Ekonomi Iran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ekonomi Iran
Mata wang Rial Iran
Tahun fiskal 21 Mac - 20 Mac
Pertubuhan perdagangan ECO,OPEC,WTO (pemerhati)
Perangkaan
KDNK $610 bn (2005)[1]
Pertumbuhan KDNK 5% (2006)
KDNK per kapita $8,900 (2006) [1]
KDNK mengikut sektor pertanian (11.2%), industri (41.7%), perkhidmatan (47.1%) (2006)
Inflasi (CPI) 15.8% (2006)
Populasi
dibawah garis kemiskinan
16% (2006)[2]
Tenaga buruh 24.36 juta (2006)
Tenaga buruh mengikut pekerjaan perkhidmatan (45%), pertanian (30%), industri (25%) (2001)
Pengangguran 11.2% (2004)
Industri utama petroleum gas asli; perkilangan; industri farmasi; tekstil
Dagangan antarabangsa
Eksport $63.18 bn (2006)
Barangan yang dieksport petroluem; produk kimia dan petro-kimia; tekstil; produk ketenteraan; otomobil dan hasil pertanian
Rakan dagangan eksport utama Jepun 16.9%,, China 11.2%, Itali 5.9%, Korea Selatan 5.8%, Afrika Selatan 4.1%, Taiwan 4.1%, (2005)
Import $45.48 bn (2006)
Barangan yang diimport Bahan mentah industri; dana kewangan; perkhidmatan; elektrik dan elektronik
Rakan dagangan import utama Jerman 13.9%, Emiriah Arab Bersatu 8.4%, China 8.3%, Itali 7.1%, Perancis 6.3%, Korea Selatan 5.4%, Rusia 4.9% (2005)
Kewangan awam
Hutang awam 25.3% dari PNK (2006)
Hasil negara $104.6 bn (2006)
Bantuan ekonomi $408 juta (2002)

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Mengikut Artikel 44 dari Perlembagaan Iran, ekonomi Iran terbahagi kepada tiga sektor iaitu sektor kerajaan, sektor koperasi (kerjasama syarikat) dan sektor swasta.

Sektor kerajaan adalah meliputi industri-industri berat, perdagangan antarabangsa, perlombongan, perbankan dan insuran, rangkaian pengairan luas, komunikasi, pengangkutan awam dan lain-lain lagi. Kesemua sektor ini diletakkan dibawah penguasaan kerajaan Iran. Sektor koperasi pula meliputi kerjasama-kerjasama syarikat-syarikat dan perusahaan-perusahaan swasta yang ingin mengembangkan operasi mereka di kawasan bandar dan luar bandar. Sektor yang terakhir ialah sektor swasta yang dimana operasi mereka ialah pembinaan, pertanian, industri, perdagangan dan perkhidmatan. Operasi-operasi ini bertindak sebagai penyokong sektor kerajaan dan koperasi. Dewasa ini, peranan sektor swasta dikembangkan lagi dengan penswastaan 80% sektor kerajaan.[3]

Sektor Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Sektor Ekonomi Makro[sunting | sunting sumber]

Ketika awal abad ke-21, sektor perkhidmatan merupakan sektor merupakan penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Iran. Industri kedua terbesar pula ialah perlombongan diikuti dengan pertanian. Lebih kurang 45% daripada pendapatan kerajaan berasal daripada hasil perlombongan minyak dan gas asli. 31% pula merupakan hasil cukai. Defisit belanjawan Iran pula merupakan antara masalah yang kronik dan berpunca daripada subsidi sektor-sektor industri berat yang bernilai USD 30 bilion setiap tahun (2006)[4].

Sektor industri yang meliputi perlombongan, pembuatan dan pembinaan menyumbang kepada 42 peratus KDNK dan menggaji 31 peratus tenaga buruh Iran. Hasil perlombongan terutamanya petroluem merupakan ekspot utama Iran (89 peratus daripada jumlah keseluruhan) tetapi menggunakan kurang daripada 1 peratus tenaga buruh. Kerajaan iran telah lama mempelbagaikan ekonomi Iran dengan membuat pelaburan dalam industri otomobil, industri angkasa lepas, elektronik, petro-kimia dan nuklear. Iran juga mempunyai potensi yang besar dalam perlombongan, pelancongan[5], dan juga informasi teknologi.

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Fail:604px-Iran major crops78.jpg
Peta mengenai tanaman utama iran. Pada tahun 1997 sahaja, hasil kasar pertanian berjumlah Dolar Amerika 25 bilion.
Rencana utama: Pertanian Iran

Satu per empat daripada jumlah ekspot Iran (tidak termasuk ekspot petroleum) adalah daripada sektor pertanian. Sektor ini menyumbang kepada 11 peratus KDNK Iran pada tahun 2004 dan menggunakan 23 peratus daripada tenaga buruh. Sejak tahun 1979, pertanian komersil mula menggantikan pertanian berskala kecil. Hasil keluaran kasar pertanian pula berjumlah 25 bilion Dolar Amerika pada tahun 1997.

