Elly & Epit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Elly & Epit adalah merupakan sebuah drama bergenre komedi remaja yang telah disiarkan sebanyak 26 episod selama dua musim. Musim pertama mula disiarkan pada 20 November 2011 manakala musim keduanya mula disiarkan pada 1 Disember 2013, pada setiap hari Ahad di saluran Astro Ceria. Drama bersiri komedi ini mengisahkan tentang Elly dan Epit iaitu dua orang remaja yang selalu berselisih faham kerana berbeza pandangan tentang budak lelaki dan budak perempuan dalam kehidupan seharian. Elly & Epit Musim 3 Akan Datang Di Astro Ceria.

Elly & Epit
Genre
Pengarah
  • Manesh Nesaratnam (musim 1)
  • Choo Li Hsia
    (musim 2)
  • Umi Salwana Omar (musim 2)
Dibintangi oleh
Afieq Shazwan
Sweet Qismina
Johan Raja Lawak
Nad Zainal
Adrea Abdullah
Raykarl Iskandar
Lagu pembukaan"La La La" nyanyian Akim & Adira
Lagu penutup"La La La" nyanyian Akim & Adira
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim3
Bilangan episod26
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran30 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Red Communications Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ceria
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal20 November 2011 – kini
StatusCurrent

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Musim 1[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Epit (Afieq Shazwan) seorang remaja berusia 13 tahun merupakan seorang yang baik hati tetapi sangat pemalu dengan perempuan.

Epit dibesarkan di kampung telah berpindah ke bandar untuk menyambung pelajaran dan tinggal bersama keluarga Engku Sofia (Adrea Abdullah) yang juga merupakan kakak tirinya serta bersama abang iparnya, Johari (Johan Raja Lawak) yang menjadi suri rumah keluarga tersebut.

Suasana dan kehidupan keluarga Engku Sofia berubah sejak Epit pindah ke sana. Terutama sekali Elly (Sweet Qismina) iaitu anak bongsu Engku Sofia belajar di kelas yang sama. Kehidupan seharian mereka bertambah mencuit hati apabila Kobi (Raykarl Iskandar) iaitu anak jiran mereka sering bertandang ke rumah mereka dengan pelbagai ragamnya.

Musim 2[sunting | sunting sumber]

Musim kedua siri ini mengisahkan tentang bisnes kek cawan Johari (Johan Raja Lawak) yang kini semakin laris dan bercadang untuk membuka kedai menjual kek cawan. Dengan bantuan Elly (Sweet Qismina) dan Epit (Afieq Shazwan) maka kedai tersebut kini mulai beroperasi. Namun kejayaan Johari tersebut tidak mendapat perhatian ayahnya (Herman Tino) yang sering membanding-bandingkan dirinya dengan adiknya, Hafiz (Hafiz Suip). Manakala Epit juga dalam dilema apabila ayah mereka (Harun Salim Bachik) bercadang untuk memindahkannya ke sekolah lain. Elly yang mengetahui akan hal iu kemudian berusaha memujuk Epit agar membatalkan hasrat Epit itu.

Musim 3 (Akan Datang)[sunting | sunting sumber]

TBA

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Musim 1[sunting | sunting sumber]

Musim 2[sunting | sunting sumber]

Musim 3 (Akan Datang)[sunting | sunting sumber]

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Dua pelakon drama ini, iaitu Dayana Amerda dan Hadi Mazlan telah selamat dinikahkan dan sah menjadi pasangan suami isteri apbila mereka melangsungkan majlis perkahwinan pada Jun 2019. Hubungan cinta mereka mulai berputik ketika mereka bersama-sama membintangi drama Elly & Epit ini. Malah, pemakaian baju pengantin Dayana turut dipuji netizen disebabkan baju pengantin tersebut mematuhi syarat pemakaian yang sopan. [1]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Kategori Keputusan
2012 Anugerah Skrin ke-16 Drama Komedi Terbaik Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amri Hassan [1] Astro Gempak.