Nad Zainal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nad Zainal
Nad Zainal, Pelakon TV Wanita Popular APBH 2014.jpg
Nad meraih trofi Anugerah Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.
Kelahiran Farah Nadia binti Zainal Abidin
(1990-05-16) 16 Mei 1990 (umur 28)
Kajang, Selangor, Malaysia
Kediaman Taman Melawati, Shah Alam, Selangor
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2008–kini
Pasangan Muhammad Faliq Amirullah (berkahwin 2015)
Anak Fahad Ibrahim

Farah Nadia binti Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal (lahir 16 Mei 1990) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Nama beliau pada mulanya telah diperkenalkan menerusi drama televisyen berjudul Impian (Sunsilk Impian) pada tahun 2008, seterusnya muncul dalam sitkom Blogger Boy. Nad menjadi tumpuan media menerusi watak Kay lakonannya dalam siri drama remaja Memberku Hawa serta peranannya sebagai Inas dalam Bukan Bidadari yang kedua-duanya bersiaran di TV3.[2]

Selain peranan lakonan di televisyen, Nad juga terkenal dengan peranan lakonannya di dalam filem cereka termasuk Kami Histeria (2014) dan siri filem Juvana (2015-16). Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014,[3] Festival Filem Malaysia ke-27 bagi Pelakon Harapan Wanita Terbaik dan Anugerah Skrin 2015 bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama).[4] Melangkaui kerjaya hiburannya, Nad menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan produk kosmetiknya, Audela by Nad Zainal pada 2016.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 16 Mei 1990 di Kajang, Selangor dan merupakan anak tunggal kepada pasangan Zainal Abidin bin Abu dan Faridah binti Mohd Noor.[6] Nad berkelulusan dalam Diploma Teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).[7] Beliau menetap di Taman Melawati, Shah Alam.[8]

Beliau berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015.[9] Pasangan ini sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2015, iaitu bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-58. Faliq merupakan senior Nad ketika belajar di ASWARA sekitar 2007, dalam satu temuramah bersama Kosmo! pada Disembr 2015, Nad berkata Faliq ialah orang pertama yang memikatnya: "Faliq lelaki pertama yang ajak saya kahwin. Sebelum ini, belum pernah ada yang berani melamar dan membawa saya berjumpa dengan keluarga untuk berkenalan. Mungkin inilah tandanya dia jodoh saya. Hati terus berdetik setuju apabila diajak bernikah dan segala perbincangan selepas itu berjalan tanpa sebarang masalah."[10] Pada 14 Oktober 2016 jam 11.38 malam, Nad selamat melahirkan anak sulungnya, Fahad Ibrahim.[11][12]

Sekitar November 2017, Nad dilaporkan mempunyai krisis dengan pelakon Sharifah Sakinah menyebabkan mereka berdua tidak lagi bertegur sapa. Nad berbuat demikian kerana tidak mahu tumpuannya terjejas ketika berada di set penggambaran.[13] Beliau merupakan seorang yang mementingkan aspek kesihatan, termasuk mengamalkan rahsia kecantikan.[14]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Karya terawal[sunting | sunting sumber]

Pada 2008, ketika berusia 18 tahun, Nad membuat penampilan sulungnya di televisyen menerusi drama komedi Sunsilk Impian lakonan Diana Amir; beliau menjayakan watak sebagai Laila, ketika itu beliau dikreditkan sebagai Farah Nadia, iaitu nama sebenarnya.[15] Pada 2009, beliau berlakon di samping Qi Razali, Nas-T dan Julie Woon dalam siri televisyen Blogger Boy yang memulakan tayangan perdana di 8TV pada 8 Mei dan berakhir pada 28 Mei 2010; beliau memegang watak Atiqah.[16]

Selepas menjayakan beberapa watak pembantu dalam telefilem dan drama, Nad mendapat peranan utama pertamaya dalam Bukan Bidadari hasil nukilan sutradara Faisal Ishak. Ia mengisahkan Inas yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah kehidupan mewah. Namun takdir telah menemukan Inas dengan beberapa orang lelaki yang tidak berhati perut yang sanggup menghancurkan hidupnya.[17] Drama ini menggandingkan beliau bersama Sharnaaz Ahmad.[18] Bertitik tolak dari drama inilah nama Nad mula meniti di bibir peminat. Beliau kemudian berlakon di samping Kamal Adli dan Miera Leyana dalam drama berat Putera Rayyan di Slot Samarinda TV3 yang mana beliau memegang watak sebagai Arisa yang merupakan suami kepada Putera Rayyan lakonan Kamal.[19]

