Harun Salim Bachik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Harun Salim Bachik
Harun Kil.jpg
Harun Salim Bachik sebagai Encik Harun di dalam filem KIL (2013).
Kelahiran Haron Aminar Rashid bin Salim
1959
Singapura Singapura
Meninggal dunia 8 Mac 2015 (berumur 55–56)
Perkuburan Tanah Perkuburan Islam Taman Ar Raudhatuk Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves, Kuala Lumpur Kuala Lumpur,  Malaysia
Tempat tinggal Pandan Perdana, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kuala Lumpur,  Malaysia
Warganegara Singapura Singapura
Nama lain Harun Salim Bachik
Pekerjaan Pelawak, pelakon, pengarah, & pengacara
Tahun aktif 1980an - 2015
Agama Islam
Pasangan Suriati Mohd Noor
Anak Syafiq Al-Rashid
Danial Al-Rashid
Ikram Al-Rashid
Ibu bapa Salim Bachik

Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid bin Salim[1] adalah seorang pelakon komedi. Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Salim Bachik. Beliau mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an. Gandingan beliau bersama Sudiro Sukiman berjaya menjadikan sitkom Rumah Kedai diingati sehigga ke hari ini. Pada tahun 2001 beliau mengejutkan industri lakonan apabila meraih gelaran Pelakon TV Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2001 menerusi lakonan serius dalam drama "Hangatnya Salju Dinginnya Bara".

Selain daripada drama Rumah Kedai, beliau juga terlibat dalam sitkom bersiri iaitu Gado-Gado yang di tayangkan di TV1. Gado-gado adalah batu loncatan yang sebenar kepada beliau di dalam dunia lakonan.

Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir. Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati. Menerusi filem Baik Punya Cilok beliau dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM dan filem KIL pula menominasikan beliau untuk anugerah serupa di Anugerah Skrin 2013.

Beiau menjadi Presiden Seniman , sebuah persatuan (NGO) yang memperjuang nasib artis di Malaysia.

Beliau pernah memegang watak sebagai seorang guru disiplin dalam siri Oh My English di Astro TVIQ & Astro Maya.

Pada 8 Mac 2015, Beliau meninggal dunia pada jam 4:30 petang akibat sakit jantung di Bukit Merah, Perak semasa dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Naib Juara Maharaja Lawak Mega[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Boboi gandingan Harun Salim Bachik dan Aflin Shauki menggeletek hati penonton di Astro Warna dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega dari 30 Oktober- 30 Disember 2011 . Mereka membawa watak dua kanak-kanak tadika yang berkongsi bapa tetapi berlainan ibu kerana bapa mereka berpoligami. Kumpulan ini diramalkan menang tetapi di peringkat akhir kurang menyerlah. Boboi menerima hadiah kedua, wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi .

Akhirnya , kumpulan Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Ketiga ialah kumpulan Saehu daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi. Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin . Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Juri tetap ialah Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara Zainal Abidin Hassan. AC Mizal menjadi pengacara tetap.[2][3]

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Harun Salim Bachik, 55, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 4:30 petang 8 March 2015 selepas rebah di tandas stesen minyak Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah. Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak 2010.[4]

Filem lakonan Harun Salim Bachik[sunting | sunting sumber]

Harun bersama Achey ketika menjadi juara Bintang Mencari Bintang.
  1. Baik Punya Cilok - (2005) - (pelakon pembantu) - watak sebagai (Leman)
  2. Man Laksa - (2006) - (pelakon pembantu) - watak sebagai (Saidon Dengki)
  3. Cuci - (2008) - (pelakon) - watak sebagai (Janitor)
  4. Apa Kata Hati? - (2008) - (pelakon) - watak sebagai (Hamidi)
  5. Setem - (2009) - (pelakon) - watak sebagai (Marcello)
  6. Duhai Si Pari-Pari - (2009) - watak sebagai (Para)
  7. Papadom - (2009) - (pelakon) - watak sebagai (Hussin)
  8. My Spy - (2009) - (pelakon utama) - watak sebagai (Salleh)
  9. Lu Pikirlah Sendiri de Movie - (2010) - (pelakon tambahan) - watak sebagai (Tauke Pasar Borong)
  10. Kapoww!! - (2010) - (pelakon pembantu) - watak sebagai (Astromen Belalang)
  11. Aku Bukan Tomboy - (2011) - (pelakon) - watak sebagai (Bapa Farisa)
  12. Hoore! Hoore! - (2012) - (pelakon pembantu) - watak sebagai (Hairil)
  13. Jalan Kembali: Bohsia 2 - (2012) - (pelakon) - watak sebagai (Bomoh)
  14. Aku, Kau & Dia - (2012) - (pelakon pembantu) - watak sebagai (Dato Hisham)
  15. SAM: Saya Amat Mencintaimu - (2012) - (pelakon pembantu) - watak sebagai (Bos)
  16. Tolong Awek Aku Pontianak - (2012) - (pelakon) - watak sebagai (Aaron Slam Bach)
  17. Pontianak vs Orang Minyak - (2012) - (pelakon)
  18. Lawak Ke Der? 2 - (2013) - (pelakon)

Bola Kampung The Movie (2013) - (pelakon) - watak sebagai (Tok Ayah)

  1. Bikers Kental - (2013) - (pelakon pembantu) - watak sebagai (Aidil Al-Zaifa)
  2. KIL - (2013) - (pelakon pembantu) - watak sebagai (Encik. Harun)
  3. Lemak Kampung Santan - (2013) - (pelakon utama) - watak sebagai (Pak Wan)
  4. Ular - (2013) - (pelakon utama) - watak sebagai (Pak Mus)
  5. Abang Long Fadil - (2014) - (pelakon pembantu) - watak sebagai (Pak Harun)
  6. Jin - (2014) - (pelakon)
  7. Lelaki Harapan Dunia - (2014) - (pelakon) sebagai (Megat)
  8. Gangsterock Kasi Sengat - (2015) - (pelakon pembantu) - watak sebagai (Zuan)
  9. Jejak Warrior - (2015) - (pelakon tambahan) - watak sebagai (Bapa Gadis)
  10. Polis EVO - (2015) - (pelakon pembantu) - watak sebagai ASP Mokhtar (ketua polis)

Rujukan[sunting | sunting sumber]