Tanaman utama Iran ialah gandum, beras dan bali. Namun begitu, bekalan gandum dan beras gagal memenuhi permintaan tempatan menyebabkan bahan ini diimpot masuk. Tanaman-tanaman utama lain ialah ubi kentang, legum, sayur-sayuran, buah-buahan, tebu dan rempah ratus. Terdapat juga penternakan lebah untuk sumber madu dan juga ladang ladang sutera untuk penghasilan sutera. Sumber ternakan utama pula ialah kambing, lembu, ayam, telur dan hasil tenusu. Ekspot pertanian utama Iran ialah buah-buahan, makanan yang diproses dan rempah.

Perkilangan[sunting | sunting sumber]

Industri berat mula diperkenalkan di Iran pada 1920-an dan berkembang dengan pesatnya. Namun begitu, Perang Iran-Iraq memusnahkan banyak infrastruktur-infrastruktur industri berat di Iran seperti pusat penapisan minyak di Abadan. Antara kesan lain daripada perang ini ialah kemunculan industri-industri pembuatan kecil yang menggantikan peranan industri-industri besar terutamanya dalam pembuatan senjata api dan keperluan ketenteraan.

Pada hari ini, industri pembuatan utama Iran ialah petro kimia, keluli, dan juga pembuatan bahan tembaga. Industri lain termasuklah industri otomobil[6], barangan elektrik dan komunikasi, simen, pembuatan jentera[7], perkilangan kertas, getah, karpet, dan farmasi

Selain itu, Iran juga turut maju dan kehadapan dalam industri pertahanan dan ketenteraan. Sejak tahun 1992, Organisasi Industri Pertahanan Iran telah berjaya mengeluarkan kereta kebal, pesawat pejuang, peluru berpandu, dan juga kapal selam[8]. Pada tahun 2006, Iran mengimpot pengeluaran industri ini ke 57 negara di seluruh dunia termasuklah negara-negara NATO. Hasil dagangan ini bernilai AS$100 juta (AS$ 1 = RM 3.4551)[9] [10] [11].

Petroleum Dan Gas Asli[sunting | sunting sumber]

Peta menunjukkan projek-projek perpaipan dan panggalian minyak dan gas asli di Iran.

Minyak mentah pertama kalinya dijumpai di Iran. Sejak detik itu, perdagangan minyak menjadi tulang belakang ekonomi Iran. Pada tahun 70an, Iran merupakan pengeluar petroleum ke-empat terbesar dunia. Selepas Revolusi Iran pada tahun 1979, kerajaan Iran melancarkan projek pemeliharaan minyak dengan mengurangkan pengeluarannya. Perang Iran-Iraq yang tercetus pada tahun berikutnya memusnahkan banyak infrastruktur penggalian dan penapisannya menyebabkan pengeluaran minyak menurun. Namun begitu, pada lewat 1980an, pengeluaran minyak Iran meningkat semula berikutan pembaik pulih infrastruktur minyaknya dan juga penemuan telaga minyak baru di Teluk Parsi. Pada tahun 2004, perangkaan pengeluaran minyak Iran setahun ialah 1.4 bilion tong minyak yang membawa keuntungan bersih berjumlah AS$ 50 bilion[12]. Iran juga turut mempunyai simpanan gas asli kedua terbesar di dunia (15 % daripada simpanan gas asli dunia) dan kebanyakannya digunakan untuk tujuan domestik.

Perlombongan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Perlombongan Iran

Sektor perlombongan Iran merupakan antara sektor yang kurang berkembang berbanding dengan sektor-sektor lain. Hasil pengeluaran kasar bahan mineralnya adalah kurang daripada 0.6 peratus KDNK Iran. Faktor-faktor utama yang menghadkan sektor ini ialah kekurangan infrastruktur yang sesuai, kesulitan dalam eksplorasi, dan juga kawalan kerajaan dalam sumber alam.

Walaupun petroleum merupakan perlombongan utama, lebih kurang 75 peratus tenaga buruh di sektor perlombongan bekerja di sektor bukan petroleum. Sektor perlombongan ini termasuklah arang batu, emas, uranium, garam, bijih besi dan lain lain lagi. Lombong tembaga di Sar Cheshmah di Wilayah Kerman merupakan lombong tembaga kedua terbesar di dunia. Iran juga mempunyai simpanan bijih besi yang besar di Iran Tengah.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Perkhidmatan Iran

Sektor perkhidmatan merupakan sektor ekonomi terbesar di Iran. Pada tahun 2004, sektor ini menghasilkan 48 peratus daripada KDNK Iran dan menggunakan 44 peratus daripada tenaga buruhnya. Antara industri perkhidmatan utamanya ialah perkhidmatan awam seperti pendidikan, perdagangan, perkhidmatan peribadi, perkhidmatan profesional seperti kesihatan, dan juga perlancongan. Namun begitu, sektor ini juga turut menelan belanja yang besar daripada dana kerajaan. Kebanyakan dana ini disalurkan untuk perbelanjaan ketenteraan, pembayaran gaji pegawai, dan juga pembayaran perkhidmatan sosial.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]