2012 menandakan penampilan sulung Nad di layar lebar apabila beliau menjayakan peranan kecil dalam filem komedi Jidin Sengal lakonan Angah Raja Lawak dan Along Cham. Pada tahun sama, Nad memegang watak seorang gadis periang bernama Kay dalam siri drama tajaan jenama tuala wanita Kotex, Memberku Hawa arahan Bernard Chauly yang turut menggandingkan beliau bersama Faezah Elai yang memegang watak sebagai Hawa.[20] Ia mengisahkan dua orang rakan baik (Hawa dan Kay) yang sedang mencari kerja. Tetapi, hanya Hawa sahaja yang mendapat pekerjaan yang baik manakala Kay tidak dapat pekerjaan yang diinginkannya. Drama ini memulakan tayangan perdana di TV3 pada 15 April 2012.[21][22]

Nad muncul dalam drama yang diadaptasikan daripada novel iaitu drama Kampung Girl dalam Slot Zehra pada waktu bersiaran hari Jumaat bersama penyanyi Akim Ahmad pada tahun 2013.[23] Drama itu telah mencapai lebih daripada 4 juta penonton kerana gandingan serasi mereka menerusi drama tersebut.[24] Di atas permintaan ramai, mereka akhirnya telah muncul dalam drama telefilem sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu Kampung Girl Raya pada pertengahan 2014.[25]

Pada 2013 juga, Nad digandingkan bersama pelakon Rosyam Nor menerusi telefilem Mawar Putih Tanda Perpisahan yang mengisahkan tentang Dahlia yang telah kehilangan suaminya yang terkandas di laut, berkahwin dengan seorang lelaki pertengahan usia bernama Sudin. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro Box Office Tayangan Hebat sepanjang Mei 2013,[26] ia memenangi Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2013.[27][28] Beliau merupakan salah seorang pengacara bersama di Anugerah Skrin 2013.

Nad meraih peningkatan kerjaya lakonannya selepas menjayakan beberapa peranan pembantu dan kecil. Beliau memegang watak utama sebagai Fiqa dalam drama Seindah Sabarmu yang mengisahkan ketabahan seorang gadis yang disisihkan oleh bapanya setelah kematian ibunya.[29] Beliau kembali menjayakan peranannya sebagai Kay dalam musim kedua Memberku Hawa. Pada September 2013, Nad kembali aktif di pentas teater menerusi pementasan teater Maduku Kalut arahan Muhammad Azhar Zainal dan turut membariskan para pelakon termasuk Izzue Islam, Jihan Muse, Karl Shafek dan lain-lain.[30][31][32]

Karya terkini[sunting | sunting sumber]

Nad mendapat peranan utama Intan Asha Areen dalam drama komedi adaptasi novel Tuan Rumah Pembantu Rumah karya Orkid Edyliyne yang menggandingkan beliau bersama Hisyam Hamid, Ramona Zamzam dan Zoey Rahman. Drama ini mengisahkan tentang Intan Asha Areen yang kecewa dengan tunangnya, Taufeeq yang curang bersama wanita lain.[33][34] Sepanjang 2014, Nad membintangi 12 telefilem, antaranya ialah Adnan Balik Raya, Dari Pintu Neraka, Kantin Cinta, Sekali Sayang dan Kisah Hidup Jai (TATU).

Bersama Diana Danielle, Mila Jirin dan Sara Ali, Nad membintangi filem komedi muzikal seram, Kami Histeria arahan Shamyl Othman terbitan Redfilms yang ditayangkan pada 6 Februari 2014. Beliau memegang watak sebagai Peanut, salah seorang ahli kumpulan Histeria.[35] Nad memegang watak utama dalam drama cereka sains #Antidot yang mengisahkan tentang beberapa orang saintis pakar virus yang bersaing untuk menghasilkan penawar melawan virus yang boleh menyebabkan manusia mati dan bertukar menjadi zombi di Malaysia. Beliau berlakon bersama Remy Ishak, Kamal Adli, Nabila Huda, Shahriza Mahmud dan Puteri Syasya.[36][37] Nad mengakui amat mengagumi Remy yang disifatkannya sebagai pelakon yang senang memberikan kerjasama.[38]

