Pertanian Iran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penanaman utama Iran pada tahun 1978.

Secara kasarnya, satu per tiga daripada tanah Iran digunakan untuk pertanian dimana satu per empat daripada jumlah tanah sedang diusahakan dan tanah pertanian selebihnya tidak diusahakan berikutan tahap kesuburan tanih yang rendah dan kekurangan sumber air. Kurang daripada satu per tiga tanah yang diusahakan ini diairi manakala selebihnya adalah tanaman kering. Kawasan barat dan barat daya Iran mempunyai tanih yang paling subur.

Pada akhir kurun ke dua puluh, hasil pertanian adalah satu per lima daripada pengeluaran negara kasar (PNK) Iran. Kerana saiz ladang yang kecil dan tidak berdaya maju dari segi ekonomi, terdapat banyak migrasi ke kawasan bandar. Selain itu, baja yang dikeluarkan di Iran tidak bermutu tinggi.

Faktor-faktor menyebabkan hasil pertanian Iran tidak memberuntungkan dan menghasilkan kemiskinan di kawasan luar bandar. Pada era 1990 an, kerajaan Iran mengambil beberapa inisiatif untuk memajukan pertanian. Ini sedikit sebanyak meningkatkan hasil pertanian Iran.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Kepelbagaian iklim dan suhu di Iran membolehkan negara ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Ini termasuklah penanaman bijiran (gandum, barli, padi dan jagung), buah-buahan (kurma, anggur, tembikai, buah tin dan buah delima) dan tebu, kekacang, zaitun, rempah, teh, sayur-sayuran dan kapas. Terdapat lebih daripada 2000 jenis spesies tanaman di Iran dan hanya 100 digunakan untuk tujuan farmasi.

Perhutanan[sunting | sunting sumber]

Hutan di Iran sebesar tanah tanaman pertanian di Iran iaitu lebih kurang satu per sepuluh permukaan bumi. Kawasan hutan yang paling berharga adalah di sekitar kawasan Laut Kaspia. Hutan-hutan disini merupakan sumber komersil pembalakan dengan penghasilan kayu keras dan kayu lembut. Hasil hutan di Iran ialah papan lapis, papan serabut dan kayu balak untuk industri pembinaan dan perabot.

Perikanan[sunting | sunting sumber]

Industri perikanan di Iran merupakan antara industri terpenting dan penternakan ikan adalah untuk pasaran dalam negeri dan luar negeri. Laut Kaspia merupakan sumber perikanan terpenting bagi Iran. Antara spesies ikan yang bisa ditemukan di sini ialah ikan Strugeon, salmon, kap, ikan duri, dan kerakap. Di Teluk Parsi pula, sebanyak 200 spesies ikan menjadi habitat di situ.

Penternakan[sunting | sunting sumber]

Biri-biri merupakan penternakan utama Iran. Ia diikuti dengan kambing, lembu, keldai, kuda, kerbau dan baghal. Penternakan ayam lebih tertumpu kepada penghasilan telur ayam dan unta turut diternak dna digunakan untuk pengangkutan. Iran juga mempunyai industri tenusu yang penting.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]