overture, Inktomi, Flickr, del.icio.us dan transaksi pasaran modal bernilai lebih dari $5 bilion. Sebelum Yahoo!, Gideon memegang jawtaan sebagai CFO NightFire Software (dibeli oleh NeuStar, NYSE: NSR) dan pernah berkhidmat di Disney, Hilton, dan DLJ / CSFB.

Yu meninggalkan Facebook pada 2009 meskipun spekulasi bertentangan muncul mengenai alasan kemundurannya.[9][10]

Gideon menamatkan pengajian di Universiti Stanford dengan ijazah Kejuruteraan Industri dan Pengurusan Kejuruteraan dan menerima ijazah MBA dari Sekolah Perniagaan Harvard. Gideon juga memegang jawatan sebagai Lembaga Pengarah UCSF Medical Foundation.

Gideon menetap di California bersama isterinya, Susie dan anaknya, Jonathan dan Emily.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Facebook Hires Yu as Chief Financial Officer. Wall Street Journal, July 25, 2007
  2. ^ Microsoft Invests $240 million in Facebook at a $15 billion valuation. New York Times, October 25, 2007
  3. ^ Li Ka Shing Invests $120 million in Facebook at a $15 billion valuation. Reuters, March 27, 2008
  4. ^ Gideon Yu becomes a Partner at Sequoia Capital. VentureBeat, April 23, 2007
  5. ^ YouTube Hires Gideon Yu as Chief Financial Officer Diarkibkan 2011-06-06 di Wayback Machine. TheStreet.com, September 3, 2006
  6. ^ How the Google – YouTube Deal was signed Diarkibkan 2009-06-15 di Wayback Machine. Gawker, September 27, 2007
  7. ^ Google Buys YouTube for $1.65 billion. CNNMoney, October 9, 2006
  8. ^ Yahoo Corporate Officers Diarkibkan 2011-06-17 di Wayback Machine. Yahoo 2005 Annual Report
  9. ^ Vascellaro, Jessica (April 1, 2009). "Facebook Seeks a New Finance Chief as Yu Leaves". Wall Street Journal. Dicapai pada 21 November 2009.
  10. ^ Carlson, Nicholas (April 2, 2009). "Dissent Is Dead At Facebook, Employees Complain". Business Insider. Dicapai pada 22 November 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]