Dari 11 hingga 16 Februari 2015, Nad menjayakan watak sebagai setiausaha menteri dalam pementasan teater Diari Wanita… Episod Kak Ani & Nyonya yang berlangsung di Istana Budaya. Untuk menjayakan peranannya, Nad mengisi masanya dengan banyak bermonolog. Dengan bantuan Rosminah Tahir (bekas pensyarah ASWARA), beliau percaya dengan keyakinan terhadap wataknya. Nad berkata: “Tugas menteri bukan goyang kaki di pejabat yang mewah atau hidup dalam dunia glamour, sebaliknya bagaimana mereka cuba menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat hingga mengetepikan kepentingan serta keluarga sendiri,”[39] Andai Bukan Khilaf Itu, yang mana Nad memegang watak sebagai Suri, seorang gadis Orang Kurang Upaya (OKU), yang menghidap autisme menggandingkan beliau bersama pelakon kanak-kanak pemenang anugerah, Puteri Balqis yang memegang watak Tasya, seorang kanak-kanak terbiar dan turut dibintangi oleh Kamal Adli. Ia disiarkan di TV2 pada 24 September 2015.[40]

Nad dilaporkan bakal menduduki kerusi pengarah bagi melengkapkan diari kerjayanya.[41] Beliau kembali beraksi di pentas teater menerusi pementasan teater Ombak Rindu... Tiada Penghujung yang dipentaskan pada 22 April lalu hingga 1 Mei 2016, turut dijayakan oleh Keith Foo dan Uqasha Senrose.[42]

Pada 2017, Nad juga muncul dalam filem Aku Haus Darahmu yang ditayangkan pada 2 Februari 2017.[43] Bekerja di bawah arahan Shuhaimi Lua Abdullah, Nad menjayakan watak utama bersama Redza Rosli dalam telefilem Fatonah Azali yang mana Nad memegang watak sebagai Fatonah, seorang gadis terencat akal yang menghidapi penyakit autisme.[44][45][46] Beliau muncul bersama Sharifah Sakinah dan Aiman Hakim Ridza dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka yang diadaptasi dari telefilem dengan tajuk sama.[47]

Beliau muncul bersama anak beliau, Fahad Ibrahim dalam Darlie Mamaku Terer bersama artis lain. Program ini mengenai masa terluang ibu dengan anak mereka dan bagaimana mereka menguruskan anak mereka seorang diri serta menunjukkan mereka seorang ibu yang hebat. Ia mula bersiaran pada 9 Mac 2017. Nad memegang watak sebagai Suraya, yang menghidap penyakit leukemia dalam siri TV waktu perdana Jurnal Suraya.[48] Ia mengisahkan ketabahan Suraya dalam meneruskan kehidupan sebagai penghidap leukemia. Kekuatan yang dimiliki oleh Suraya untuk menghadapi kehidupan seharian ketika hendak menamatkan pengajiannya ternyata dikagumi oleh rakan-rakan yang senasib dengannya.[49][50]

Nad bersama-sama dengan Zizan Razak, Kamal Adli, Nabila Huda dan beberapa selebriti lain membawa peminat bertuah bercuti ke luar negara, menerusi rancangan travelog #ProjekThemePark 2018 yang kembali dengan musim terbaru yang memulakan siaran di Astro Ria bermula 6 Mac 2018.[51] Beliau seterusnya diberi kepercayaan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi pengacara rancangan Citarasa Malaysia yang disiarkan sepanjang Ramadan 2018 di TV Okey.[52][53]

Di dalam media[sunting | sunting sumber]

Selain penampilan di media elektronik, Nad juga membuat penampilan media cetak sebagai penghias halaman depan beberapa majalah termasuk Remaja, URTV, Media Hiburan dan akhbar termasuk Berita Harian, Kosmo! dan Harian Metro. Melangkaui kerjaya lakonannya, Nad merupakan pengasas produk kesihatan dan kecantikan miliknya, Audela by Nad Zainal yang dilancarkan pada 1 Mac 2016[54] dan setakat ini telah mengeluarkan tiga produk yang mendapat sambutan yang menggalakan.[55][56]

