Afieq Shazwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Afieq Shazwan
Kelahiran
Mohammad Shafieq Shazwan bin Zamros

(1997-09-05) 5 September 1997 (umur 26)
PendidikanIjazah Perniagaan
Pusat pendidikanManagement & Science University (MSU)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2008–kini
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
FMC Music

Mohammad Shafieq Shazwan Zamros (lahir 5 September 1997) atau lebih dikenali sebagai Afieq Shazwan (Jawi: آفق شذوان) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau meraih kejayaan apabila mara ke peringkat akhir Idola Kecil musim pertama di TV9 pada 2008. Afieq juga paling dikenali menerusi penyertaannya dalam rancangan TV realiti Big Stage Musim Pertama di Astro Ria pada 2018, di mana beliau berjaya memenangi tempat ketiga.[1][2] Sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah siri drama TV termasuk Elly & Epit (2013), Wadi (2015) dan Miss Kapten Cikgu Waiz (2017).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, pada usia 11 tahun dan menduduki Darjah 5, Afiq memulakan kerjaya hiburannya dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil di TV9 dan berjaya ke peringkat akhir. Selepas itu, beliau mula mengorak langkah ke Pentas Mystarz Oolala hingga ke peringkat akhir.

Beliau mula bergiat aktif dalam aktiviti seni apabila berjaya memegang watak Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu kecil di Teater Tun Mahathir 1 dan 2 yang merupakan antara teater terbaik di Malaysia gandingan bersama Erra Fazira, Zizan Nin dan lain-lain.[3]

Afieq menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sissy Imann, Ariff Bahran, Sarah Suhairi, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.[4] Big Stage musim pertama mengangkat Afieq selaku pemenang tempat ketiga. Beliau membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.[5]

Pada Disember 2019, Afieq melancarkan single terbaharu, "Lelaki Di Telefon".[6][7]

Big Stage (musim 1)[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:[8]

Persembahan dan keputusan
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Viral "Seandainya" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Lit Throwback "Alasanmu" Exists TERSELAMAT
Minggu 3 Sama-sama Up "Selamat Tinggal Sayang"

(duet bersama Haqiem Rusli)

Haqiem Rusli TERSELAMAT
Minggu 4 Tapi Bukan Aku "Treasure" Bruno Mars TERSELAMAT
Minggu 5 Hot List Digital "Lebih Sempurna" Syamel TERSELAMAT
Minggu 6 Lagu Pilihan Siti Nurhaliza "Jadi Aku Sebentar Saja" Judika TERSELAMAT
"Jampi"

(duet bersama Wani Kayrie)

Hael Husaini TERSELAMAT
Minggu 7 Road To Final "Melompat Lebih Tinggi" Sheila on 7 TERSELAMAT
"Muara Hati"

(duet bersama Siti Nordiana)

Siti Nurhaliza & Hafiz Suip TERSELAMAT
Minggu 8 Cover Penentuan & Lagu Baru "Footloose" Kenny Loggins TEMPAT KETIGA
"Darjat" Dirinya sendiri

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Afieq ialah pelajar Ijazah Perniagaan di Management & Science University (MSU).[9]

Ia telah dihebahkan di media pada Disember 2019 bahawa Afieq menjalin hubungan dengan rakan seperjuangannya dalam Big Stage musim pertama, Wani Kayrie.[10] Wani dilaporkan telah mengakui memiliki beberapa ciri pasangan impiannya.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu
2018 "Seandainya"
"Darjat"
2019 "Lelaki Di Telefon" (Duet bersama Malik Abdullah)
2020 "Gerak Lu" (Duet bersama Malik Abdullah)
2021 "Malam Semakin Dingin" (Duet bersama Tajul)
"Layu Di Hujung Mekar"
2022 "Resah Kerinduan" (Duet bersama Tajul)
"Mengusung Rindu" (Duet bersama Tajul, Haqiem Rusli & Zack Zakwan
"Cinta Hanya Buatan" (Duet bersama Muna Shahirah)
"Di Alam Fana Cintamu" (Duet bersama Haqiem Rusli)
2023 "Rindunya Rindu"
"Dimana Janjimu Dulu (Duet bersama Tajul)
"Insanku Sayang Kini Menghilang" (Duet bersama Tajul)
2024 "Langkah Seiringan" (Duet bersama Asyraff Khan)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Siapa Tutup Lampu? Amar Filem pertama
TBA Siapa Tutup Lampu? 2
Saka Perawan Ustaz Dani