Dari Mac hingga Jun 2015, Nad dilantik sebagai duta produk sandal keluaran Femesfactory selama tiga bulan. Menerusi kempen #FEMESxNADZAINAL 2015, Nad mempromosi koleksi terhad yang mengetengahkan lima warna pastel iaitu merah jambu, biru, kuning, ungu dan hijau pudina yang mana ia dipromosikan di media sosial.[57][58]

Di awal penglibatan dalam bidang lakonan, bakat lakonan Nad bukan sahaja menjadi perhatian, malah setiap gerak geri, cara berpakaian dan penjagaan diri beliau turut menjadi ikutan peminat. Mengakui kecantikan ialah anugerah Tuhan yang ternilai, Nad berkata dalam temuramah bersama Sinar Harian: "Bagi saya cantik itu adalah satu perkara yang universal. Namun apa yang penting kita perlulah sentiasa nampak kemas, bersih dan mempunyai hati yang baik. Secara tidak langsung ia akan menampakkan kecantikan kita secara semula jadi. Kalau cantik muka sahaja tidak guna juga jika dalaman tidak cantik."[59]

Pelakon veteran Umie Aida menyifatkan Nad sebagai seorang yang ikhlas bekerja dalam bidang lakonan sambil mengakui melihat diri sendiri dalam jiwa beliau.[60]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2012 Jidin Sengal Farah Esmi Zahara Yusof Filem pertama
2014 Kami Histeria Peanut Shamyl Othman
2015 Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Nabila Faisal Ishak
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir
2017 Aku Haus Darahmu Lia Aidifitri Mohd Yunos
Soulmate Hingga Jannah Zana Abdul Razak Mohaideen Dikreditkan sebagai Nadia Zainal
Malay Regiment Isteri Kpt. Zainal Jurey Latiff Rosli

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 100 Hari Suri TV1
2012 Ke Pintu Bahagia Raudhah TV3
Di Bawah Langit Mu
2013 Cinta Hawa
Busu Amnah
Bayangan Rindu Iddya
Mawar Putih Tanda Perpisahan Dahlia
Elly & Epit Eliza Astro Ceria
Walau Siapa Pun Aku Maisara
Abu
Oh Tak Puasa Ya
2014 Sekali Sayang
Penantian
Misah Tarzan Hajar Runcit
Kisah Hidup Jai (TATU) Ustazah Nurin
Ku Akui
Adnan Balik Raya
Kampung Girl Raya Ainnur Azmi
Kimchi Raya Jihan
Dari Pintu Neraka
Aidil Click
Kantin Cinta
Opps Terlebih Pulak Murni
2015 Diam-Diam Rindu Nurul Iman TV3
Dia Ibuku
Gadis Tudung Merah Dan Labu Labi Ros
Rumah Kecil Untuk Tuhan Safia
Nyanyian Sepatu Biru Karina
Andai Bukan Khilaf Itu Suri
Gulai Kawah Empulur Pisang
2016 Jangan Ambil Anak Aku Anida TV2
Auta Faridah TV3
Mengintai Syurga Mama
Terputusnya Sebuah Doa Astro Ria
2017 Hujan Panas Di Inderasabah TV2
Mengharap Sebuah Keredhaan Syima TV9
Balasan Dosa Aminah TV9
Playboy Di Mindaku Liyana TV9
Dosa Perempuan Suraya TV3
Menanti Kiamat Tiba
Pentas Haiwan Cikgu Mona Lisa Astro Citra
Fatonah Azali Fatonah TV3
2018 Demi Hati Arjuna Alia TV3
Diari Abah TV3
Luwak Kretek
Syirik Astro Citra

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Impian Laila TV3 diperkenalkan sebagai Farah Nadia
2009 Blogger Boy 2 Atiqah 8TV
2010 Apa Dosaku: Sybil Kathigasu Astro Citra siri mini
Rafeeq Astro Ceria
Inikah Cinta Melissa TV3 sebuah drama tajaan Cornetto
2011 Elly & Epit Eliza Astro Ceria
2012 Prosa Cinta Embun TVi
Bukan Bidadari Inas TV3
Putera Rayyan Arisa TV3
Memberku Hawa Kay TV3 sebuah drama tajaan Kotex
2013 Elly & Epit 2 Eliza Astro Ceria
Seindah Sabarmu Fiqa TV3
Memberku Hawa 2 Kay TV3 sebuah drama tajaan Kotex
Buaian Kasih Qaseh TV1
Kampung Girl Ainnur Azmi TV3
2014 Tuan Rumah Pembantu Rumah Intan Asha Areen TV3
Antidot Frida TV3
2015 Destinasi G4 Cikgu Ana TV9
Street Vendetta Anabella/Bella TV2
Merah Gaun Pengantin Noraimi/Aimi TV1
Diam - Diam Rindu Nurul Iman TV3
2016 Antara Dua Dunia Raisha TV AlHijrah
Puteri Labu TV1
Gondola Cinta Di Venice Wina TV2
Oh My English! After School Astro TVIQ
2017 Girlfriend Aku Dari Neraka Nelly Astro Warna
Jurnal Suraya Suraya TV3

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2009 Muzikal Tun Razak
2010 Projek Tanda
2012 Makyung Sindo
2013 Maduku... Kalut Mimi
2015 Diari Wanita... Episod Kak Ani & Nyonya setiausaha
2016 Ombak Rindu... Tiada Penghujung

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Darlie Mamaku Terer Dirinya sendiri TV3 Episod 1, bersama Nana Mahazan
2018 Projek Theme Park Dirinya sendiri Astro Ria
Citarasa Malaysia Pengacara TV Okey

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan
Anugerah Skrin 2013 Pelakon Wanita Terbaik Drama (Mawar Putih Tanda Perpisahan) Dicalonkan
2014 Anugerah Skrin 2014 Pelakon Wanita Terbaik Drama (Walau Siapa Pun Aku) Dicalonkan
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014[61] Pelakon TV Wanita Popular Menang
Festival Filem Malaysia ke-27 Pelakon Harapan Wanita Terbaik (Kami Histeria) Dicalonkan
Anugerah Skrin 2015 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Dari Pintu Neraka) Dicalonkan
2017 Anugerah Skrin 2017 Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Dicalonkan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
Anugerah Skrin 2018 Pelakon Wanita Terbak Drama Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tugas Baharu Nad Zainal Utusan Malaysia (2 Januari 2015). Dicapai pada 18 Jun 2015.
  2. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (16 Oktober 2014). "Komitmen Nad Zainal". Utusan Malaysia. Dicapai 12 Jun 2017. 
  3. ^ "Nad Zainal, Pelakon TV Wanita Popular". Berita Harian. 5 April 2015. Dicapai 28 Julai 2018. 
  4. ^ Ramlah Zainal (27 November 2017). "Berdikari urus karier seni". Harian Metro. Dicapai 6 Julai 2018. 
  5. ^ Wawann Mohd (27 November 2017). "Dunia seni, perniagaan Nad Zainal". Sinar Harian. Dicapai 6 Julai 2018. 
  6. ^ Zaidi Mohamad (23 Mei 2015). "Nad Zainal belajar hidup sendiri". BH Online. Berita Harian. Dicapai 28 Julai 2018. 
  7. ^ Nor Atieyah Yusoff (8 November 2013). "Nad Zainal enggan dilabel 'artis bermasalah'". Sinar Harian. Dicapai 22 Jun 2017. 
  8. ^ Zaidi Mohamad (1 Disember 2017). "Nad Zainal puas dapat beli rumah sendiri". Berita Harian. Dicapai 4 Ogos 2018. 
  9. ^ "Nad Zainal dedah sikap sebenar suami selepas berkahwin". Astro Gempak. 11 Jun 2018. Dicapai 22 Jun 2018. 
  10. ^ Arina Azlan (9 Disember 2015). "Faliq jejaka pertama berani lamar Nad". Kosmo! Online. Dicapai 12 Jun 2016. 
  11. ^ "Alahai Comel Sungguh Fahad Ibrahim, Putera Hati Nad Zainal". Astro Gempak. 20 Oktober 2016. Dicapai 12 Jun 2017. 
  12. ^ "Nad Zainal Selamat Lahir Bayi Lelaki, Namakan Fahad Ibrahim". Astro Gempak. 25 Oktober 2016. Dicapai 12 Jun 2017. 
  13. ^ Farhana Ab Rahman (27 November 2017). "Nad Zainal, Sharifah Sakinah tak bertegur?". BH Online. Berita Harian. Dicapai 25 Jun 2018. 