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Idola Kecil Cindarella Stories Afiq TV9 Pelakon Utama
2011 Idola Kecil The Series Pelakon Sampingan
Muzikal Tun Mahathir Tun Mahathir kecil
Elly & Epit (Musim 1) Epit Astro Ceria
2013 Elly & Epit (Musim 2)
2014 Azam Ramadan Su Afiq TV3
2015 Destinasi G4 Afieq TV9
Wadi Afiq TV3
2016 7 Hari Mencintaiku Khuzairi remaja
2017 Miss Kapten Cikgu Waiz Kamarul
2019 Dia Yang Ku Cinta Iman Pelakon Sampingan
Cerita Hantu Asrama Apek Astro Prima
2021 Pak Kodi 5G (Musim 1) TV3 Pelakon Undangan
Diari Seorang Suami Hairi
2022 Republic Gombak Ngah Gombak
Rampas Cintaku Rizal IQIYI
2024 Rampas Cintaku 2
Elly & Epit (Musim 3) Epit Astro Ceria Pelakon Kembali

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Aku Mahu Terbang Rezki TV3
2019 Cikgu Praktikal Azim TV Okey
Geng Big Stage Beraya Afieq Astro Ria
2022 Rock Sampai Jannah TV2

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2018 Big Stage 2018 Peserta Astro Ria Tempat ke-3
2020 Persona XY Penampilan Khas Berita RTM
Selamat Malam Malaysia bersama Wani Kayrie
Konsert Kita Merdeka 1957 2020 Pengacara TV1 bersama Neeta Manishaa
Vokal Mania Peserta TV3
2022 Talent Teens Pengacara

Animasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Dunia Eicak Eicak TV3 Pelakon Suara
UPSR Bahasa Melayu Bob Astro Tutor TV

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ifqdar Rahman (4 Ogos 2018). Nyanyian secara live kelebihan buat Afieq Shazwan Diarkibkan 2019-07-18 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Ogos 2018.
  2. ^ Syarrizuan Abd Rashid (3 September 2018). Afieq Shazwan keliru buat pilihan Berita Harian. Dicapai pada 10 September 2018.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (28 September 2010). Muzikal Tun Mahathir bikin penonton sebak mStar Online. Dicapai pada 15 November 2018.
  4. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2018). 10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage' mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  5. ^ Zulaikha Yusof (28 Ogos 2018). Big Stage: "Saya tak boleh terlalu selesa" - Afieq Shazwan Gempak. Dicapai pada 1 September 2018.
  6. ^ Afieq: I will not resort to cheap stunts to boost popularity The Star Online. 16 Januari 2020. Dicapai pada 15 Februari 2020.
  7. ^ Syafil Syazwan Jefri (2 Disember 2019). Afieq lari daripada kebiasaan Harian Metro. Dicapai pada 15 Disember 2019.
  8. ^ Big Stage: Afieq Shazwan tak puas hati Astro Awani. 8 Ogos 2018. Dicapai pada 15 November 2018.
  9. ^ Norhayati Nordin (5 Mei 2020). Masa selesaikan pengajian Harian Metro. Dicapai pada 28 November 2020.
  10. ^ Norhayati Nordin (25 Julai 2020). Wani 'crush' saya dahulu - Afieq Shazwan Harian Metro. Dicapai pada 15 November 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]