  14. ^ Shamira (21 September 2017). "Nad Zainal berkongsi rahsia kecantikannya". Her Inspirasi. Dicapai 1 Oktober 2017. Bertubuh kecil molek, dan wajah persis keanak-akan buatkan Nad Zainal saling tidak tumpah seperti remaja belasan tahun. Siapa sangka, pelakon berbakat yang juga seorang ibu ini pernah mengalami masalah kulit wajah sehinggakan pernah ditegur oleh seorang pengarah drama terkenal. 
  15. ^ Mohd Al Qayum Azizi (7 Julai 2012). "Nad Zainal tidak tersisih kerana kurang popular". mStar Online. Dicapai 12 Jun 2017. 
  16. ^ Rudy Imran Shamsudin (15 Februari 2015). "Enggan jaja kisah peribadi". Harian Metro. Dicapai 6 Julai 2015. 
  17. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (16 Jun 2012). "Bukan Bidadari, taruhan terbaru Slot Lestary". mStar Online. Dicapai 24 Jun 2017. 
  18. ^ Budiey (20 Jun 2012). "Sinopsis drama Bukan Bidadari". Sensasi Selebriti. Dicapai 24 Jun 2017. 
  19. ^ Budiey (21 Oktober 2012). "Drama bersiri Putera Rayyan di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai 24 Jun 2017. 
  20. ^ "Drama Memberku Hawa Memang Menarik!!!". Beautifulnara. 30 April 2012. Dicapai 24 Jun 2017. 
  21. ^ "Kotex tampil dengan Memberku Hawa". Kosmo!. 4 Mei 2012. Dicapai 24 Jun 2017. 
  22. ^ "'Tuala Wanita' Bawa Tuah Pada Nad Zainal". Malaysian Digest. 29 Mei 2013. Dicapai 24 Jun 2017. 
  23. ^ "Nad Zainal pembuli, Akim tak suka gadis kampung". Malaysian Digest. 11 Julai 2013. Dicapai 24 Jun 2014. 
  24. ^ "Kampung Girl bakal cipta fenomena baru". Oh! Bulan. 7 Julai 2013. Dicapai 24 Jun 2014. 
  25. ^ Khairul Amri Hassan (15 Julai 2013). "Akim jejaka bandar, Nad gadis kampung". Kosmo!. Dicapai 24 Jun 2014. 
  26. ^ "Tuah 'Mawar Putih Tanda Perpisahan'". Sinar Harian. 1 Disember 2013. Dicapai 12 Jun 2014. 
  27. ^ Mohd Al Qayum Azizi (30 November 2013). "'Mawar Putih Tanda Perpisahan' & 'KIL' ungguli ASK 2013". Utusan Malaysia. Dicapai 12 Jun 2014. 
  28. ^ Roni Hidayat Ridwan (30 November 2013). "'Mawar Putih Tanda Perpisahan' Drama Terbaik ASK 2013". Kosmo!. Dicapai 12 Jun 2014. 
  29. ^ "Nad bukti diri tidak jahil". Kosmo!. 11 Oktober 2013. Dicapai 12 Jun 2014. 
  30. ^ Budiey (27 Ogos 2013). "Nad Zainal & Zoey Rahman Bercinta Dalam 'Tuan Rumah Pembantu Rumah'". Sensasi Selebriti. Dicapai 12 Jun 2015. 
  31. ^ "Kisah masyarakat Maduku Kalut". Utusan Malaysia. 22 September 2013. Dicapai 12 Jun 2015. 
  32. ^ Azeem Pishal (3 Oktober 2013). "Maduku Kalut menghiburkan". Utusan Malaysia. Dicapai 12 Jun 2015. 
  33. ^ Budiey (22 Mei 2014). "Sinopsis Drama Bersiri Tuan Rumah Pembantu Rumah". Sensasi Selebriti. Dicapai 12 Jun 2015. 
  34. ^ "Teater Maduku Kalut Di Istana Budaya". Perak Today. 25 Mei 2014. Dicapai 12 Jun 2015. 
  35. ^ 'Kami Histeria' Komedi Seram Luar Biasa mSTAR Online (14 Februari 2014). Dicapai pada 18 Jun 2014.
  36. ^ Nor Ateiyah Yusoff (18 Disember 2014). "Misi penuh suspens dalam #Antidot". Sinar Harian. Dicapai 1 Januari 2015. 
  37. ^ Kenneth Chaw (27 Januari 2015). "'Antidot': The Malaysian equivalent of 'The Walking Dead'?". The Star (Malaysia). Dicapai 31 Januari 2015. 
  38. ^ Zaidi Mohamad (31 Julai 2015). "Nad Zainal kagumi bakat Remy Ishak". Berita Harian. Dicapai 1 Ogos 2015. 
  39. ^ "Diari Wanita sarat mesej dan menghiburkan". Panda Baca. 21 Februari 2015. Dicapai 12 Jun 2015. 
  40. ^ Shakilawati Abdul Rahman (15 Mac 2015). "Penantian Nad berakhir". Harian Metro. Dicapai 4 Julai 2015. 
  41. ^ Nurul Fadilla Awaluddin (12 Mei 2015). "Cabang baharu kerjaya seni Nad Zainal". Kosmo!. Dicapai 4 Julai 2015. 
  42. ^ Ridzuan Abdul Rahman (25 April 2016). "Sekadar pinjam semangat filem". Harian Metro. Dicapai 8 Julai 2016. 
  43. ^ Budiey (6 Oktober 2016). Filem Aku Haus Darahmu Lakonan Nad Zainal Budiey. Dicapai pada 18 Jun 2017.
  44. ^ Aqmar Mustaza (1 Disember 2017). "Fatonah Azali bukan naskhah klise". Sinar Harian. Dicapai 25 Jun 2018. 
  45. ^ "Lakonan Hebat Nad Zainal Dalam Fatonah Azali". Suria Amanda. 11 Disember 2017. Dicapai 25 Jun 2018. 
  46. ^ Ardini Sophia Sina (9 Disember 2017). "Serasi watak berat". Harian Metro. Dicapai 6 Julai 2018. 
  47. ^ Nor Azurin Ali (9 Disember 2017). "Nad Zainal tolak aura negatif". Kosmo!. Dicapai 1 Januari 2018. 
  48. ^ "Jurnal Suraya papar kisah pesakit leukemia". Sinar Harian. 17 November 2017. Dicapai 13 Mei 2018. 
  49. ^ "Nad Zainal Sakit Leukimia?". Mangga Media. 13 November 2017. Dicapai 13 Mei 2018. 
  50. ^ "Nad Zainal menghidap Leukimia?". Malaysian Digest. 10 November 2017. Dicapai 14 Julai 2018. 
  51. ^ "Zizan Razak, Nad Zainal dan Lan Solo bawa peminat bercuti di luar negara". Astro Awani. 7 Mac 2018. Dicapai 20 Julai 2018. 
  52. ^ "Nad Zainal, hos Citarasa Malaysia di TV Okey". URTV. 23 Mei 2018. Dicapai 19 Julai 2018. 
  53. ^ Zaidi Mohaamd (28 Januari 2017). "Nad Zainal makin 'laku' selepas bersalin". Berita Harian. Dicapai 20 Julai 2018. 
  54. ^ Muhammad Zaini Mohamad Zain (14 Februari 2017). "Nad Zainal lebih yakin bersama Audela". Youth Bernama. Dicapai 24 Jun 2018. 
  55. ^ "Amal pakai bedak sejuk dan skrub muka - ini rahsia paling mujarab bagi Nad Zainal". InTrend. 24 Mei 2018. Dicapai 24 Jun 2018. 
  56. ^ Zaidi Mohamad (12 November 2017). "Nad Zainal tidak kemaruk barang berjenama". Berita Harian. Dicapai 24 Jun 2018. 
  57. ^ "Nad Zainal duta rasmi kempen #FEMESxNADZAINAL". InTrend. 10 Mac 2015. Dicapai 24 Jun 2018. 
  58. ^ "#FEMESxNADZAINAL – Nad Zainal Sebagai Duta Rasmi 'Femes Fish Head Sandal'". Galaksi Media. 12 Mac 2015. Dicapai 6 Julai 2015. 
  59. ^ Aqmar Mustaza (3 Oktober 2013). "Rahsia kecantikan Nad Zainal". Sinar Harian. Dicapai 16 Ogos 2018. 
  60. ^ Zaidi Mohamad (4 November 2018). ‘Nad sama macam saya’ Berita Harian. Dicapai pada 5 November 2018.
  61. ^ Senarai Penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Budiey (18 Februari 2015). Dicapai pada 18 Jun 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]